Salam...
2 april 2012 : Mak, ayah mertua serta makcik dan pakcik husb saya datang tgh hari tu untuk melawat dan melihat perkembangan saya. They ols pun kata saya dah semakin sihat sebab saya dah mampu duduk dan berjalan sendiri.
Mlm tu tiba-tiba perut saya sakit semula. Sampai tak boleh baring tegak dan terpaksa membongkok. Mak suruh mkn SNE dan letak ice bag pada perut. Rasa lega sikit dan saya pun terlelap.
3 april 2012 : Sedar pagi tu dalam keadaan lemah sangat-sangat akibat sakit perut mlm td. Pukul 11:00pg tu saya pergi mandi. Tiba-tiba masih dalam toilet lagi saya dah sakit perut memulas-mulas. Sampai tak boleh bangun dan mak papah dari toilet ke katil. Keadaan saya mmg teruk waktu itu. Ubat-ubat dan bubur yg saya mkn semua keluar balik. Parut memulas-mulas sampai saya menangis dan menggigil. Tak pernah saya sakit perut sampai meraung-meraung sepanjang hidup ni. Rasanya saat tu lah yg paling kritikal.
Mak terus call abah dan husb. Abah bergegas balik dari tempat kerja dan tgh hari tu juga dalam pukul 2:00petang kami bergerak ke hospital.
Sebelum tu weols singgah ke Klinik Fuziah untuk dapatkan injection tahan sakit. Tapi doktor taknak beri sbb keadaan saya yg sangat kritikal dan dia suruh terus pergi ke hospital.
Dalam pukul 5:00ptg kitaorg sampai ke SMC (KPJ Selangor Speciallist Center) di Shah Alam. Terus ke wad kecemasan. Pukul 7:00mlm husb sampai. Dr. L. V. Sanker check keadaan dan perut saya. Kami terpaksa byr deposit RM1000 dulu utk admit sebab wad biasa masa tu semua dah full. Yg ada hanya bilik single bed yg berharga RM550 per night. Wow, dah macam tidur di hotel 5 stars okeh.
Tapi dalam kes saya mmg doktor banyak tolong. Bilik tu dapat discount jadi RM450 je. Tolak insurans husb RM100/mlm, jadi just bayar RM350/mlm.
Pengalaman pertama yg buat saya btl-betul terharu, weols terpaksa share duit deposit sama-sama. Kesian tgk husb, mak dan abah yg bersusah payah demi saya.
Setelah bayar deposit dan daftar nama, nurse start inject di tgn saya untuk masukkan air, antibiotik, ubat tahan sakit, ubat angin, ubat gastrik dan ubat tahan muntah. And then, ambik darah pulak tu untuk check hb saya. Dari wad kecemasan disorong ke bilik.
Mlm, seperti biasalah setiap 1 jam nurse akan datang untuk ganti air, antibiotik dan check tekanan darah saya. Mlm tu hubby teman di hospital. Mak dan abah balik rumah.
View dari bilik wad. Hubby yg snap pic ni sebab nak muat turun dalam blog saya.
Hahaha...sempat lagi tu, anyway thanks hubby :-)
|
Okeh...ini bilik yg 5 stars sgt tu :-) |
Peneman setia masa di wad. Nak g mana-mana even toilet pun kena bawa ini. |
Tak selera... (~_~) |
4 april 2012 : Saya bangun pukul 5:45pg. Minta husb buatkan air dan b'fast pagi tu. Pukul 8:00pg nurse bawa saya turun utk jalani x-ray abdoment dan ultrasound bhgn perut.
Masa ultrasound, doktor kata ada air di perut dan tak sepatutnya tempat tu ada air. Rupanya bukan air tetapi darah.
Hasil keputusan ultrasound mendapati terdapat fluid di bahagian ovari kanan saya.
Kemudian, saya dibawa naik semula di bilik. Kali ni kena minum 1 liter diy flavour guava. Kalau tak ada flavour siriusly diy tu mmg rasa sabun siap berbuih-buih lagi. Tujuan diy ni untuk clearkan lemak dlm badan dan nak lihat dari mana datangnya darah dalam perut saya.
Pukul 12:00tgh hari nurse bawa saya turun sekali lagi untuk jalani cti scane. Setelah selesai, saya dibawa semula ke bilik.
