Assalammualaikum.
Edisi Syawal : RAYA KE-4
Bangun seawal pagi dan
bersiap-siap lagi. Kali ni Paklong dan family bawa kami sekeluarga ke Tanjung
Balau pula. Walaupun masih dimood raya, aktiviti berkelah tetap dijalankan
memandangkan kami sekeluarga jarang-jarang balik kerana tinggal berjauhan dari
family dan saudara mara sebelah abah di Johor.
Dari Pasir Gudang melalui
Expressway dan perjalanan agak jauh sebenarnya. Sampai di sana , tak banyak aktiviti yg dilakukan. Cuma
duduk-duduk sambil makan-makan ringan dan menikmati pemandangan pantai yg
sungguh indah. Memandangkan selepas ini aktiviti beraya akan diteruskan, jadi
kami semua tidak berhajat untuk mandi manda di sana .
Pukul 1 tengah hari, singgah
sebentar untuk bersolat di masjid berhampiran dan kami meneruskan perjalanan ke
Ulu Tiram pula. Kali ni beraya di rumah nenek-nenek saudara yg sebelum ni memang
saya tak kenal dan tak pernah jumpa pun. Jangan kata saya, maa sendiri pun tak
pernah jumpa. Huhu…nampak sangat tak pernah pulang
ke kampung. Yelah, dulu tak ada kereta. Nak
balik setahun sekali pun payah. Kalau balik pun naik bas dan terperuk ajelah di
rumah atok. Bila ada kenderaan sendiri barulah boleh melangkah panjang…Huhu…
Mula-mula singgah di rumah Nenek Lah dan kemudian ke rumah Nenek Sam pula. Dari Ulu Tiram kami bergerak pula menuju
ke Felda Sungai Sayong. Memang tempat ni hulu betul. Masuk jauh ke dalam dan
sepanjang perjalanan hanya dikelilingi pokok kelapa sawit yg merimbun.
Tujuan ke sini adalah untuk beraya di rumah bakal besan Paklong. Means BF sepupu kita oranglah Sanah. Walaupun
first time jumpa, tapi family BF Sanah ni sangat peramah dan saya appreciate
sangat walaupun Azuan (BF Sanah) dah tak ada parents, tapi adik beradik dan ipar duai dia
sangat caring dan sepakat each others. InshaAllah, semoga pertemuan di
Aidilfitri ni memberikan sinar dan ukwah yg gemilang kepada kedua keluarga ini.
Amin.
Dari Felda Sungai Sayong bergerak
semula ke rumah Paklong di Pasir Gudang. Sampai rumah pukul 11:30mlm. Penat
giler! Pastu semua kena bebel dgn atok sebab balik lambat. Hahaha...
Tulah pasal akibat meninggalkan org tua tu di rumah seharian sorang-sorang!
Tulah pasal akibat meninggalkan org tua tu di rumah seharian sorang-sorang!
Edisi Syawal : RAYA KE-5
Hari ni adalah hari terakhir
berada di JB. Awal-awal pagi lagi dah bersiap-siap untuk bergerak pulang. Lepas
breakfast kami sekeluarga meninggalkan rumah Paklong dengan seribu kenangan
manis. Tak puas rasanya tempoh selama 3 hari yg diberikan untuk menetap di
rumah baru ni. Layanan baik dari Paklong, Maklong dan kazen-kazen sepanjang
kami menginap di sini memang tak dapat di balas jasa mereka dengan tenaga
mahupun wang ringgit.
Selepas bersalaman dan
bermaaf-maafan, kami 2 buah kereta bergerak meninggalkan Taman Dahlia, Pasir
Gudang dan menuju ke Pontian semula kerana abah nak beraya di rumah Nenek Mah (masa raya ke-3 kunjungan kami Nenek Mah tiada di rumah). Seperti kebiasaan, jika ke rumah Nenek Mah, memang tak
sah kalau tak singgah ke Pantai Rambah, Pontian. Jarak rumah Nenek Mah ke
pantai ni memang dekat sangat. Bak kata orang, jalan kaki pun boleh.
Setibanya di tepi pantai ni memang
weols adik beradik teruja sangat. Deruan ombak yg kuat umpama tsunami dan
tiupan angin yg kencang mendamaikan suasana. Alangkah indahnya ciptaan Allah
s.w.t. Terasa singkat benar masa yg diberikan oleh mak abah untuk berkunjung
dan menghirup udara nyaman di sini. InshaAllah akan ketemu lagi sekiranya diberi
peluang untuk berkunjung ke sini sekali lagi.
Kemudian, kami meneruskan
perjalanan pulang dan singgah di Ayer Hitam. Menjadi tempat persinggahan
favourite maa dan saya kerana Ayer Hitam memang syurga membeli belah terkenal
dengan harga yg amat berpatutan. Kepada bride to be yg masih tercari-cari
barang keperluan perkahwinan anda, bolehlah berkunjung ke sini dan nikmati
pelbagai barangan perkahwinan dari a to z dengan tawaran harga yg amat berpatutan. (ada macam promoter tak aku? Hahaha…)
Pukul 5:30ptg, selepas semua selesai membeli-belah, kami
bergerak pulang dari Ayer Hitam menuju ke Kampung Olak Lempit, Banting.
Bagi saya, walaupun melalui perjalanan jauh yg agak memenatkan,
tetapi saya tetap rasa gembira. Pertama, sebab peluang sebegini jarang-jarang
kita rasai melainkan ada sebab dan musabab contohnya seperti meraikan Aidilfitri
ini. Kedua, masa nilah kita berpeluang untuk berjumpa saudara mara yg
kadang-kadang ada segelintirnya kita tak pernah lihat dan jumpa pun. Ketiga,
selain mengeratkan silaturrahim, tahukah kita sebenarnya aktiviti ziarah-menziarahi
juga merupakan suatu ibadat yg mempunyai pelbagai input dan ilmu yg boleh
kita perolehi. Kalau tak masakan Allah memberi pelbagai peluang dan kemudahan
kepada hambanya seperti solat jamak, bermusafir, dengan niat kerana
LillahiTaala…
Salam Ukhuwah dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H ♥
rindu Johor Bahruuuu !!!!
BalasPadam