Khamis, 22 September 2011

Outdoor Photoshoot

 
Assalammualaikum

My Wedding Story…
Episod Ke Empat


Outdoor photoshoot untuk wedding kami di buat di Putrajaya. Mengkagumi keindahan rekabentuk bangunan yang moden dan changgih di sini membuatkan saya dah Husband memilih tampat ini sebagai outdoor photoshoot wedding kami...

E.N.J.O.Y



















Pic was taken by : Fendi Fazlee
Our Wedding Photographer


Rabu, 21 September 2011

Obses Terhadap Warna Kesukaan Saya P.I.N.K


...Salam...


 Mari layan pic colour pink kegemaran saya..Teeheee...


Mestilah laptop colour pink





Wow! Kereta pun colour pink


Peeewwwiiittt... Rasa cam nak telan je rumah ke coklat ni? Hik.hik.hik...


Pink si Hello Kitty


Nice nyerrr pink waktu malam...(^__^)


Dapur pun nak colour pink...wink..wink!


Wahhh...bilik tidur colour pink memang idaman anak-anak gadis Malaya...(macam saya, tapi gadis lagi kah?)


Wahhh...pink shoes!!! Gorgeous!


Baby pun nak pink


And a little pink girl


Telur pun colour pink dah melampau la ni....!
Yaakksss!




Pic from : GOOGLE


Khamis, 15 September 2011

Tanda-tanda Awal Kehamilan

 

 Assalammualaikum

Sahabat-sahabat yang saya sayangi...mungkin entry ini amat berguna untuk anda...(maaf mugkin saya agak sirius sedikit kerana tidak berapa sihat kebelakangan ini). Untuk anda yang baru berkahwin atau yang telah lama berkahwin, jika korang rasa sesuatu pada tubuh korang dan seperti tanda-tanda di bawah ini besar kemungkinan anda mengandung... Kalau korang tak berapa sure boleh pergi check sendiri dengan membeli pregnent test atau check di klinik-klinik berhampiran anda...


Okay, berikut adalah tanda-tanda yang mungkin anda akan alami sekiranya anda mengandung...




1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.


2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.


3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.


4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.


5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.


6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.


7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.


8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.


9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.


10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.


Tahniah!





Usia kandungan 1 minggu



 Pic from : GOOGLE






 Pic From : GOOGLE






Risalah ini saya dapatkan DI SINI ye kawan-kawan...



Sekian, Selamat Membaca!



Luv u ols...
(^_^)



P/s : Hari ni 14 September 2011 saya mc sebab demam+selsema+sakit tekak… Malam tadi En Husband terpaksa hantar saya ke klinik sebab demam+selsema teruk. Takut tak boleh tidur pulak nanti kalau nak tunggu sampai pagi. Lagi pun ubat selsema standby tak ada kat rumah. Cari klinik 24jam memang lah susah.. Dari Sri Kembangan sampai ke Puchong. Lastly ada juga Klinik 24jam yang ada panel ING- Klinik Mediveron…Pagi ni pegi lagi Klinik Fadzlyana dekat Sri Kembangan ni coz demam tak okay-okay lagi.


Dari sabtu lepas saya dah rasa tak sedap badan. Rasa cam demam je. Badan asyik rasa panas je. Saya  pun pelik juga. Selalu alah dengan sejuk. Kalau nak tidur pun siap bersweater, selimut dan stoking bagai. Tapi sekarang habis semua saya campak. Kenapa ye? Maybe demam kot. X moo piker bukan-bukan la Hanis (^___^)


Tak datang bulan pun masuk hari ni dah lewat 7 hari. Kata En Husband tak apelah..kita tunggu lagi seminggu. Kalau tak datang juga baru wat pregnant test. Takut awal-awal ni tak Nampak lagi. Saya pun bersetuju dengan pendapat En Husband. Tadi masa pegi klinik, doctor tu ada tanya samada nak buat pregnant test atau tidak and terpulang pada pihak kami. Dia pun kata setiap individu tu tak sama. Ada yang lewat datang bulan 2, 3 hari dah boleh nampak. Ada juga smpai 2 minggu baru nampak. Maybe baby tu malu-malu kot..hihi…(sempat nak berlawak lagi)


Kalau nak di ikutkan tanda-tanda 1, 3, 7, 8 & 9 saya dah rasa. Tapi yang lain-lain tu tak lah pulak lagi. Erm, saya dan En Husband  tak terlalu berharap. Maybe pregnant atau perubahan cuaca di luar sana yang menyebabkan saya tak sihat begini. Kalau ada, adalah ye. Terima kasih pada kawan-kawan dan keluarga yang mendoakan semoga kami dapat baby cepat-cepat. Luv sangat-sangat kat U Ols…



Sabtu, 10 September 2011

My 1st Eid As A Wifeee…


Assalammualaikum…


Pertama sekali nak wish congratulation juga pada kawan-kawan yang menyambut Aidilfitri buat pertama kalinya sebagai seorang ISTERI. ( Tahniah!, tapi jangan serabutkan pemikiran anda untuk berebut-rebut dengan suami nak beraya sebelah mana dahulu ye). Jikalau sebelum ini beraya di kampung Mak Ayah kita sahaja tiap-tiap tahun, tapi selepas ini kenalah bergilir-gilir dengan kampung En Husband pula. Maknanya kita akan beraya dia kampung kita dua tahun sekali sahaja? O.M.G!!!
Adakah kita akan jumpe Mak, Abah, Kakak, Abang, Adik-adik, Mak Long, Pak Long, Mak Ngah, Pak Ngah, Mak Su, Pak Su, Atok, Nenek & sepupu-sepupu dua tahun sekali je???




Oh TIDAK!!!




Ok-ok…bukan bermakna jumpa orang-orang yang kita sayangi jauh nun di kampung sana dua tahun sekali je Dik Non. Raya pertama belah suami kau, esoknya raya ke dua baliklah pulak kampung kau. Raya kan sebulan.. Takyahlah gelabah sangat..hihi..
Paling untung kalau kampung U All dekat-dekat je..Means satu negeri ke..satu daerah ke..Pagi kat sana, petang dah boleh balik sini. Betul tak? Dan yang paling untung sekali kalau yang tak ada kampung. Duduk kat Bandar je lah Cik Senah.. (^_^)

Kalau sebelum ni pagi raya bangun kadang-kadang terlajak sikit (maklumlah excited esok nak raya, malam tu tido sampai ke subuh), tapi selepas bergelar isteri ni of courselah kena bangun awal-awal pagi untuk gosok baju husband kita yang nak pergi solat sunat Aidilfitri di masjidkan? (ni pengalaman saya, anda???)

Lepas tu kena cepat-cepat mandi, pakai baju cantik-cantik & make-up tebal-tebal supaya suami balik nanti taklah tengok kita macam Hantu Kak Limah Balik Ghumah je upanya..hihi…
Paling menarik apabila kalau sebelum ni kita hanya bermaaf-maafan & mencium tangan ahli keluarga kita sahaja, tetapi selepas bergelar isteri ni, suami adalah orang yang paling utama yang perlu kita pohon kemaafan. Bukan kah syurga kita terletak di bawah tapak kaki suami…



Okay..Ini bukan picture di Pagi Raya kami. Sajer post untuk menunjukkan cara-cara bersalaman yang betul..hihi (poyo!)


Bagi saya, tahun partama ini mestilah WAJIB di belah saya dahulu…Bak kata pepatah omputih LADIES FIRST!!! Hahaha..jangan nak mengarut. Terpulanglah pada discussion anda suami isteri okay…?

Seperti yang anda semua sedia maklum, Hari Raya Aidilfitri 1432H tahun ini telah jatuh pada 30 Ogos 2011 (Hoyehhh!!!). Hari ke-2 pula jatuh pada 31 Ogos 2011 iaitu Hari Kemerdekaan Negara kita… Secara automatiknya pada hari Rabu (1 September) adalah hari cuti umum bagi rakyat Malaysia sebagai menggantikan hari Kemerdekaan yang jatuh pada Hari Raya Aidilfitri ke-2…

Wah, bukan main seronok lagi kita kan? Banyak sangat cuti sampai malas nak kerja semula… Ramai juga yang mengambil cuti direct 1 week pada 29 Ogos (Isnin) & 2 September (Jumaat)… Anda pula bagaimana?

Okay, mesti korg bosan baca entry yang mengarut ni kan? Mesti korang dah tak sabar nak beraya umah makcik dot dot dot kat hujung kampung tu kan? Mesti banyak lagi open house yang belum korang pegi kan?

Okaylah Lastly… Saya Nurhafizah Hanis Binti Abd Rashid, ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan sekiranya saya pernah menyakiti hati si polan b/bt si polan, terkasar bahasa@pernah mengguris perasaan anda semua…
Selamat Hari Raya Aidilfitri…

(^______^)