Di sini saya menjalani Cti Scane, Ctu Scane dan Ultrasound |
Dr. Sanker terpaksa transfer saya pada Pakar Puan kerana kes saya melibatkan rahim dan ovari.
Pukul 3:00ptg, saya dan mak dibawa berjumpa B.K Tan, surgent pakar puan disitu. Setelah doktor scane rahim saya doktor mengesahkan bahawa terdapat infleksi dan implanmasi pada ovari sebelah kanan saya. Virus ni telah merebak ke perut namun doktor telah memberi banyak antibiotik bagi menjegah virus tersebut terus menular ke seluruh badan saya.
Doktor tu siap draw infleksi tersebut, namun doktor tidak boleh memberi 100% confirmation. Doktor kata saya perlu dibedah segera kerana kandungan hb saya semakin rendah dan itu shj cara utk merawat penyakit ni. Dr. Tan bg tiga kemingkinan :
1. Cyst atau kandungan luar rahim yg menyebabkan ovari dan tiup falofio saya bengkak
2. Appandits
3. Akibat luka semasa menjalani dnc last month sehinga kecederaan di bahagian usus saya.
Tapi doktor ni mcm lebih yakin pada pendapat dia yg pertama. Apa yg doktor nampak melalui imbasan yg dijalankan terdapat virus telah berkumpul dengan lemak-lemak menjadi seketul bola di ovari kanan sehingga bercantum dgn bahagian appendits dan usus saya. Kos rawatan dianggaran antara RM10,000 sehingga RM12,000 kerana memerlukan 2 org pakar dan jika melibatkan usus mungkin kos lebih bertambah kerana memerlukan pakar usus pula. Saya dan mak macam terperanjat, tapi kami berdua tetap mendengar dgn teliti setiap penerangan yg doktor berikan.
Sementara menunggu nurse hantar saya ke bilik, saya tgk air mata mak dah mengalir. Tapi saya tetap senyum. Saya boleh tabah lagi sedangkan operation tu akan dilakukan petang esok.
Naik atas di bilik, mak dah keluar entah ke mana. Saya terus demam. Saya panggil mak dan menangis sepuas hati. Saya tak menjangka sampai kena bedah. Bukan saya, bahkan ahli keluarga semua tidak menjangka. Mak cuba pujuk saya dengan linangan air mata. Mak kata saya kena kuat untuk lawan penyakit tu dan yakin yg doktor tu nak tolong saya. Bila mak dan ayah mertua datang, they ols byk supports saya. Dari situ saya dapat kekuatan, keyakinan dan keberanian. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
Mlm tu parents saya balik.
5 april 2012 : Pagi tu nurse inform yg saya akan jalani pembedahan dalam pukul 1:30tgh hari. Doktor minta saya puasa dulu dan last mkn pada pukul 7:00pg. Dan paling panting kena bayar deposit sebelum pembedahan.
Pukul 9:00pg mak, abah dan adik sampai.
Pukul 11:00pg hubby pergi check dgn clark total deposit dan balance insurans ING saya. Hubby kata deposit RM10,000 dan dia kata dia tak mampu and suggest hantar saya ke PPUM kerana kos rawatan lebih murah sedikit.
Tapi abah tetap berkeras nak saya teruskan operation disitu kerana keadaan saya dah kritikal sgt. Kalau hantar ke PPUM atau hosp gov belum tentu saya akan operate dalam masa terdekat ni.
Lepas buat confirmation, clark submit regestration for operation saya ke doktor. Pukul 12:00 doktor pakar bius, Dr. Hussin Ahmad datang dan bagi kami sedikit taklimat. Doktor terangkan jenis bius yg dia akan bagi dan kesan ubat bius tu selepas pembedahan. Mmg saya akan muntah-muntah untuk tempoh beberapa hari nanti.
Diorg ni sempat pulak ajak bergambar sebelum operation. Dalam hati rasa sedih sgt sbb rasa macam tak jumpa lagi pula lepas ni. |
Hubby, doakan saya selamat ye... |
Ya Allah, semoga pembedahan ini berjalan dgn lancar dan selamat. Semoga saya mampu lagi melihat dunia dan orang-orang yg saya sayangi selepas ini. Amin... |
(operation bermula jam 1.30tgh hari sehingga jam 4.30ptg)
Pukul 6:00ptg, saya dengar sayup-sayup suara org bercakap-cakap disekeliling saya. Orang-orang tu bukan ahli keluarga saya, bukan juga doktor-doktor yg saya kenali dan bukan pula org-org yang menyorong saya waktu masuk ke bilik bedah tadi.
