Rabu, 11 Julai 2012

Dengan Bangganya Namaku Hanis!


Hai, Assalammualaikum.


Picture by Google

Masa kecik-kecik dulu, saya tak taupun apa nama saya. Yang saya tau orang-orang sekeliling, family, makcik pakcik n event jiranku pun panggil saya dgn panggilan ALONG. Oh, ke'kakak'an sangat nama aku! Sungguh tak glemer saat itew! Hahaha...

Sehinggalah memasuki alam persekolahan, means sekolah tadika jerr pung, abah telah menulis nama saya di beg sekolah BESAR BESAR tu. Ha, amek kau! Disaat itulah baru saya tahu yg nama saya NURHAFIZAH HANIS ker? Keh.keh.

Bila tanya kat mak " Mak, mak...kenapa panggil nama Along, ALONG jerk? Tak sentimental lah". Ohh Emm Geee! tecik-tecik dah pandai keluarkan perkataan sentimental kunun! Mak kata sebab dulu saya selalu menagis atau dengan bahasa halusnya melalak. Okeh, paham sudah. Orang tua-tua kata sebab nama panjang bejeleerr sangat. Padahal dah memang tabiatku yg memang suka melalak kot! Dem!

"Bila tukar nama kepada Along, terus diamlah ye mak?" Mak pun blurrr...dan dalam hati dia... "Macam nak makan penampaq jer budak nih sebab pandai sangat menjawab ye!"

Masa sekolah pula, bila cikgu tanya nama apa yg family panggil kat rumah. Masa tu malu-malu nak jawab ALONG sebab tengok kawan-kawan yg lain semua family depa panggil nama yg kerlasss kerlasss gitew. Pastu mulalah malu-malu dan jawab "Kakak" Bhahaha...teruknya aku sebab taknak mengaku nama yg tak sentimental tu. Tapi apa sebenar makna nama ALONG tue ek? Jap jap, nanti saya buat research kat internet datang dari mananya nama along, angah, alang dsb kat salasilah sejarah melayu. Hamboi kemain yo!

Kebanyakkan kawan-kawan masa sekolah rendah dan menengah dulu panggil saya Hafizah dan Fiza. Daa besar kan, namapun nak retis dan artis! Bila kealam pekerjaan pula terus bebudak ni panggil Hanis. And till now glemer dengan nama Hanis sampai kalau uols pergi MOA cakap nama Fiza hareeemmlah diorang tak kenal yerk! (Bukan akupun yg suruh panggil Hanis, dah diorang yg nak panggil, diam ajelah)

Kalau saudara mara pula memang dari kecik lagi panggil Along Hanis coz kalau nak sebut Along jerk berlambak nama Along dalam sepupu sepapat kitaorang. Jadi tak ada masalahlah bila diorang nak panggil Along ke, Fiza ke, atau Hanis ke. Sebab semua tu nama saya. Huhu sayakan tamaks! Tapi tak sangka sampai orang-orang kat kampung pun kenal saya dengan nama Along. Hahaha...nak gelak. Sebab ape kau nak gelak-gelak pulok?!

Bila menginjak ke alam dewasa ni memang rasa bangga bila orang panggil nama Hanis berbanding nama zaman sekolah rendah dulu Hafizah n zaman study yg bajet retis cam Fiza tue. Keh.keh... Sebab apa, nama Hanis ni tersenarai dalam antara nama-nama glamer seantero Malaysia je kut. Expecially blogger cun la weyh plus bijak pandai macam Hanis Zalikha dan wanita MLM yg berjaya seperti Hanis Haizi. Oh, dengan bangganya saya pegang nama Hanis okeh!

Hanis bermaksud berani. Hafizah pula pemelihara atau penghafal. Tapi masa sekolah nak menghafal kemainlah payahnya otak ni nak pickup. Nur pula semua orang memang dah sedia maklumkan maknanya cahaya. So, Nurhafizah Hanis adalah Cahaya Pemelihara yg Berani. Syukur sebab mak dan abah bagi nama dengan makna-makna yg baik. Kalau bab berani ni memang terpesonglah sesangat sebab saya ni betul-betul penakut. Hehehe...

 So, kesimpulannya uols kenalah banggga dengan nama yg mama papa uols bagi. Kalau boleh bila orang tanya  "Ur name?" dengan bangganya jawablah dengan nama penuh uols walaupun panjangnya berjeler macam keretapi tanah melayu. Ahaks! Kalau bagi nama anak pula pilihlah yg sedap-sedap dan sudah semestinya makna pun sedap dan manis-manis getew.

***

p/s : Entry ini terhasil disebabkan saya mula membaca dan terpikat pada blog HANIS HAIZI. Siapakah dia ni? Dia adalah antara wanita yg berjaya dalam bidang MLM yg diceburi sehingga mengangkat beliau menjadi CDM (Crown Diamond Manager) untuk company beliau. Siriously saya memang bangga dan sungguh teruja dengan semangat beliau. Cayalah!

Wanita mana yg tak minat shopping, melancong di Amsterdam, Paris, London, Sydney, handbag LV, Gucci, Fendi, Chanel, blouse and scarf burbeery, dior, tempah baju dengan Razuwan Razuwil, Rizman Ruzaini, koleksi jam rolexnya. Ya Allah...she is very very lucky. Pada yg tak kenal boleh jengah blog Hanis Haizi ni eh. Mayb boleh jadi sumber inspirasi uols untuk berjaya dalam bidang masing-masing dan buktikan yang wanita kini mampu lakukan segala-galanya. Yes, wanita boleh! Hehehe...


Hanis Haizi

~sEkIaN~

Terima kasih sebab sudi membaca. Maaf, kalau entry ni banyak merapu dan menumpulkan minda uols. Apepun tahniah sebab telah membaca dengan jayanya. Eceh ceh!

Bye :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan