Khamis, 13 September 2012

Aidilfitri : Pengerat Silaturrahim


 Assalammualaikum…

(Disebabkan Syawal yg tinggal hanya beberapa hari, jadi saya kena hapdet entry ni cepat-cepat. Kalau lepas raya baru nak story pasal raya nampak sangat macam entry dah terbasilah pulak. Hahaha.)


Benarlah kata orang, kehadiran Aidilfitri mengeratkan silaturrahim. 
Walaupun kedatangannya dirai setahun sekali namun ukhwah yg terjalin buat kita semua sesama insan amat besar ertinya. Mana taknya, masa di Aidilfitrilah sanak saudara dan kaum keluarga jauh mahupun dekat akan bertemu. Saling bermaaf-maafan, bergembira, bersuka ria sambil melepaskan rindu yg telah lama terpendam. Ouch! Sirius gile si penulis ni. Hehehe…

Bagi kami sekeluarga, tak lengkap Aidifitri kalau tak pulang ke kampung. Walaupun dah sedia tinggal di kampung, tapi kampung halaman (disebelah abah) yg terletak di Pontian, Johor tetap menjadi ‘kampung’ abadi buat kami sekeluarga. :-)


Edisi Syawal : RAYA KE-2

Saya dan asben bergerak menuju ke Johor Bahru lebih kurang dalam pukul 12:00tgh hari. Agak lewat sedikit berbanding family saya seawal jam 9:00pagi lagi telah bertolak ke Johor dari rumah kami di Banting.

Pukul 11:00pagi maa dah call saya dan bagi tau yg theyols dah berada di RNR Pagoh manakala si suami isteri ni baru tergodek-godek dari Subang menuju ke Gombak untuk berjumpa dan bermaaf-maafan dengan mertua sebelum pulang ke Johor.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam kerana asben ajak behenti makan di RNR Ayer Keroh dan berhenti solat di RNR Machap.

Sampai di JB pada pukul 8:00mlm dan terus menuju ke Taman Dahlia yg terletak di Pasir Gudang, Johor. Tahun ni beraya di rumah baru Paklong dan Maklong. (Sebelum ni diorang tinggal di Taman Rinting). Setibanya di sana setia menunggu family saya, Atok, family Paklong dan family Paksu.


Edisi Syawal : RAYA KE-3

Bangun selewat jam 7:00 pagi kerana kepenatan semalam. Berat hati nak melepaskan asben pulang sendirian pagi tu. Tapi…apakan daya, sudah tuntutan kerja.

Pagi tu asben kena kerja, tapi pagi tu jugalah baru nak bertolak dari Pasir Gudang ke Subang. Ibarat macam Banting ke Subang pula di buatnya. Penat memandu semalam pun tak hilang lagi, dah pagi-pagi ni nak gerak balik semula.  Berulang kali saya menolak pada awalnya supaya asben tidak menghantar saya ke JB, tapi dia yg kata tak manis pula saya balik dengan keluarga je sendirian. Sekurang-kurangnya dapat juga berjumpa saudara-mara saya. Besar sungguh pengorbanan asben untuk isteri tercinta.

“Terima kasih b…”

Asben sampai di Subang dalam pukul 10:30pagi dan masuk kerja pukul 11:00pagi. Cepat betul. Entah berapa km/j agaknya dia drive. Sempat lagi dia bergurau di telefon, “Entah berapa banyak speed trape lah kereta sayang kena”. Aduyaiiii…

Pagi tu lepas hantar asben balik di muka pintu, saya bersiap-siap kerana weols semua akan beraya di Pontian. 3 buah kereta bergerak menuju ke pontian dari rumah Paklong. Di rumah Paksu berjumpa pula family Pakngah dan family Pakcik Jaafar. Lama betul tak jumpa sepupu-sepupu yg dirindui. Sesekali bila bertemu hilai dan gelak ketawa menggamatkan suasana. Memang tak kering gusi dan tak duduk diam kesemuanya…


Siapa kata dah kahwin dan dah kerja tak boleh dapat duit raya lagi? Sebab still nampak muda kan? Ceh! perasaan! Hahaha...

Sebilangan cucu-cucu bergambar bersama Atok tersayang. Kalau semua ada confirm muka Atok pun tak nampak. Hehe...

Anak menantu

Cucu-cucu yg selalu buat havoc!

