Selasa, 21 Januari 2014

Meddina Ootd (Out Of The Day) : Seremban 2nd Time


Assalammualaikum w.b.t


Sejak ada anak ni, dah mula terjebak dgn ayat ootd. Kalau boleh siap nak #hashtag dekat ahli keluarga dalam laman sesawang ig. Tetiba kau. Dgn harapan makcik pakcik Meddina dpt melepaskan rindu pada anak buah tunggal diorang ni. Perangai mcm mak mak yg perihatin sangat dgn aktivi&perkembangan anak kan??? :p (tapi sebenarnya aku kelauttt)

Okeh, just nak story sikit tentang aktiviti berhujung minggu yg lepas dgn pwinsess tersayang. Meddina, kenyit mata sikit -_- ummi nak cerita pasal awak lagi ni. Hohoho...

 Sabtu lepas Hanis dan family attand kenduri rumah makcik di Seremban N9, sempena keberangkatan beliau utk menunaikan ibadah umrah pada bulan hadapan. (Sowi ayat skema sikit . Takut2 chekgu bm kite terbaca pulak blog kite ni. Ok bye!). So...ambillah peluang sekali untuk bawa Meddina bertemu dgn saudara-mara, sepupu-sepapat, 2 pupu, 3 pupu dan 4 pupu dia. Yelah, sejak Meddina lahir tak pernah jumpe lagi kan? Hover kemahen mak kau ni Dina.

Alhamdulillah, masa dekat sana Meddina tak ada masalah sangat lagi-lagi bab nak menyusu tengah-tengah orang ramai. Sebab ummi dia dah standby pam bm dalam botol siap-siap. Baju pun dah bawak 3 pasang, pampers dan segala keperluan Meddina penuh satu beg galas colour oren dia. Sampai ummi nak tumpang lipstick pun tak muat dah. Penuh barang dia sajer. Huhuhu...

Ramai yg tak sangka Meddina baru 2bulan setengah time tu. Diorang kata saiz Meddina dah macam budak umur 4-5bulan. Sampai ada abang saudara yg tanya "bagi makan ape?". So, Dina meh sini tolong ummi jawabkan ape yg ummi bagi awak makan?

Meddina : Ummi bagi makan kfc, mekdi dan a&w. Ok Dina tipu. Cuma susu badan ummi je yg paling best diabad ini!  >_<
Bila masa pulak anak aku pandai bercakap ni???



Second months checkup, berat Meddina 5.2kg dari 3.6kg dari bulan pertama. Hanis target dalam 5.0kg je. Terhover pulak berat kau anak. Hehehe. Next month harap-harap berat Meddina cecah 6.5kg lah ye. Nanti ummi upah sebiji kereta mini cooper. Wek :p


♥♥♥




Tak kisahlah gemok ke kurus ke...janji awak sihat kan sayang. Tapi bila awak gemok bertambah geram ummi tengok. Rasa nak gigit-gigit je lemak-lemak kat pipi, tangan dan peha drumstick awak tu. Makin bersemangat ummi nak menyusukan awak walaupun terpaksa bersengkang mata di malam hari. Yes! satu kepuasan bg ibu-ibu yg full breastfeed permata hati diaorang.


p/s : Alhamdulillah, bekalan susu Meddina sentiasa mencukupi dari hari ke hari. Kadang kala sampai berlebih-lebih. Hanis tak pernah merungut tiap kali baju basah, bahkan makin bersyukur di atas rezeki yg Allah kurniakan ini. Berkat nawaitu nak bagi anak susu badan sepenuhnya, berkat nak tengok anak membesar dgn sihat dan berkat sebab nak bantu suami kurangkan perbelanjaan anak, maka Allah berikan jalan yg terbaik. And for information, Hanis pun tak makan sebarang makanan tambahan ataupun apa-apa supliment utk tambahkan air susu. Apa yg Hanis makan adalah makanan biasa seharian sama seperti sebelum mengandung dulu. Cuma pemakanan yg mungkin boleh memudharatkan Meddina memang Hanis hadkan. Taknak Meddina sakit perut atau allergic nanti. Tu je. Maybe berkat niat dan doa kot. Alhamdulillah.