Bila saya mampu bercakap, sambil merengek seperti budak kecil saya kata yg saya sakit. Diorg tanya saya sakit bhgn mana...saya jawab tempat buang air kecil sebab masa operation dah siap-siap masukkan tiub disitu. Bahagian perut memang tak sakit. Sayup-sayup saya dengar someone yg kata operation saya dah selesai. Ya Allah, syukur Alhamdulillah kerana dgn izinNya saya dapat melihat kembali dunia ni.
Bila saya rasa nak muntah, nurse india tu tadah dan sedut dgn vacum. Dengan penuh berhemah mereka semua melayan saya. Bila saya dah sedar sepenuhnya walaupun dalam keadaan yg sangat lemah saya dibawa dari monitor room ke bilik saya. Nampak wajah-wajah kesayangan saya di hadapan bilik pembedahan, yg penuh setia menanti wajah mak, abah, suami, adik, mertua serta adik ipar saya.
Di bilik mmg saya muntah sahaja. Mmg after operation kita tak dibenarkan minum apatah lagi makan. Setitik air pun tidak dibenarkan masuk sehingga doktor datang keesokkan paginya. Patutlah mak mertua melarang saya sekeras-kerasnya waktu saya nak berkumur-kumur selepas muntah sebab takut saya tertelan. Ada sebab rupanya. Mlm tu hanya berbekalkan air dan antibiotik yg disalurkan ke tangan saya sebagai tenaga.
6 april 2012 : Pagi tu Dr. Tan datang untuk melihat perkembangan dan dia benarkan saya minum. Bila makan ubat gastrik dan cucuk pain killer mesti muntah balik. Dahlah tak makan apa-apa, yg keluar pun mmg tak ada apa-apalah. Hari ke dua selepas operation saya bleeding banyak seperti kebanyakkan org lain yg menjalani dnc.
Petang tu doktor suruh masukkan 1 beg darah sbb kandungsn hb saya masih 7.3 dan tahap bahaya. Bila masuk darah tu terus demam sekejap. Pukul 4:00ptg start masuk darah, habis pukul 10:00mlm.
Sungguhpun hari kedua selepas operation, saya masih mengalami alahan yg teruk. Mudah loya, muntah, alah dengan bau-bauan dan tiada selera makan. Even suasana bising pun saya tak tahan. Mmg hati nak marah dan gelisah je.
7 april 2012 : Hari ketiga selepas operation, saya minta nurse stop pain killer sebab tak tahan bila masukkan ubat tu disaluran air saya mesti saya muntah. Nurse ambik darah lagi untuk check hb saya untuk hari tu. Pagi tu mak, abah dan adik balik rumah sekejap dan husb yg jaga saya siang tu.
Tgh hari tu kena masuk darah lagi sebab hb tak cukup 9.0 dan baru 8.4. Seperti biasa, lepas masuk darah mesti demam dan muntah. Husb bagi support supaya saya dapat lawan penyakit saya kalau saya nak cepat sembuh. Dia kata saya tak boleh lemah sangat dan hanya berharapkan ubat, nurse dan mak sahaja. Alhamdulilah atas nasihat husb dan doa keluarga saya kuatkan semangat untuk lawan. Saya paksa tekak untuk terima minuman dan makanan. Saya usaha kuatkan diri untuk bangun dan berjalan.
Hubby kata ada pation sebelah bilik saya ni hari ke dua operation dia dah keluar hospital. Selepas pembedahan sahaja dia dah berjalan-jalan sedangkan dia operation pada tarikh dan masa yg sama dengan saya sebab dia kuat semangat untuk pulih. Betul juga, semangat tu lebih penting dari ubat-ubat yg diberi kpd saya.
Mlm tu Kak Lisa (kakak ipar saya) dan suami dia, ayah mertua, kwn husb saya satu family datang melawat. Saya dah mampu duduk di kerusi dan berbual-bual dgn mereka.