Family sebelah abah memang very-very sporting. Start dari yg paling tua hinggalah yg paling kecil semuanya minda terbuka. Walaupun jarang berjumpa, tapi boleh diibaratkan seperti hari-hari bertemu dan kami sangat sekepala. Tak ada rasa malu dan segan antara masing-masing. Kedatangan kami ke sanapun dilayan sangat-sangat sumpurna. Tak terbalas jasa dan pengorbanan mereka.

Laman rumah Paksu menjadi mangsa kegilaan anak-anak buah yg suka bergambar.

Kecoh! Cover kipas pun boleh jadi prop! Hahaha....nak terburai gelak tengok perangai sorang-sorang.

Pencakar sampah la pulak. Ada-ada saja!


Rumah pertama yg menjadi misi raya kami adalah rumah Mertua Paksu. Tak jauh. Betul-betul depan rumah Paksu je. Atok menjadi ketua rombongan sebab dia adalah ahli yg paling tua. Hihi…

Setiap apa yg berlaku kami rakamkan detik-detik indah itu dengan mengambil gambar. Tak kiralah walau di mana dalam apa jua situasi pasti ada sahaja potret yg diambil. Sungguh indah suasana dan silaturrahim yg terjalin. Paling kelakar Atok kamilah. Kadang-kadang dia tengah seronok berbual-bual dengan atok dan nenek saudara yg lain, sedang cucu-cucu asyik memeluk balang kuih raya, sedang punggung pun duduk tak merasa panas lagi, tiba-tiba je dia bangun dan berkata…

”Okeh, jom balik! Banyak lagi rumah nak beraya ni”

Hahahahaha…nak terburai gelak masing-masing.

Perjalanan raya dan aktiviti menziarahi kaum keluarga yg lebih berusia di teruskan ke rumah seterusnya iaitu rumah Atok Moin (adik Atok), rumah Atok Usop (adik ipar Atok), rumah Pakcik Latif (sepupu abah), rumah Nenek Ram (adik ipar Atok) dan rumah terakhir iaitu rumah Pakcik Jaafar di Tampoi.

Sewaktu perjalanan ke rumah Pakcik Jaafar (adik abah) yg terletak di Taman Munsyi Abdullah Tampoi, kami telah berpecah. Angah memandu kereta abah sebab masa tu abah tak berapa sihat dan sakit kepala. Weols telah tersesat dan behenti di Petronas Taman Tampoi Utama. Sehinggalah Pakcik Jaafar dan Anuar (sepupu weols) datang menjemput kami di situ.

Sewaktu perjalanan ke rumah pakcik Jaafar, kami dibawa melalui celahan bangunan shopping compleks separa siap yg telah lama ditinggalkan. Bangunan yg terkenal dengan panggilan Kemayan City Mall ini memang mempunyai kisah misteri yg tersendiri. Menyusur di tepi bangunan usang ini pada waktu malam memang agak menyeramkan. Terdapat juga signboard “Di Larang Masuk” di tepi bangunan tersebut menunjukkan ada cerita tersendiri di sebaliknya. Nanti saya story tentang kisah bangunan ni ye? Tungguuuu…..hehehe.

Malam tu selepas makan, Pakcik Jaafar dan family buka uptown dan Bazar Karat di ruang tamu rumah pula. Bertimbun handbag local menunggu masa sahaja untuk dipilih. Apa lagi yg kaum-kaum perempuan ni semua rambang mata dok memilih. Yg pakcik-pakcik dan kazen-kazen lelaki pun tak kurang hebatnya. Ada yg pilih untuk GF la, kakak angkat la, adik angkat la dan sebagainya. Memang best betullah suasana raya tahun ni. Sangat meriah dan mempersonakan!

Balik ke rumah Paklong agak lewat malam tu. Kira-kira jam 12:00tgh malam.


p/s : Cerita raya ni tak habis lagi. Nanti akan dihapdet next entry. Sabar ajelah ye...nasubichanemoticon


Thanks for reading!


2 ulasan:

  1. kak hanissss....
    rindu nye kat JB T___T
    nanti story lagi eh pasal JB :)

    BalasPadam
  2. Ida.....
    Akk pun sama rindu JB!!
    Tempat jatuh lagi dikenang,
    inikan pula tempat bermain..Eceh ceh! hehehe...

    BalasPadam