Assalammualaikum
Kadang-kadang rasa sedih bila tengok dan dengar khabar gembira rakan-rakan sebaya. Maksud saya pregnent lah. Ape lagi...
Tapi kadang-kadang terpaksa simpan dan pendam hasrat tu dalam-dalam dalam hati, perasaan dan sanubari. Ah, syahdu sangat! Tapi, saya haruslah berpikiran positif. Mungkin rezeki saya belum tiba lagi. Mungkin ada lagi org lain yg lebih tak bernasib baik dari saya. Jadi...kita haruslah bersifat positif selalu untuk sedapkan hati dan perasaan kita.
Yelah...tak kan hati dan perasaan Mak Jemah pulak. Siapa Mak Jemah?
Seharunya saya bergembira sebab ada suami yg penyabar dan penyayang. Auww! bertuah sesangat.
Ada keluarga yg bahagia dan sentiasa mengambil berat walaupun saya dah berstatus isteri orang.
Ada rakan-rakan yg baik hati dan sentiasa buat saya happy. Pastu ada fesbuk yg sentiasa menemani dikala saya kesunyian. Hahaha...
Ada tablet yg comel. Hihi.....suke sgt! Gediks taw. Lempang nak?
Ada kereta viva yg boleh dibawa berjalan. Tak ada anak, bawak kereta pun jadilah. Sob...sob.
Hakikatnya masih ramai lagi yg masih mengambil berat dan bersimpati terhadap saya lebih-lebih lagi masa saya sakit tempoh hari. I love u all lah. Rasa comel sgt tau! (shy)
Terima kasih semua...
p/s : Tahniah buat kawan-kawan yg baru sahaja terima berita gembira. Tahniah untuk yg baru dapat baby, Yg dapat good news sbb pregnant (saya pun nak juga...sob...sob)(Insha Allah...), yg bakal mendirikan rumah tangga, yg telah bertunang dsb.
Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita. Amin...
p/s 2 : Kita rindulah kat Hubby kita. Tempoh berpantang ni kena tinggal rumah mak dulu hingga betul-betul pulih. Jadi terpaksa korbankan hati dan perasaan untuk bertemu suami seminggu sekali je. Sebab tu bila suami balik je terus nak terkam laju-laju macam gadis-gadis meroyan tue. Hahaha...tipulah!
Okay, selamat malam. Kita nak tido sebab mengantuk sebab esok nak kena bangun pagi-pagi bute sebab kita tumpang orang sebab nak pergi kerja.
Awak jaga diri baik-baik tau...
Kita sayang awak.
Bye bye
(^_^)
sabar kak....ape yg kita nak tu kadang2 lambat dapat sebab Allah nak kita mintak lagi kat dia..mane tau t dpt twin ke kan...
BalasPadamyup..btl..kdg2 yg susah membuatkan kita lbh menghargai..Inshaallah..umi ada potensi sbb mak twins...hehehe...
BalasPadam