Thanks for reading. 
Doakan Hanis dan Meddina terus sihat. Ameen.

 

Sabtu, 18 Januari 2014

Pengalaman Bersalin Part 3 (Finale Seasons)


Assalammualaikum w.b.t.


Sorry guys sebab lama sangat nak publish entry ni. Biasalah bila dah ada baby ni maka bertambahlah tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti yg biasa dilakukan sebelum ada anak terpaksa dihadkan dan kadangkala terpaksa dilupakan terus. Tapi, itu tak bermakna aku lupa terus dekat belog masyammm ni… (macam bau Meddina time bangun pagiii. Nikmat ok!). Huehuehue…

Ok berbalik pada entry “Pengalaman Bersalin Part 2” yg sebelum ni (itupun kalo uols ada bacalah, kalo tak sila tekan butang pangkah X). Treeeettttt!!!. Lepas Hanis call mak masa dekat katil monitor room tu, tak sampai setengah jam pun terus rasa contraction yg sangat kuat sehingga kita rasa nak terpopo tu. Setiap 5 minit sekali tau and makin lama makin kerap dan kuat. Hanis fikir macam ni kot rasa dah nak bersalin. Tapi doktor baru check dan bukaan jalan baru 2-3cm. Air ketuban jgn cakap lah, bagaikan mencurah-curah ke ladang gandum tiap kali contraction tu. Ngeh…ngeh…ngeh…

Hanis terus jerit panggil nurse dan doktor sambil kata sakit rasa seperti nak berak. Banyak kali jugalah panggil tapi diorang macam buat endah tak endah je. Tak dengar ke…atau busy sangat ke…tak pastilah. Sehinggalah akhirnya ada seorang doktor India perempuan dan asisstan dia datang untuk pantau keadaan Hanis. Mulanya nampak doktor tu macam nak blah je lepas tu. Ikutkan hati rasa nak rentap je tangan doktor tu supaya dia tak pergi. Bila Hanis kata dah sakit sangat and rasa nak terpopo terus doktor tu check bukaan dan suluh. Alangkah terkejutnya dia dannnn…..JENG…JENG…JENGGG(hahaha…sempat lagi tu)

Hanis dengar perkataan pertama yg lahir dari mulut doktor tu ialah…”Dah Fullll!!!”. Ha? Ape yg full??? Yg Hanis tau 7cm, 8cm tak pun 9cm. Tapi tak pernah dengar pula orang sebut perkataan full time nak bersalin!. Dengar juga doktor jerit-jerit panggil nurse suruh tolak Hanis ke dalam labor room segera. Ada juga nurse yg cakap “Tahan…tahan…jangan bersalin dekat sini!!!” Hahaha…tapi gua relaks je bro. Sempat lagi itew minum air zam-zam sambil buat muka hello kitty. Haus kot masa jerit-jerit panggil nurse dan doktor tadi. Memang nampak laaa staff-staff  hospital macam kelam kabut nak tolak Hanis. Maybe dah nampak kepala baby kot senyum-senyum nak keluar. Sedih sebenarnya time taip part ni. Rasa terharu sangat-sangat. Rasa Meddina terlalu memahami sangat keadaan Hanis saat itu sampai dia pun tak sanggup nak tengok ummi dia sakit lama-lama. Sebab itulah diapun berusaha juga untuk cepat-cepat keluar. Thanks anakkk… :-)

Sebaik katil Hanis disorong ke labor room, Hanis saje-sajelah buat-buat tanya “Mana suami saya? Mana suami saya?” dengan nada sakit and tak tahan sangat letewww. Padahal time tu rasa biasa-biasa je kot sebab contraction yg sebelum ni lagi sakit sangat. Hahaha… Kemudian kena pindah dari katil kita ke katil dalam labor room tu. Nurse memang paksa kita bangun dan pindah sendiri walaupun time tu sakit dan tak larat sangat-sangat. Sorry ye takde maknanya nurse dan doktor nak angkat kita macam dekat KPJ. Tapi disebabkan Hanis manja plus mengada-ngada sangat, so hulur jugalah tangan dekat nurse tu dgn harapan diorang dapat bantu pindahkan Hanis ke katil sebelah. Huehuehue.

Alhamdulillah, Hanis dapat nurse yg sangat-sangat baik dan lemah lembut masa dalam labor room. Janji Allah itu pasti, Hanis nak susah-susah dahulu dan senang-senang kemudian, Dia tunaikan. Syukurrr Alhamdulillah. Memang dia seorang je yg jaga Hanis time tu disebabkan doktor-doktor dan nurse-nurse yg lain busy menyambut baby-baby yg lain yg terlalu ramai nak bersalin juga pada awal Muharam. Hehehe. Pesakit sentiasa keluar masuk sampai they ols tak cukup kaki tangan nak handle. Dan dia jugalah nurse yg menyambut kelahiran Meddina ke dunia ni. Syukur Hanis tak ada sebarang masalah semasa melahirkan Meddina.

Contraction yg pertama, Hanis tak bersedia lagi nak push. Tapi time tu dia dah cut bawah kita ni untuk buka jalan bagi memudahkan baby keluar nanti. Siriusly tak sakit dan tak rasa apa-apa pun time tu. Before that, nurse dah tunjuk siap-siap kaki nak posisi cam mana dan tangan nak pegang mana. Tapi step-step nak push tu uols kena buat sendiri tau. Dia tak ajar okay! Time tu apa yg kita belajar dan baca selama ni dalam internet memang totally lose dan kelautlah jawapannya. Dalam hati just nak selamatkan anak je. Takut lama-lama nanti baby lemas pula Tak apelah suami tak ada bersama pun time tu. Hanis yakin doa dan harapan dia sentiasa mengiringi Hanis walau dimana dan bagaimana jua keadaannya. Rupa-rupanya asben Hanis balik sekejap ke rumah. So, memang tak ada rezeki dialah nak ada sama-sama saat Hanis melahirkan puteri sulung dia. (Sedih lagi…)

Bila datang contraction yg kedua Hanis terus sama-sama teran sekuat hati. Masa tu macam tak confident je Meddina boleh keluar sebab tak sama langsung macam yg kita tengok dalam tv. Hehehe… Sluuurrrp! Rasa satu benda keluar dan terus nampak nurse pegang baby, kemudian dengar suara Meddina menangis-nangis dekat bahagian kaki Hanis. Terfikir juga masa tu, kalau baby nangis maknanya dia selamat dan sihat kan? Ya Allah…bersyukurnya, berjaya juga lahirkan Meddina dengan mudah dan selamat dengan sekali teran je. Terharu dan rasa cepat sangat perkara tu berlaku. Nurse suruh Hanis berselawat dan lepas dia potong tali pusat Meddina terus dia tunjuk gender baby nak tengok samada kita sebut betul ke tidak. Yes! I got a baby princess!!! Sama-sama geng pink dengan ummi dia. Hihuhihu…

Kemudian nurse dakapkan Meddina pada dada Hanis. Itulah sentuhan dan pelukan pertama buat anak yg Hanis kandungkan selama 39minggu 4hari di dalam rahim ini. (Okeh, jap nak lap air mata…). Inilah wajah manis yg selama ini Hanis tercari-cari bagaimanakah rupanya anak ummi sebab Meddina taknak share raut wajah dia masa weols buat scan 4D dulu. Hanis usap-usap kepala dan badan Meddina yg dipenuhi dgn darah dan verniks putih. Berkelip-kelip mata dia seakan memahami. Tak dapat nak gambarkan saat itu. Hilang segala keperitan dan kesakitan yg dialami seketika tadi. Yg ada hanyalah kegembiraan dan perasaan bersyukur ke hadrat Illahi. Macam tak percaya dalam sekalip mata Hanis dah bertukar status sebagai seorang ibu. Alhamdulillah…

