Khamis, 27 Februari 2014

Kisah Si Buah Zuriat

 
Assalammualaikum w.b.t
 
 
 
 
Tak adalah kisah sangat. Title entry ni je yg beria-ria benar. Hahaha.
Since Hanis dah pernah cuba dan ada sesetengah yg tanya "eh macam mana ye nak rebus buah zuriat a.k.a buah adam hawa tu?"
 
Ok. Let me share sikit cara Hanis menyediakan air buah zuriat ni. Firstly memang buah ni keras sangat sangat sangattt okeh. Habis segala jenis senjata termasuk pisau, parang, lesung batu, tukul besi dan gergaji (ok tipu!) digunakan untuk mengupas buah ni namun hasil yg Hanis dapat adalah TAK BERJAYA! ok fine...
(nasib baik tak keluarkan pistol pulak. over kau!)
 
Memang susah. Sebab buah ni keras macam buah kelapa tapi bersaiz kecil. Ada sabut yg tebal dan liat. So, jalan penyelesaiannya uols rebus jelah buah tu dengan kulit-kulit dia sekali. Tak payah kopek, ketuk atau gigit. But, make sure basuh dululah bersih-bersih.
 
Anggaran dalam 3-4cawan air. Rebus sehingga air tu berwarna kuning-kecoklatan. Tak ingat pula berapa minit. Tapi kalau uols nampak air tu dah berubah warna, bolehlah tutup api.
 
Lepas dah habis minum air rebusan tu jangan terus buang pula. Uols boleh topup lagi dan lagi air berkali-kali sehingga air rebusan tu dah tak mengeluarkan warna lagi (means jernih).
 
Masa time Hanis dulu, dah rebus 3kali baru dapat kopek. Maybe sebab buah tu dah lembut kot. Lagi satu sebab excited nak tengok macam mana rupa dalam buah zuriat ni. Hihi...
Ingat! boleh rebus lagi selagi air tu tak jernih. Cara nak minum ikut suka hati uols lah. Tapi sebelum tu selawat dan berdoalah minta apa-apa yg kita hajati. In Sha Allah...semoga Allah tunaikan permintaan kita. Ameen.
 
 
p/s : Tak kata buah zuriat ni boleh menyebabkan pregnant. Buah tu sebagai medium perantaraan je. Contohnya macam ubat. Bila kita sakit kita makan ubat. Tapi yg menyembuhkan tetap Allah s.w.t. Macam buah zuriat ni juga salah satu usaha. Selebihnya kita berdoa dan bertawakal sahaja kepada Allah s.w.t.

* * *

...sekadar renungan bersama...

“...Apabila Allah telah menyintai hambaNya, maka Allah turunkan bala ke atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa, maka para malaikat pun berkata:wahai tuhanku, sampaikan hajat hambaMu itu. Allah menjawab: usah campuri urusan hambaKu itu. sesungguhnya Aku cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat. Apabila hamba itu berkata: wahai Tuhanku! Maka Allah menjawab:Selamat dan bahagialah wahai hambaKu. Tidak kamu seru melainkan sesuatu melainkan Aku perkenankan buatmu....”
(sabda Rasulullah saw)


Thanks 4 Reading!




1 ulasan: