Assalammualaikum
Tersedar dari lamunan
seketika (memang suka mengelamun pun-ceh!.
Seketikalah sangat kalau dah masuk 27 tahun mengelamun. Bhahaha…) baru kini saya
sedar akan raut wajah yg telah menampakan kedutan ekoran dek faktor penuaan yg
semakin ketara. (bukan maen skema ayat kau ye?)
Hehehe…
Kini, saya mulai
risau dan mula menitik beratkan penjagaan wajah, kesihatan dan anti penuaan.
Anti penuaan? Alah, macam produk-produk yg ada label ‘anti aging’, ‘callogen’
dan ‘new old’ itewww. Seperti yg semua sedia maklum, penuaan akan mula berlaku
pada setiap individu apabila mencecah umur 25 tahun. Saya dah nak masuk 27 pun,
dan masih terhegeh-hegeh mencari produk anti penuaan. Nampak sangat ada kelewatan
disitu.
Dermagic Beauty Moisturiser dari Simply Siti ni adalah salah satu produk 'anti aging' yg mama saya pakai dan terbukti keberkesanannya ^_^ |
Selama hari ni memang tak ambil kisah pun. Janji muka tiada jerawat, syukurlah…Bunyinya macam… “Hadda aku kesah?”. Tetapi, bila tengok pipi sendiri yg rasa macam dah tak balance dan berkerut-kerut walaupun hakikatnya saya sedang tersenyum, oh maaaiiiiigggguuyyyy! Rasa seperti umur di 40an pula. Tak naklah pula nanti ada yg kata saya kelihatan lewat berbanding usia…Jangan nanti bila berjalan-jalan disebelah suami orang lain ingatkan saya ni kakak atau maksu dia! Oh TIDAKKKK…
Biarpun isteri lebih tua, asalkan bahagia. |
Aktivi seharian (bukan berpanas pun, padahal duduk dalam bilik ber’air-cond’
je kot) membuatkan kulit wajah menjadi lebih kering dan mengelupas. Bila
tengok dekat-dekat di cermin dan merenung sambil diri sendiri berkata “Muka nenek kebayan mana dalam cermin ajaib ni”
Hahaha…kecewa sangat!. Sebelum orang lain yg kata, baik saya merendah diri dulu
dan mungkin ada juga segelintir yg telah perasan tanpa pengetahuan saya. Oh,
owesome sungguh ~_~ katernye…
Walau tak guna semua ni pun still nampak cantik kan... |
Saya ni bukanlah
jenis yg terlalu tipikal dalam menjaga raut wajah dan penampilan. Cukup sekadar
facial wash (itupun sebab muka gatal-gatal bila tak
cuci), sunblock (guna tyme keluar bekerja je
untuk mengelak muka berbelang), two way cake (kalau
rajin dan elak muka berminyak) dan lipstick
(sebab tak nak nampak pucat sangat seperti mayat hidup). Makeup lagilah
malas kemain. Nampak tak kesemua barang-barang yg saya gunakan di atas hanya
mempunyai fungsi-fungsi tertentu untuk orang yg malas seperti saya ni.
Setiap hari sebelum
keluar atau ke tempat kerja saya hanya menggunakan sunblock, secalit bedak dan
lipstick. Itupun kalau saya rajin laa... Kalau bertambah malas lagi, terus sarung tudung jer. Memang muka nampak pucat tanpa makeup. Bagi saya nak nampak neutral
beauty lah konon. Ceh!. Kalau orang lain seminggu sekali pasti pergi buat
facial, scrubing atau masker untuk flawless kan lagi kulit dorang, tapi bagi saya… “Maaf, semua tu tak ada dalam senarai barang dapur hakku!”
Hahaha…gila pemalas perempuan ni. Sebab tulah kulit saya tak secantik Kristine
Hermosa yg flawless sangat tu!
