Khamis, 27 September 2012

Percutian Keluarga Ke Cameron Highland



Assalammualaikum.


Seperti yg saya janjikan….jeng…jeng…jeng…
(sila abaikan soundtrack tidak berbayar di atas.. Hehe…).


Maaf di atas kelewatan mengupdate entry yg tak seberapa ini. Disebabkan kesibukan kerja yg melanda, dan aktiviti mengedit gambar yg super banyak membuatkan entry ini sering tertangguh.


Jadi, saya akan cuba update selaju yg mungkin, ringkas dan padat agar pembaca semua tidak menguap berulangkali sewaktu membaca…(Huuwaaappp!! Aku pulak yg rasa nak menguap!)


Bila bercakap pasal Cameron Highland atau Genting Highland, adalah destinasi yg saya tak pernah terpikir dan tidak berminat langsung untuk pergi. Kenapa??? Walaupun jaraknya tidaklah seberapa jauh, mungkin disebabkan imaginasi saya sering dihantui oleh cerita-cerita mengerikan dan jalanraya yg merbahaya membuatkan saya tak berminat langsung.


Tapi, benarlah kata org, tak kenal maka tak cinta. Lalu, pada 14 September yg lepas saya mengikuti percutian keluarga mertua ke Cameron Highland. Lagipun family trip. Kenalah joined. Nanti mak mertua tak sayang aku pulok…hehehe…


Saya dan asben bergerak lewat hari Jumaat tu kira-kira lepas maghrib disebabkan beberapa masalah yg tak dapat dielakkan. Manakala mak, ayah, kakak, abang dan adik ipar telah tiba di Tanah Rata lebih kurang jam 2:00ptg.


Perjalanan kami dari highway menuju ke Simpang Pulai agak sesak malam tu. Maybe kebanyakkan org mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung sempena cuti hari Malaysia yg jatuh pada hari isnin. Tak pun ramai yg berebut-rebut nak pergi ke Cameron juga! Motip apa pulak semua nak berebut-rebut ni???Blank!


Kami tiba di Appartment Parkview tepat jam 1 malam. Uols bayangkan cuma kereta kami je meredah jalan yg sunyi tengah malam buta dari Highway Simpang Pulai ke Tanah Rata. Hubby boleh pulak nak test drive kereta viva aku dengan membawa laju-laju di jalan yg berbengkang bengkok tu. Macamlah viva tak power! Hahaha…

Keesokkan harinya…..(15 Sept 2012)

...

...


Bangun lewat pagipun dah macam bangun disubuh hari. Stokin dan baju lengan panjang memang sentiasa pakai sebab cuaca di sana sejuk gilerrr!!! Tak koser aku nak pijak tile rumah tu mengalahkan memijak air batu!


Tak tahulah kenapa ramai yg kata Cameron sekarang dah tak sejuk. But for me memang badan beruang-lah siapa-siapa yg kata tak sejuk tu. Hehehe…


Nak tahu aktiviti weols seterusnya? Next entry okeh… ^_^


Ahli rombongan sekolah (dari kiri) : Kak Lisa, Abg Farizal, Farisha comel, Riduwan, Emak, Saya lagi comel, Ayah, Kak Ina, Abg Firdaus, Athirah kiut dan Hubby



p/s : Eh eh, nape entry ini pendek sgt ek? Kan dah cakap tadi kena laju, ringkas dan padat. Nak menguappp dah ni! Huuuaaappp! Ok Bye!


Thanks for reading!



1 ulasan:

  1. camerooon...bestnye!!!nie yg bt x saboo nk jejak kaki kt ctu lg..hiiiik...mne entry psal ladang strawberry....xsaboo nk bce..weee!!

    BalasPadam