Rabu, 26 Februari 2014

Stroller & Car Seat Jogger Idaman Meddina...eh tak ummi dia sebenarnye


Assalammualaikum.

Sebenarnya stroller dan car seat jogger memang tak wujud langsung dalam whishlist shopping barang-barangan Meddina masa zaman pregnent dulu. Memang tak plan pun nak beli seawal ini sebab Hanis fikir time dalam pantang bukan guna pun, bukan nak bawak anak berjalan ke ape kan. So, lepas dalam pantang nantilah baru fikir nak beli ke ape.

Tapi, pernahlah juga Hanis dan asben servey-servey masa Hanis tengah pregnent dulu nak beli brand ape dan design yg mana paling best bagi kiteorang. Di sebabkan Meddina anak yg bertuah mempunyai abah yg baik hati dan pemurah, maka masa Meddina baru berumur 22hari lagi abah dia dah belikan stroller dan car seat jogger suprise untuk anak dara cumil dia ni. Ummi yg tak tau ape-ape ni pun turut sama terkejut. Opocot! Ngehhh..ngehhh -_-

Asalnya memang Hanis dan asben admire stroller brand sweet cherry SCR5. Selalulah jugak kiteorang stalk dalam laman web sweet cherry.com. Tapi sayangnya, stroller SCR5 dah tak release lagi. Kalau ada pun prelove sale atau yg second hand. Dekat Aeon pun dah tak ada lagi. So, second choice pula Hanis berminat dengan SCR6. Tapi yg ni lagi mahal dari SCR5 tau. Maybe sebab lebih kecil, ringan, trendy dan seksi kot. Dah kau kenapa pandang stroller pun seksi seksis? Kemahennn...

Patutlah sehari sebelum asben buat suprise tu beria-ria benar dia tanya Hanis tentang stroller ni mana lagi bagus dan best. Dia pura-puralah kata member tempat kerja dia yg tanya dan minta Hanis bagi suggestion tentang stroller n car seat jogger ni. Rupa-rupanya semua tu propaganda je. Teruk tau...suka buat degupan jantungku berdegup kenchang! Hahaha. Tetiba kau...
 
 
So, nilah rupa sebenar stroller dan car seat jogger SCR6 dan SCR7 pilihan kiteorang...



 
SCR6 ada satu warna je asalnya. Warna merah terang tang tang ni. Then Sweet cherry keluarkan pula warna biru muda untuk anak-anak lelaki jambu. He. Complete set dengan car seat jogger yg sama warna juga. Depends for parents samada nak beli one set (stroller and car seat jogger) ataupun nak beli asing-asing pon boleh. Ikut bajet dan kemampuan uols la. Pilihan tu kan di tangan anda >_<
 
 

 
Apa yg bestnya SCR6 dan SCR7 ni?
 
Kelebihan SCR6 (stroller) dan SCR7 (car seat jogger) ni uols boleh buka dan asing-asingkan body (tempat duduk) dan frame (rangka) dia. Then boleh alihkan fold tu menghadap ke depan atau belakang (kita yg sorong). So, mommy atau daddy tak perlu risau sangatlah sebab boleh selalu tengok baby kita buat ape kan.
 
Then, bila anak dah besar sikit nanti, mesti dia jemu menghadap muka kita je kan. Of course diorang lebih prefer nak tengok orang lalu lalang tak pun pemandangan sekeliling dia. So, time ni uols dah boleh tukarkan body tu menghadap ke hadapan pula. Nak tukar pun senang je, tak sampai seminit pun. Tekan clip dan angkat. Pusing, letak balik dekat slot tu dan tekan sampai bunyi clip tu masuk. Very simple. 
 
Untuk baby newborn pula, kalau rasa body untuk stroller tu besar sangat (sebenarnya boleh je guna tapi kena letak pelapik head and body baby laa...) boleh guna infant carseat jogger tanpa letak pelapik macam dalam gambar sebelah kanan di atas. Cara nak pasang pun sama, cuma  ada satu extend clip yg korang kena simpan masa beli car seat jogger tu ada disediakan sekali. Kalau hilang tak dapek den nak nolongnyer...
 
 

Multi function! Boleh buka dan guna sebagai car seat atau rocker baby dekat rumah. Ada banyak warna yg uols boleh pilih seperti merah, biru, hitam dan purple. Sweet sangat!
 
 
Susah tak nak buka dan tutup?
 
Ok, selalunya mak-mak mesti susah hati macam mana nak handle time buka dan tutup stroller uols kalau pergi shopping complex sendirian kan? Silap-silap korang sumbat je terus stroller korang yg besar gabak tu dekat car seat belakang kereta kan? Hahaha. (Sebab kalau ada asben, confirm2 lah asben yg buat semua tu >_<).

Tapi SCR6 ni tak susah mana pun nak fold dan unfold balik. Masa mula-mula Hanis nak guna dulu pun tak tahu juga. Sebab asben yg beli sorang-sorang, so tak dapat nak belajar dengan promoter Aeon tu. Tapi Alhamdulillah, search aje dekat youtube dah ada berlambak tutorial. Iols dah try fold and unfold siap-siap dekat rumah tau sebelum keluar. Hihihi.
 
 
 
 
So, Hanis share siap-siap untuk kemudahan uols ye. Boleh tengok sekali spesifikasi macam mana cara korang nak guna, fold dan unfold balik stroller ni. Paling penting ianya cuma 16kg je. Mampu kot mak-mak nak angkat lagi bawak masuk kereta. Hihihi.
 
 
 
 
Kelemahan :
 
 SCR6 ni cuma ada 3 tayar je. Memanglah nampak solid and trendy ye mak-mak. Tapi kena hati-hati masa nak bawa anak naik escalator. (Aku dah test dah. Nasib baik tak melambung Meddina. Huh!) Sebab tak stabil dan kalau tak pegang kuat-kuat boleh terbalik stroller dgn baby sekali. Be carefull ye. Nilah salah satu kelemahan stroller yg 3 tayar ni :( Lagi satu tempat letak barang dia kecik sangat. Jangan haraplah kau nak sumbat bantal, tilam, selimut a.k.a handbeg channel kau tu juga. Lupakan ajelahhhh...hahaha...
 
 
Nak share sikit gambar budak Dina wif her stroller :)
 
 
Kenapa car seat jogger Meddina warna hitam? Tak beli warna merah? Asben kata dia tak tau ada warna merah. Sabo ajelah aku.

 

Testing testing... TIDO
 
 
Outing pun... TIDO
 
 
Kesimpulannya :
 
Selesa sangat kot duduk dalam stroller ni sampai asyik TIDO je. Tak pun Meddina fobia bila naik stroller terus buat-buat TIDO. Hahaha...
 
 
K Bai. Thanks for reading!
 
 
 


2 ulasan:

  1. salam sis, berapa ya harga SCR6 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, saya ada jual stroller scr6...boleh lawat web sy untuk maklumat lanjut...dijamin harga terbaik dan cod diputrajaya.. http://bagaimana.com.my/sweet-cherry-stroller-scr6-murah/

      Padam