Tengah malam sebelum tidur saya muntah-muntah lagi. Tidur dengan perut kosong sbb saya mmg tak berselera untuk makan. Air dan antibiotik doktor dah stop sebab doktor lihat saya dah semakin pulih. Cuma makan ubat pil sahaja. Itupun banyak ubat yg tepaksa tolak sebab effect kt saya. Cuma boleh mkn antibiotik dan sangobion (vitamin besi utk tambah darah).
8 april 2012 : Hari terakhir di hospital. Pagi-pagi lagi Dr. Tan dah datang untuk check saya. Dia dan nurse check luka di tempat operation, buka tape dan spray antiseptik. Lepas tu nurse tampal plastik tape supaya saya boleh mandi nanti. Alhamdulillah, doktor benarkan saya balik tengah hari tu.
Total bil saya RM20,500. Separuh insurans tempat kerja husb cover and balance kami bayar cash. Doktor-doktor yg merawat saya even masa operation pun bayak bg discount. Tepat jam 2.30ptg kami semua meninggalkan SMC setelah 5 hari berkampung di sana.
Tak kisahlah dari manapun datangnya duit tu atau keluarga terpaksa berhabisan puluhan ribu ringgit, namun bagi mereka kesihatan lebih penting. Duit kita boleh cari semula, tapi harga sebuah nyawa tak sama dengan wang ringgit.
Terima kasih sangat-sangat kepada orang yang banyak bekorban untuk saya. Terima kasih mak yang menjaga siang dan malam tanpa erti jemu sepanjang saya sakit. Terima kasih suami yang setia menanti dan mengerah keringat melayan karenah saya sepanjang saya sakit. Terima kasih abah dan adik-adik yang bersusah payah hari-hari berulang alik ke hospital demi melihat saya. Terima kasih keluarga yang terlalu perihatin serta sumbangan wang di saat-saat saya memerlukan.
Saya sangat bersyukur kerana mempunyai suami dan keluarga yg terlalu menyayangi saya. Begitu juga keluarga mertua dan rakan-rakan yg tak putus-putus berdoa dan hadir di saat saya menderita kesakitan.
Sesungguhnya rahmat Allah itu terlalu besar buat saya. Seandainya dugaan ini untuk menghapuskan dosa-dosa saya sebelum ini kepada Allah, saya betul-betul ikhlas dan redha menerimanya. Benar kata orang lain, saya insan terpilih yang diberikan dugaan hebat sebegini. Hanya Allah yg mengetahui setiap kejadian yang Dia berikan. Mungkin Allah beri kesakitan, keperitan, kepedihan, kesusahan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran dan keredhaan saya terhadapNya. Amin ya Rabbal Alamin...
*ada lagi okey. Bersambung ke episod seterusnya*
alhamdullh sumenye sudah selesai....kskitan k.hanis akn dblas dgn kbhgiaan...insyallah
BalasPadamketika google mencari info mengenai cyst..ternampak blog ni...walaupun cerita ini sudah 2 tahun berlalu saya rasa ramai wanita diluar sana masih xtahu penyakit ini dan bagaimana deritanya sakit bila terkena cyst. jika puan tidak keberatan saya ingin share pengalaman puan dalam blog saya www.takeurstep.blogspot.com
BalasPadamawak seorang yang tabah. tak terkata ketika saya membaca blog awak. harap lepas ni awak sihat sahaja.
BalasPadamTerima Kasih semua. Alhamdulillah..Allah bagi ujian ni pada saya. Tak semua mampu dan terpilih untuk menghadapinya. Saya redha. And now selepas setahun, saya berjaya hamil secara normal seperti ibu-ibu lain di luar sana. Kandungan saya sihat dan saya berjaya melahirkan zuriat secara normal tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Kini (5 Feb 2015) Nur Meddina Myazahra dah berusia setahun tiga bulan. Thanks pada mereka yg mengikuti perjalanan saya ini dan diharap coretan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Sekian
BalasPadamalhamdulillah semua dah selesai.
BalasPadamsy yg baca turut rasa sedih sbb tak expect kene operate.
smg pengalaman ini memberi sinar baru dlam hidup :)
Walaupun entry da lama, tapi bagi info pada yg baru kunjungi. pada yang berkunjung,yang penting jaga lujaka pembedahan dengan baik.
BalasPadam