Ok part jahit menjahit pula malas nak cerita sangatlah. Memanglah rasa sakit, tapi bila tengok anak dekat baby coat sebelah terus hilang segala rasa kesakitan dan kepenatan tu. Bayangkan dengan berbekalkan 3 ketul roti je sepanjang pagi tu, Allah bantu dengan memberi kekuatan pada Hanis semasa melahirkan Meddina. Tak perlu makan banyak sangat okeh, sebab miracle of doa tu lagi power dalam menentukan segala-galanyanya. Dan Hanis boleh berborak-borak lagi dengan nurse sebaik sahaja Meddina keluar dan uri pun masih belum keluar lagi masa tu.  Bayangkan!. Memang sangat-sangat friendly dan sportinglah nurse ni. Masa Meddina masih lagi dalam dakapan, Hanis minta izin nurse untuk call asben. Terkejut asben bila Hanis bagi tau yg Hanis dah selamat bersalin dan baby dah ada atas badan. Bergegas dia datang semula ke hospital. Then, Hanis call mak. Bayangkan mak pun terkejut bila dengar suara Hanis yg menangis-nangis sakit baru seketika tadi dah bertukar dgn gelak tawa kerana terlalu happy. Huhu…magic kan kuasa Allah?

Asben sampai pun masa Hanis dah kena jahit. Terus dia peluk dan cium dahi Hanis (tak bajet pun asben nak buat cam tu. Kikiki…) Patutnya time jahit suami kena keluar tau. Tapi disebabkan dapat nurse yg terlalu baik dan sporting, and maybe juga sebab asben tak sempat ada masa Hanis bersalin tadi, terus nurse izinkan asben melepak sama-sama  dalam labor room sambil-sambil tunggu nurse selesaikan proses menjahit tu. Tapi masa tu asben dah selesai azan dan iqamatkan Meddina dekat luar. Part paling best bila dapat buat labor room hospital kerajaan macam rumah sendiri. Borak-borak dengan nurse, makan-makan, bervideo, tutup-tutup lampu dan tidur bertiga sambil-sambil tunggu di bawa ke wad.  Ekau haddo??? Hohoho… Doktor yg datang untuk check jahitan pun cermat dan teliti orangnya. Alhamdulillah.

So, selesai sudah part pengalaman bersalin Hanis. Setiap orang pengalaman tu tak sama. Ada yg susah,dan ada yg senang. Tapi Hanis percaya setiap apa yg berlaku semuanya bergantung pada amalan dan perangai kita sebelum-sebelum ni. Wallahuaklam.







P/s : Anak yg terlalu mengerti dan memahami Hanis sejak dari dalam rahim sehinggalah wujudnya dia ke alam dunia ini. Pernah Hanis menangis sebab terlalu letih bila Meddina semalaman merengek tak tidur, bila dia senyap terkelip-kelip memandang Hanis, terus hilang rasa stress dan letih tu. Pernah juga Hanis tersenggut-senggut nak tukarkan lampin Meddina waktu tengah malam, bila dia senyum dan tergelak-gelak pandang Hanis, hilang terus rasa mengantuk tu. Pandainyalah anak kecil yg tak mengerti apa-apa ni mengambil hati ummi dia. Syukur ya Allah di atas anugerah terindah yg Kau kurniakan kepadaku ini. Kau lorongkanlah jalan agar aku dapat menggalas setiap tanggungjawab yg Kau amanatkan ini sebaik dan sesempurna mungkin. In Sha Allah...

Bangga bila suami kata "awak adalah ibu terbaik buat Meddina. Tiada orang yg lebih perfect dari awak" :) Thanks my Jannah.