Khamis, 21 Jun 2012

Saya Happy!


Assalammualaikum


Last week (16/17 Jun) kena kidnap dengan husb! Tapi yg peliknya pemangsa (saya letew) yg sendiri pergi serah diri dengan si pengkidnap. Haha…pening kau nak baca.

Lepas berBBQ di Sungai congkak dengan rakan-rakan sekerja, terus pulang ke rumah Sri Kembangan untuk menanti kepulangan suami tercinta. Bunyinya macam yooOoo kan?

Sebab husb yg cumil telah berjanji untuk menonton wayang bersama malam tu. Apa kes suami tiba-tiba mengidam nak tengok wayang ni? Mengandung ke kau? Kali terakhir tengok wayang bersama masa birthday saya tahun lepas. Kalau masa tu pregnant dah bersalin sangat agaknye. Itu tanda perli ye. Hehehe.

Al-kisah husb balik rumah dalam pukul 8.30mlm. Pada firasat saya mungkin husb hanya nak ke Alamanda sahaja, tapi saya cadangkan tengok wayang di Aeon Cheras Selatan, Balakong sebab selalunya tiket di Alamanda mesti sold out lagi-lagi malam minggu cam ni.

Husb setuju dan terus berdesup (bajet naik Lamboghini hahaha) ke Balakong. Wah! Happy sebab dah lama tak dating suami isteri malam-malam cam gini. *meroyan kejap*

Sampai di sana, pusing-pusing cari parking yg penuh nak m@%#&$ sampai rasa nak block kereta orang dan jerit
“Wehy korang balik ar weh! Bagi aku parking pulak!”
Tu perasaan jahat saya je. Kalau perasaan baik pulak 
“ Eh eh, korang nak parking sampai esok pun tak apa, tak nak balik terus dan buat J.J ni macam parking lot rumah papa korang pun bagus jugak.” 
Hahaha nampak sangat kegeraman tahap gaban.

Lastly ada juga hamba Allah yg nak balik dan dapat park kereta. Sattle 1 masalah!

Jalan laju-laju terus ke tempat jual tiket wayang. Nak tengok cerita ‘Jalan Kembali Bohsia 2’. Saya jenis suka tengok cerita melayu. Citer omputeh memang tak layanlah. Kalau tengok jugak baru separuh scene memang terkulat-kulat rasa nak keluar je dari panggung. Hakikatnya sebab memang tak paham (Oh! My English!) dan malas nak baca translation. Lagipun citer omputeh kadang-kadang tak logik dek akal n rasa kena tipu. Damn!

Beli tiket pukul 10.20mlm. Couple seat ye sesuai untuk orang yg dah kahwin. Lepas itu, cepat-cepat weols menuju ke food court sbb masa diperuntukan hanya 50min untuk makan dan kembali semula ke panggung! (macam ikut rombongan Cik Kiah ke sukan komanwel pulak).

10:20-12:30mlm Cerita ditayangkan.

Keluar panggung dengan hati yg riang ria. Seperti biasa saya akan mengajuk-ajuk ayat fofular yg keluar dalam cerita tadi sambil gelak sama-sama. Lawak bila suami tengok isteri yg dah tak betul! Thanks hubby sebab belanja isteri tengok wayang.

Semasa dalam perjalanan pulang, ternampak uptown. Saya pura-pura tanya husb “Nak singgah ke?”. Dalam hati memang nak sesangat walaupun dah beberapa kali mulut ni asyik menguap. Huaarrggghhh….

Bertambah gembira bila husb kata “Jom!”

Ini Downtown Mines ye.
(kenapa perlu di'bold'kan?)

Seperti biasa husb akan mengoffer untuk membeli apa-apa yg saya nak. Tapi sudah semestinya saya akan buat muka baik dan malu-malu macam hello kitty bajet tak nak bazirkan duit husb lah konon. Lastly tershopping jugak seluar jeans idaman. Nasiblah kau suami…kopak kan? Ha, kan dah cakap jangan dioffer.

Setelah selesai bershopping, kami bergerak pulang dalam pukul 2.00pg.  



KEESOKKAN HARINYA (AHAD 17 JUN 12)


Seperti biasa aktiviti di hari minggu mesti ada je orang kahwin. Saya, suami dan family attend wedding member adik merangkap anak angkat mak saya.

Si suami dan isteri bawa kereta masing-masing. Sebab husb kena pulang petang tu untuk jemput kawan dia yg baru balik dari Muar. Masa drive, isteri di hadapan selaku ketua rombongan. Hahaha…

Jumpa family terus di rumah Kaza di bukit Changgang.

Kena makan laju-laju sebab nak bagi tempat pada tetamu lain.

Pengantin yg sentiasa sibuk mengalahkan ketua penanggah yg berjaya.

3 isteri dara, mak dara dan anak dara. Atau dengan panggilan manja 3 dara pingitan sesangat. Huhu…


Husband yang... :p


Selamat pengantin baru kepada Khairul Kaza & Isteri serta Nuruleda & suami. Semoga bahagia dan kekal abadi hingga ke akhir hayat. Amin.



Okeh, Entry sudah tamat!




Lastly


I'm craving for this!


7 ulasan:

  1. weeken yg kurang best coz my bf pon kne culik ngn kwn nye n dsruh jdi pengapit..huu!!hiik tpi syiiioook coz dpt g umah org khwen n yg pling pnting dpt mkn...bestnye k.hanis dpt g dating lelema ngn encik hsbnd..romantik gtu date mlm...sukenye....nie bt x saba nk khwen..hahahah(GATAL KN SY NIE)HIIIK

    BalasPadam
  2. haha..dah jmpe dh adik whiterosse kiter ni..anyway thanks sbb sudi baca coretan ntah ape-ape ni...erm bkn selalu dpt date mlm2 dgn husb..sbb tulah bl dpt lebih menghargai sgt2..thanks.thanks tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...malooo sy..sy nie pminat k.hanis sjak dlm perut mak lg tau...hahahaha...tu lah nikmat brumah tangga..lg2 yg mnyayangi kite spnuh hati n trime kite seadanye..(lelebih lak sy)hiik happy sgt tgok kamoo hapy wif family n hubby<3<3

      Padam
    2. Hahaha...lawaklah..segan tau..ye ye je sjak dlm perut mak..ms tu knl pun x ag..hehe..anyway thanks sgt2...

      Padam
    3. hahaha..mse dlm prut tu mmg x knal tpi sllu mmpi brjmpe seorg wanita brname hanis yg cute n chantekk..hiik cri pnye cri rupenye kak hanis kite nie..hiik

      Padam