Selasa, 17 Julai 2012

Floria 2012 at The Midnight


Assalammualaikum.


Seperti kebiasaan, pesta Floria akan diadakan di Putrajaya tiap-tiap tahun. Ni dah dikira sebagai acara tahunan theyols lah di sini selain dari Pesta Belia dan Karnival Wow!. Apabila menjelang bulan Julai, sejak tahun 2009 lagi uols akan nampak abang-abang bangla dan indo serta pekerja-pekerja kontraktor lanskap akan memenuhi segenap ruang taman di Presint 2 dengan pelbagai hiasan dari bunga-bungaan segar.

Yg menariknya floria tahun ini dari tahun-tahun sebelumnya adalah pertunjukkan bunga api bermula dari malam 30 Jun sehingga 8 Julai setiap malam hokeh! Setiap malam tu aku boldkan menunjukkan betapa excitednya aku ibarat bunga api tu adalah kumpulan K-pop yg akan membuat persembahan di sini! Hahaha…berhenti merapu.

Selain itu terdapat juga persembahan bot berhias yg dihiasi dengan lampu-lampu berwarna warni dengan pelbagai corak dgn hasil rekaan kreativiti memaparkan tema bagi setiap negeri masing-masing di tanah air tercinta kita ni. Bot berhias ni akan melalui sepanjang tasik putrajaya bermula dari Jambatan Seri Saujana di Presint 4 sehingga ke Jambatan Seri Wawasan di Presint 2. Okeh, korang boleh bersesak-sesak sehingga rasa kekurangan oxygen untuk menonton dan mengambil gambar banyak-banyak. But, make sure kamera korang adalah DSLR ye, kalau tak memang nampak tompok-tompok HITAM, MERAH, OREN, BIRU dan HIJAU ajelah kat gambar korang tu. Kikiki…

Walaupun berkhidmat di Putrajaya, peluang sebegini hanya saya raikan ketika disaat-saat akhir pesta ni sahaja. Maknanya minggu terakhirlah dan apabila bunga-bunga disitu tidak semenggah ibarat mati hidup semula, tapi tak mati-mati jugak jika nak dibandingkan pada minggu pertama pesta ini bermula. Maybe orang Putrajaya dah tak eksited kot, sebab tue pergi last-last minit.

Saya, asben dan family pergi pada malam minggu 7hb Julai lepas. Disebabkan keghairahan masyarakat Malaysia dan luar negara yg datang dari segenap pelusuk tempat membuatkan Pesta Floria telah dibanjiri oleh pelbagai masyarakat sehinggakan kami terpaksa parking kereta di Wisma Tani dan berjalan kaki lebih kurang 1km untuk ke destinansi. Huehue. Amik kau!


Rasa nak petik dan grab banyak-banyak. Siriously sangat cantik dan cantikkkk

Sepasang suami isteri yg sgt teruja apabila terjumpa pelamin, Suami senyum lebar sebab terlalu ekcited dan isteri yg buat-buat senyum tapi macam tak ikhlas. *dalam hati sangat segan coz ramai orang tengok. Sebab tu senyuman jadi tak menawan. Huehue*

My lovely family. Jalan-jalan sambil bersesak-sesak dengan orang ramai dan merehatkan diri serta minda di pondok ini.


Lebih kurang jam 10malam, pertunjukkan bunga api bermula! Keadaan orang ramai yg tadinya stabil telah menjadi huru-hara, kacau bilau dan berlari-lari anak mencari port yg sesuai untuk melihat bunga api. Hahaha, sampai ada makcik yg sanggup meredah lopak dan melompat menyeberangi longkang besar semata-mata nak dapatkan permandangan yg stategik. Sabar ye makcik, nasib baik kau tak jatuh tadi. Kalau tak dah kena panggil pbsm dan embulen bagai.


Ini adalah saat yg ditunggu-tunggu oleh Mama. Hanya kelihatan, makcik-makcik, datin-datin dan tak kurang juga isteri-isteri yg memenuhi segenap ruang tempat ini. Manakala, pakcik-pakcik, suami-suami serta anak-anak hanya menunggu di luar khemah dengan perasaan yg hampa dan wajah yg tersangatlah BORINGGGGG. Bhahaha…silalah bertabah…


Tahniah Mama sebab menjadi pemborong pokok orkid yg berjaya. Bangga seyh aku! *tetiba*

Harga pokok orkid ni adalah RM900. Wowww!

Manakala saya dan suami hanya memborong pokok kaktus. Pokok ini sahaja yg paling sesuai untuk kami yg bajet nak bertaman-taman juga di rumah walaupun tiada masa. 3 RM10. Rugi kalau kau tak beli Jah!


Setelah keletihan, aktiviti menapak mendapatkan kereta di Wisma Tani pun bermula. Dari tapak pesta kami jalan beriringan di kaki lima Masjid Besi, melintasi jalan raya dan berehat sebantar di bangunan BHEUU (Bahgian Hal Ehwal Undang-Undang). Walaupun jam telah menunjukkan ke angka 12pg, weols anak beranak masih sempat berbual-bual sambil adik membeli air di mesin 'gedegang' yg terdapat di situ.

*mesin 'gedengang' ialah mesin yang kita masukkan duit dan pilih-pilih air yg dikehendaki kemudian tekan button pada jenis air tersebut lantas tin/botol air tu akan jatuh lalu mengeluarkan bunyi "gedeGANGGG!!!"* hihihi...

Kemudian berdezup pula 3 buah kereta  ni ke Restoran Rezza yg terletak di Dengkil sebab masing-masing baru teringat lapar. Keluarga yg havoc baru nak makan malam pabila jam telah menunjukkan ke angka 1 pagi.

"BERSAHUR ke ape?"

Hek..hek..Lepas makan saya dan asben terus balik ke rumah kami di Seri kembangan, manakala Mak, Abah, Iwan, Ammar dan Adah balik ke rumah family di Banting. ^_^



* * *


p/s : Semasa di tapak pesta Abah saya kata dia terlihat satu keluarga dimana suami dia ada membawa pedang samurai yg diletakkan di beg galas belakang badannya. Uhh...seramnye!
Tetapi Mama pula berfikiran positif dengan mengatakan maybe itu adalah pedang mainan anak dia. Ermm...konpius sekejap.

2 hari selepas itu berlaku kejadian amuk di Kompleks Kerajaan Parcel B, Presint 1 yg melibatkan seorang lelaki dan perempuan yg membawa pedang samurai. Namun kedua-dua individu ini telah tewas di tangan polis.
Syukur Alhamdulillah. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah S. W. T walau dimana-mana jua kita berada. "Ya Allah, selamatkanlah seluruh umat islam di dunia ini."


Persoalannya : Adakah orang yg Abah saya nampak tu adalah individu yg sama? Subhanallah...


Persolan seterusnya : Korang tak rasa ke aku hapdet entry ni macam dah lambat sangat. Atau dalam erti kata lain entry nie macam dah basi. He!


sEkIaN


2 ulasan:

  1. thn ni zana pergi 2 malam berturut2 sebab family nak sgt tgk floria.. x gie waktu siang sebab panassss.. org luar lagi excited nak gie floria drpd org putrajaya sndiri.. hihihi..

    seram pulak citer pedang samurai tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi, zana comels...

      Hanis pun tak pergi siang..yup2 panas.lagi pun zamn couple2 dulu dah puas pergi. Bagi change pada org lain (means bukan org putrajaya) Hihi...

      Padam