Assalammualaikum korang...eh silap, haiiiii LADIES!
Uols baca tajuk je dah tau entry khas, suci lagi murni ni untuk orang-orang pompuan,
mak-mak dan makcik-makcik. Permulaannya terima kasih sebab sudi baca entry yg tak kurang merapu dan merepek ni.
mak-mak dan makcik-makcik. Permulaannya terima kasih sebab sudi baca entry yg tak kurang merapu dan merepek ni.
Golongan ADAM duduk diam-diam hokkeh?
Seperti yg kita sedia maklum, golongan-golongan hawa (tak kisahlah kakak ke, mak ke, makcik ke, aunty ke, korang semua golongan hawa kan? Selagi uols tak tukar jantina laa..hehe..) memang kaya raya memanjang. Kalau baju sampai almari nak roboh. Hehe... Kalau handbag dari jenama paling murah stock pasar malam till jenama terkemuka ala-ala Gucci dan L.V mest nak sapu punye. Dan tak ketinggalan kasut korang. Kasut pergi pasar lain, pergi kerja lain, pergi dating lain, pergi shopping lain and sampai kasut pergi toilet pun lain...(Hah, yg ini betul-betul melampau!)
Ermm...itu belum ditambah kasut pergi pocho-pocho, pergi gym, pergi yoga bagai dan selipor jepon uols. Sebab tulah Neelofa buat bisnes kasut kowt! Haha...tak pasal-pasal Neelofa yg kena. Tapi memang Neelofa tu hebat kan? Pilih industri perniagaan aset yg diminati ramai golongan hawa. Keeelaaasss kau Lofa!
Saya pun ada juga! |
Memang ada banyak. Tapi yg pakai 1 je. Yg ni buat lekang je dalam almari kasut tu. |
Di sini Hanis nak share sedikit beberapa tips untuk penggemar-penggemar mengumpul koleksi kasut ni...
1. Simpan kasut uols dalam tempat bertutup tapi bukan kedap udara tau. Biar ada pengudaraan yg baik. Contohnya almari kasut tak sama dengan almari baju. Jangan suka-suka je.
2. Selalulah lawat-lawat almari kasut uols. Sekali sekala buka dan cakap macam ni..."Hai...uols tengah buat ape tu?" Hahaha...ini tidak betul!
Means janganlah biar sahaja entah berhabuk ke, bersawang ke atau dah berkulat ke. Silap-silap harimau pun ada di situ.
3. Make sure almari/box kasut uols kering dan tidak lembap. Tambahkan silica gel dan gantung dalam almari untuk mengelakkan kasut dari berbau. Lagi-lagi kasut orang lelaki. Hehehe...
4. Selalu bersihkan kasut-kasut uols dengan menggunakan berus atau kain lembap dan jangan sesekali basuh okay. Membasuh kasut membuatkan ia lebih kembang dan rosak. Bila dah lap tu, make sure kasut uols betul-betul kering dan barulah simpan balik di dalam almari.
5. Jangan jemur kasut di bawah sinaran matahari langsung kerana pancaran sinaran matahari juga boleh merosakkan material kasut. Erm...hairdryer pun tak boleh okeh sebab hairdryer kan mengeluarkan haba yg panas dan boleh merosakkan kasut uols. Bajet nak cepat kering le tew...
6. Untuk kasut berbahan kulit, letakkan shoes wax untuk melindungi permukaan kulit.
7. Masukkan tulang penyangga kasut atau kertas bersih untuk menjaga struktur kasut uols. Atau gunakan shoe tree untuk mempertahankan bentuk kasut semasa menyimpan. Shoe tree yg diperbuat dari bahan kayu juga berguna untuk menyerap lembapan dalam kasut.
8. Letak kasut di dalam kotak tranparent dan senang dilihat bagi memudahkan uols mencari kasut uols. Tapi ingat, jangan letak di dalam kotak yg kedap udara. (Dah ulang tips yg pertama tadi dah). Supaya taklah asyik terambil kasut yg sama je sampai terlupa kasut-kasut yg pernah korang beli.
9. Pastikan tapak kasut yg telah korang guna dibersihkan dahulu sebelum menyimpan di dalam almari untuk mengelakkan almari uols dipenuhi habuk, tanah ataupun pasir. Eee...kotornya...
10. Selalulah testing-testing pakai kasut-kasut lama yg uols simpan tu. Memang fizikalnya nampak okeh. Tapi mana tau tiba-tiba tengah berjalan nanti kopak pula. Malunyeee... Sebab kasut yg tersimpan dan jarang digunakan lagi mudah rosak/lekang dari kasut yg hari-hari kita guna. Even kasut tu uols belum pernah pakai pun kalau dah setahun terperap je boleh kopak tau. Jangan terkejut!
ThanKs n TakE CarE!
Wow..byk kasut..cantek2 pulok tu..tgh tunggu Neelofa launch Neelofa Heels dia .hopefully soon..mesti nak beli jugak..mintak2 adalah yg 3 inch ke bwh
BalasPadamtq... :-)
Padamyelah, saya pun x sk pakai high heels. dh biasa pakai flat shoe jer...pantas berjln. Oic..suka2 heels Neelofa mmg lawa2...