Rabu, 25 Julai 2012

Ramadhan Yg Sama, Perasaan Yg Berbeza, Syukur...Alhamdulillah


Assalammualaikum.


Pejam celik pejam celik dah hari ke 5 kita semua menunaikan rukun islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa tahun ni tak banyak bezanya coz berpuasa kali kedua sebagai wifee. Sama seperti tahun lepas juga. Kadang-kadang berbuka berdua, kadang sorang-sorang dan bila hujung minggu bersama keluarga sendiri atau keluarga mertua.

Bila berbuka sendiri tu paham-paham sajelah, buat-buat macam seronok konon-konon makan berdua. Kadang-kadang saja buat-buat sibuk macam kemas rumah ke, kemas dapur ke, basuh baju ke sampai tak perasan dah nak masuk waktu berbuka. (sebenarnya ni cara untuk menghilangkan rasa boring bila di rumah seorang diri. Lagipun rumahku kan syurgaku.hihihi)

Sebagai isteri, kenalah paham dan sentiasa berfikiran positif. Tuntutan kerja suami, periuk nasi berdua. Lagipun bukan suami saja-saja nak biarkan kita duduk dan makan sorang-sorang di rumah. Kalau boleh diapun nak balik awal juga dan habiskan masa dengan isteri. Dia pun rasa letih berpenat lelah mengerah keringat berbelas jam di kilang tu (nak buat macam mana kilang tu bukan suami aku yg punya.hehehe). Kalau tahun lepas memang rasa sedikit ralat dan jiwa nak memberontak je sebab tak biasa berbuka sorang-sorang. Biasalah tahun pertama macam kejutan budaya sikit. Tetapi Alhamdulillah, sekarang saya lebih berfikiran resional. Siapa lagi yg paling penting memahami tanggungjawab suami kalau bukan isteri. Kan? kan?

Walaupun tahun ni keadaan Ramadhan tetap sama, tetapi perasaan saya rasa berbeza. Rasa lebih dihargai dan difahami. Kalau suami tak dapat berbuka sama pun dia tetap akan call dan sms to make sure saya dah ada juadah untuk berbuka. Bila dia balik dah siap tapau lauk untuk sahur walaupun saya tak minta. "Terima kasih Abang..."
Apa yg paling istimewanya bulan ramadhan ni dapat curi-curi masa bersolat sama-sama. Alhamdulillah, sebab bulan ni Allah berikan peluang sebegini yg jarang-jarang saya dapat rasai. Berdua dan bergurau senda.

Kebiasaanya bila lepas berbuka dan solat berjemaah bersama masing-masing terlelap sebab kepenatan dan kekenyangan. Yg peliknya bila tersedar tengah malam boleh pulak kemas rumah berdua-duaan. Sorang basuh pinggan dan cuci dapur, sorang sidai baju yg tadi tak sempat nak buat, kadang-kadang sorang sapu sampah dan mop rumah, sorang lagi lipat kain baju. Hahaha...suami isteri yg peliks! Lepas sahur pula sementara menunggu azan masing-masing barulah berpeluang bercerita tentang perihal diri atau tempat kerja masing-masing sambil begurau senda. Tetapi itulah realiti kehidupan berdua. Saling melengkapi dan memahami. 

"Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yg Allah berikan di bulan Ramadhan ni. Bukan semata-mata berpuasa, menahan nafsu lapar dan dahaga, bahkan mengeratkan silaturrahim dan kemesraan sesama insan. Jika kita bijak berfikir dan gali sedalam-dalamnya pasti kita akan temui setiap hikmah yg Allah sediakan untuk kita. Maka, rebutlah dan gunalah setiap peluang yg ada sebaik mungkin di bulan yg penuh dengan 1000 rahmat ini. Syukur Alhamdulillah..."



^_^

p/s : Tadi Maa call ajak berbuka satu family di Hotel Concorde KLIA minggu depan. Hopefully asben dapat joined lah macam tahun lepas. Doa-doakan ye...T_T

 Rindunya this tyme!


3 ulasan:

  1. ehehehehe.....
    cian akk berbuka sorg xper nak buek cmno....
    yang penting kita bahagia sudah ^__^

    BalasPadam
  2. Haha....tau x ape..its ok.dh biasa dah...lg pun tak ralat sgt sbb thn ke2.
    abg mat ada suh blk buka umh mak akk.tp mls la...lg selesa umh sndiri...
    RUMAHKU SYURGAKU???hehe...

    BalasPadam
  3. xplah kn k.hanis....abg rizal pg cri rzeki yg halal tok k.hanis.....wlaupon die bz die ttp care kt k,hanis..huuu sooo sweettt!!!

    BalasPadam