Jumaat, 13 Julai 2012

Countdown 17/07/12


Assalammualaikum.


Haha...tajuk entry ni macam gedix kan? Nak countdown countdown kunun. Dah macam budak-budak kecik bila nak hari jadi pegi buat-buat tanya kat family " Eh eh hari ni hari apa? " tak pun pegi cakap kat mak " Mak mak, esok berapa hari bulan? " Hahaha...teringat kat adik saya yg bongsu sebab selalu buat macam tu. :p

Seperti biasa, kedatangan hari jadi walaupun pura-pura buat tak hengat tetapi ianya tetap dinanti. Ceh! (dah 27 tahun kot), Besday kali ni adalah kali kedua setelah bergelar 'puan' n ofkos nak suruh husband raikan walau dapat wish sahajapun cukuplah :( (dalam hati aku dah target macam-macam hadiah dah dapat dari asben. Kiki...)

Okeh asben, jangan buat-buat lupa ye. Nanti muncung saya sampai sedepa dan isteri mogok tak nak masak selama 20 hari sehingga tibanya besday asben pula. Hehe...

Apakah hadiah hari jadi yg sesuai untuk suami, 20 hari selepas 17/07 ni? (maknanya 7 Ogos ni lah...nasib baik bulan puasa. Haha)



KEMEJA T

Oh, tidak mungkin sebab banyak yg saya beli belum disentuh oleh suami. Teruk... :(


♥ ♥ 



PERFUME HUGO BOSS (FAV SAYA JUGA ^_^)

Dalam pertimbangan. Tetapi adakah kasih sayang terhadap saya akan habis juga bersama perfume yg makin lama makin habis bila hari-hari digunakan? Hehehe...


♥ ♥ 



SAMSUNG GALAXY SIII

Ermm...boleh jugaklahkan. Untuk suami yg telah banyak bekorban demi saya. Betul tak?. Wehue....!


♥ ♥ ♥



p/s : Rasanya bukan nilai hadiah menjadi ukuran kasih sayang terhadap seseorang. Tetapi keihlasan, kejujuran, keserasian dan kesefahaman. Apa yg saya harapkan adalah kualiti dalam perhubungan suami isteri makin hari makin baik, baik dan baikkkk. InshaAllah...



Bye, Jumaat hari yg comel! 

Sebab esok lusa kita dh start cuti dan boleh bergembira ^_^

All picture by : Google


Tiada ulasan:

Catat Ulasan