Assalammualaikum.
Hai dear, today ikut member-member sekerja keluar lunch hour sebab theyols ada urusan kerja di luar. Disebabkan saya yg tidak banyak kerja, jadi telah gatal-gatal juga untuk ikut mereka ke KL. KL je. Tak jauhpun. KL-Putrajaya juz 30 minit ikut Highway Max. Baiklah!
Singgah di area Jalan Chow Siew Lin untuk behenti makan dan kawan-kawan saya telah berjanji untuk berjumpa work-partner theyols di situ. After parking n turun kereta, someone dari kawan-kawan saya tadi terus says "Hanis boleh ke makan di sini?"
Okeh, pusing-pusing kepala sambil tengok kiri kanan, eh, mana kedai tu? OIC, bawah flyover ni banyak dan meriah sungguh. Lunch hour kan?
*pelik sekejap*
Siriusly saya tak pernah jejakkan kaki ke tempat tu. Apatah lagi terlihat dan terfikir, it's so awesome ada deretan warung makan di bawah flyover? Dalam hati rasa sangat unik okeh. Kalau selalu saya makan di restoran atau kedai-kedai makan, tapi bila di KL banyak warung-warung tepi jalan dan yg terbaru saya lihat bawah flyover! Paling tidak meragukan saya sebab yg masak dan pekerja dia adalah melayu dan indon yg islam. Kira halallah right, tapi soal kebersihan tu kena ambil perhatian sejenak. But, kalau dah islam mestilah theyols sediakan makanan yg halal dan bersih. Tak semestinya makan di restoran-restoran mewah dan mahal tu terjamin kualiti kebersihannya. Betul tak?
Teringat satu story beberapa tahun yg lepas. Siapa yg ceritapun saya tak ingat. Tapi ada yg kata, 'bila kita tengok sendiri keadaan di dapur hotel, kitapun tak selera nak makan'. MasyaAllah. betul ke? Okeh, taknak cerita sangat about this, nanti kena saman. tetttt.....*
Bhahaha....
Tapi bila terfikir about kebersihan makanan ni diluar, means yg bukan kita masak dari hasil titik peluh kita sendiri (ayat nak anymos kan. hehe..) saya hanya berdoa semoga apa yg saya makan dan minum dipelihara kebersihannya dan dihindari dari segala jenis penyakit. Yg kini paling pemes adalah penyakit 'kencing tikus' and siriusly penyakit ini ada dimana-mana expecially kedai dan warung-warung makan dan ianya boleh membawa maut! So, be carefully and always carefully okay! Sentiasa pantau apa dan di mana kita makan. Tengok-tengoklah sikit kebersihan tempat tu.
p/s : Punca rezeki tu ada dimana-mana. Yes, selalu orang kata "duit boleh cari". But for me, "duit kena cari". Tak kisahlah berniaga di tepi jalan or bawah flyover sekalipun asalkan rezeki tu datang dari sumber-sumber yg halal dan bersih.
Mengidam makan sate last month. Akhirnya dapat juga di Kedai mamak bawah pokok di Pekan Sungai Besi. Sate ni memang best dan manis kalau nak dibandingkan dgn Sate Kajang. Sekian. |
ok..babai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan