Selasa, 21 Januari 2014

Meddina Ootd (Out Of The Day) : Seremban 2nd Time


Assalammualaikum w.b.t


Sejak ada anak ni, dah mula terjebak dgn ayat ootd. Kalau boleh siap nak #hashtag dekat ahli keluarga dalam laman sesawang ig. Tetiba kau. Dgn harapan makcik pakcik Meddina dpt melepaskan rindu pada anak buah tunggal diorang ni. Perangai mcm mak mak yg perihatin sangat dgn aktivi&perkembangan anak kan??? :p (tapi sebenarnya aku kelauttt)

Okeh, just nak story sikit tentang aktiviti berhujung minggu yg lepas dgn pwinsess tersayang. Meddina, kenyit mata sikit -_- ummi nak cerita pasal awak lagi ni. Hohoho...

 Sabtu lepas Hanis dan family attand kenduri rumah makcik di Seremban N9, sempena keberangkatan beliau utk menunaikan ibadah umrah pada bulan hadapan. (Sowi ayat skema sikit . Takut2 chekgu bm kite terbaca pulak blog kite ni. Ok bye!). So...ambillah peluang sekali untuk bawa Meddina bertemu dgn saudara-mara, sepupu-sepapat, 2 pupu, 3 pupu dan 4 pupu dia. Yelah, sejak Meddina lahir tak pernah jumpe lagi kan? Hover kemahen mak kau ni Dina.

Alhamdulillah, masa dekat sana Meddina tak ada masalah sangat lagi-lagi bab nak menyusu tengah-tengah orang ramai. Sebab ummi dia dah standby pam bm dalam botol siap-siap. Baju pun dah bawak 3 pasang, pampers dan segala keperluan Meddina penuh satu beg galas colour oren dia. Sampai ummi nak tumpang lipstick pun tak muat dah. Penuh barang dia sajer. Huhuhu...

Ramai yg tak sangka Meddina baru 2bulan setengah time tu. Diorang kata saiz Meddina dah macam budak umur 4-5bulan. Sampai ada abang saudara yg tanya "bagi makan ape?". So, Dina meh sini tolong ummi jawabkan ape yg ummi bagi awak makan?

Meddina : Ummi bagi makan kfc, mekdi dan a&w. Ok Dina tipu. Cuma susu badan ummi je yg paling best diabad ini!  >_<
Bila masa pulak anak aku pandai bercakap ni???



Second months checkup, berat Meddina 5.2kg dari 3.6kg dari bulan pertama. Hanis target dalam 5.0kg je. Terhover pulak berat kau anak. Hehehe. Next month harap-harap berat Meddina cecah 6.5kg lah ye. Nanti ummi upah sebiji kereta mini cooper. Wek :p


♥♥♥




Tak kisahlah gemok ke kurus ke...janji awak sihat kan sayang. Tapi bila awak gemok bertambah geram ummi tengok. Rasa nak gigit-gigit je lemak-lemak kat pipi, tangan dan peha drumstick awak tu. Makin bersemangat ummi nak menyusukan awak walaupun terpaksa bersengkang mata di malam hari. Yes! satu kepuasan bg ibu-ibu yg full breastfeed permata hati diaorang.


p/s : Alhamdulillah, bekalan susu Meddina sentiasa mencukupi dari hari ke hari. Kadang kala sampai berlebih-lebih. Hanis tak pernah merungut tiap kali baju basah, bahkan makin bersyukur di atas rezeki yg Allah kurniakan ini. Berkat nawaitu nak bagi anak susu badan sepenuhnya, berkat nak tengok anak membesar dgn sihat dan berkat sebab nak bantu suami kurangkan perbelanjaan anak, maka Allah berikan jalan yg terbaik. And for information, Hanis pun tak makan sebarang makanan tambahan ataupun apa-apa supliment utk tambahkan air susu. Apa yg Hanis makan adalah makanan biasa seharian sama seperti sebelum mengandung dulu. Cuma pemakanan yg mungkin boleh memudharatkan Meddina memang Hanis hadkan. Taknak Meddina sakit perut atau allergic nanti. Tu je. Maybe berkat niat dan doa kot. Alhamdulillah.


Thanks for reading. 
Doakan Hanis dan Meddina terus sihat. Ameen.

 

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah. bestnya susu cukup. harap2 rezeki anak nina nanti mcm sis jugakk. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah...kalau Nina pun dah niat nk full bf mcm Hanis mesti Allah bantu :) Good luck dear...

      Padam