Bercerita mengenai
produk penjagaan wajah dan anti penuaan, terdetik di hati untuk mencuba produk daripada
Korea
ni (maybe Korean is the best about beauty and
fashion sebab Siti pun hasilkan produk dia di Korea). Kalau dulu rangkaian produk dari eropah memenuhi pasaran
negara kita. Terkinja-kinja (hehe...akulah tew) si anak muda untuk mencuba produk Loreal,
Maybeline, Mac, Lancome dan bebarapa lagi jenama terkemuka lain yg menjadi
kegilaan ramai wanita. Hakikatnya produk-produk ini tak sesuai mana pun dengan
kita kerana kulit orang eropah sememangnya semulajadi telah dilahirkan putih dan
mulus. Iklim diorangkan sejuk dan kering. Kita orang asia
okeh…
Model seperti di atas memang kadangkala memberi impak yg sangat memberangsangkan kepada kita expecially anak muda yg baru-baru mencuba produk dari jenama terkemuka dunia. |
Kemudian, keluar pula
produk-produk truthly asia
katanyer. Seperti produk dari Indon , Thailand , Philipines dan tidak ketinggalan dari Malaysia .
Ibarat cendawan yg tumbuh selepas hujan, produk-produk ini memenuhi
pasaran-pasaran expecially GELAP (**GELAP means yg
jual kat tepi-tepi jalan dan pasar-pasar belakang bangunan tu) dan
diragui kandungannya. Tu yang bila pakai muka merah macam udang kena bakar.
Rupa-rupanya kebanyakkan produk-produk ini tidak mendapat kelulusan dari KKM
serta terdapat juga produk yg mengandungi bahan kimia yg merbahaya seperti
hidrokinon dan merkuri yg boleh menyebabkan kanser kepada pengguna.
Kini, kebanyakkan
pengguna telah beralih pula kepada produk dari Korea, Taiwan dan China seperti
Tonymolly , Etude House, Elianto dan banyak lagi yg
saya pun tak berapa tahu dan tak ingat. Ngeh…ngeh… dimana, produk-produk
ini kebanyakkannya dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi dan tumbuh-tumbuhan. Seiring dengan legasi kebanjiran music k-pop di tanah air, kalau uols tengok di shopping-shopping kompleks pun penuh dengan butik-butik kecantikan dari asia timur ni. Kadangkala bukan kita faham pun apa yg ditulis pada kotak dan barang-barang cosmetik theyols ni. Tapi disebabkan pakaging dia yg awesome sungguh! membuatkan kita ni mudah tergoda kan?
Tak kesahlah...janji sesuai...hahaha...
Tak kesahlah...janji sesuai...hahaha...
Ini kedai Etude House di alam fantasi saya. Ngeh..ngeh. |
Produk pertama yg saya beli dari Etude House ni adalah...
jeng jeng jeng!!!
*tetiba*
Massage musk ini it's so yummy! Saya dah mencubanya. Memang rasa fresh dan cool babe! |
Ok...kepada uols yg sedang tercari-cari masker wajah, boleh la try Moistfull Massage Mask dari Etude House ni. Tak mahal mana pun. Even student pun mampu untuk beli n try. Siriusly nampak perubahan selepas beberapa kali saya menggunakannya. Garisan-garisan pada wajah yg sebelum ni membuatkan saya gusar telah berkurangan!
Dan paling best ianya besar! Saya beli hanya RM35.++ untuk 200ml. Tak ke berbaloi-baloi namaye. Maybe boleh tahan 2 tahun kot. Hehehe...
Keterangan lajut mengenai produk ini sila klik ke ETUDE HOUSE
Thanks 4 reading
Dan paling best ianya besar! Saya beli hanya RM35.++ untuk 200ml. Tak ke berbaloi-baloi namaye. Maybe boleh tahan 2 tahun kot. Hehehe...
Keterangan lajut mengenai produk ini sila klik ke ETUDE HOUSE
Thanks 4 reading
setiap gadis mahukn pmanpilan yg chanteek,menarik...kite pon x trkcuali kn k.hanis....kate gugrl..mstilh kne nmpak cute..cute2 jgk pmilihan prodak yg kite gune tu kne btl2 ssuai ngn kulit kite..kang xpsal2 muke chtek jdi xcute da..hiiik k.hanis alwayz chantek lh...dlm makeup or x makeup..i loooiiikeee
BalasPadam