Khamis, 21 Ogos 2014

Beza Raya Dulu Dan Sekarang : Raya As A Mother

 
Assalammualaikum.

 



Beza raya dulu dan sekarang? Means sebelum ada anak dan selepas ada anak?




KEMERIAHAN :

Sebelum : Sama je dan biasa-biasa je setiap tahun. Lainlah zaman kanak-kanak. Memang meriahlah sebab nak kumpul duit raya kenz…


Selepas : Orang kata lepas ada anak meriah sangat-sangat. Sama juga dan biasa-biasa juga. Cuma, bila jumpa saudara mara dan makcik-makcik yg busy body tu tak adalah lagi kedengaran soalan-soalan cepu emas macam “Bila nak berisi?”, “Masih berdua lagi?”, “Merancang ke?” and bla..bla..bla..
Soalan telah bertukar kepada “Anak dah berapa bulan?”, “Dah pandai ape dah ni?” dan kalau ada pula yg bertanya “Bila nak tambah anak lagi???”, memang aku cepuk orang tu! Nampak kan, orang kita memang suka BERTANYA aka busy body. Sentap mak! Hehehe…




PERSIAPAN :

Sebelum : 1. Diri sendiri   
2. Suami   
3. Diri sendiri   
4. Suami

Selepas : 1. Anak   
2.Anak   
3.Anak   
4. Diri sendiri   
5. Suami   
6. Anak balik



PAGI RAYA :

Sebelum : Banyak fikir untuk diri sendiri dan suami je. Pagi raya semua dah get ready dgn baju tergantung siap iron, kuih muih dah tersusun dalam balang, lauk pauk atas meja siap tolong suami pakaikan butang baju melayu dan sampin lagi. Isteri solehah sungguh!


Selepas : Anak menangis nak susu, nak mandikan anak, nak siapkan anak, bagi dia makan kenyang-kenyang dulu supaya mood dia baik dan tak meragam. Sambil buat kerja sambil fikir lepas ni nak buat apa, apa dan apa untuk anak. Suami? Kena independent lah. Kena berdikari sendiri. Kadang-kadang dia pun mcm kita juga. Sama-sama uruskan anak dulu. Untuk diri sendiri paling belakang lol!



DUIT RAYA :

Sebelum : Biasa-biasa je. Bukan dapat duit raya pun, kena sediakan duit raya adalah.


Selepas : Yuhuuu!!! Rasanya Hanis lah org yg paling happy tatkala Meddina dapat duit raya. Cepat-cepat ambik simpan dalam handbag. Seminggu sebelum raya dah siap-siap bukak akaun ASB untuk Meddina. Senang nak simpan duit-duit dia yg orang bagi nanti. Mihiihi…



BAJU RAYA :

Sebelum : Baju mesti sedondon dengan suami. Sebulan @ 2 bulan sebelum puasa, puasa okeyyy dah siap-siap prepare hantar dekat tailor. Nak shopping bila-bila masa pun ape ada hal.


Selepas : Sampai malam raya pun tak habis shopping lagi. Kasut anak, headband anak, stokin anak, legging anak, aksesori anak, baju raya pertama anak, raya ke-2 anak, raya ke-3 anak hingga raya ke 30 anak. Hahaha… Lastly baju sendiri dan asben lupa nak beli. Racycle, itupun kalau muat lagi. Kakaka…(itulah yg jadi colour block tu. Nanges!)



GAMBAR RAYA :

Sebelum :  Masa ni tak kenal lagi perkataan selfie. Tapi mesti ada acara bergambar paling wajib bersama keluarga. ‘Family portrait for hari raya’ lah katekannn. Dalam handphone, penuh gambar-gambar iolsss lakibini, adik beradik n anakberanak.


Selepas : Tak sempat nak berselfie pun. Bila cek balik gambar-gambar raya dalam handphone adalah sekeping dua, itupun gambar yg tak menjadi. Tskkk…



BERMAAF-MAAFAN :

Sebelum : Boleh ambik masa yg lama kalau boleh dari kesalahan raya kedua tahun lepas dia nak sebut satu persatu sampai menangis-nangis berdrama bagai.


Selepas : Cepat, padat dan penuh dgn makna yg tersirat. Tak sempat nak fefiling cium tangan suami sambil brgambar ala-ala candit zaman nikah dulu. Make sure mood anak dikala itu baik-baik saje. Taklah baru pegang tangan suami, mak atau abah, anak dah terpekik-pekik menangis. Hilang mood bermaaf-maafan iols!



OUTING RAYA :

Sebelum : Katakan sajelah nak pergi kemana pun, rumah siapa? berapa lama?satu hari sepoloh rumah, semua okhey.


Selepas : Paling byk dua rumah. itupun tak boleh lama. Kena betul-betul plan lepas ni nak pergi rumah siapa dan siapa. Bukan apa, waktu outing kena sejajar dgn masa anak, time tidur dia, time happy dia, time makan dan susu dia. Make sure mood anak sangat-sangat baik seiring dgn kemeriahan Aidilfitri gitu. Ahaks! Taklah meraung bagaikan tarzan bila di rumah orang nanti. Malu makkk kau!





P/s : Meddina paling suka orang ambil dan dukung dia bawa berjalan-jalan keliling rumah. Tak kisahlah bangsa ape pun atau siapa pun orang tu.







 
Kenapa 'Doktor Pakar Puan'??? Next time kita cerita.
 
 

Bye. Thanks 4 Reading.
-ummi Meddina-


 

4 ulasan:

  1. wahhm byk sebelum selepasnya yea. hehe. yg penting ada anak hepi. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup Nina...terbalas segala kepenatan&kelam kabut bila tgk muka anak...hilang semua masalah kan..he

      Padam
  2. geramnya tgok meddina...comel sangat hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik nor farihan, tq sayang..hehe..meh akak tolong cubitkan pipi dia...hi

      Padam