Assalammualaikum.
Bagi orang lain mungkin tarikh 20/12/2012 adalah tarikh yg
istimewa bagi mereka kerana bertepatan dengan susunan angkanya yg cantik. Tapi
tidak bagi saya dan suami. Mungkin tarikh keramat ini akan menjadi titik
sejarah hitam buat kami berdua yg akan di kenang sampai bila-bila.
Ye, rumah kami telah dipecah masuk buat pertama kalinya!.
Tablet saya, laptop suami, external hardisk kawan suami, broadband suami dan
rayband suami semua telah dikebas oleh penyamun yg……...Arrghhhh!!!
Tak mengapalah, saya
tak sedih sangat pun. Cuma terkilan. Sebab tablet tu adalah harta kesayangan
dari hasil titik peluh sendiri. Tablet tu terlalu banyak kenangan suka dan duka
saya bersama suami. Kenangan keguguran, kenangan di kpj, kenangan kena
operation, kenangan dalam pantang. Nak kata bila pegang tablet terbayang semua
kenangan-kenangan tu di minda. Kenangan pahit yg terlalu manis dalam hidup ini.
Tapi syukur jugalah masa kejadian tu saya tiada di rumah.
Kalau saya balik awal seperti selalu mungkin uols dapat bayangkan macam mana me
n the perompak dalam satu rumah. Syukur sangat-sangat. Dalam sedih-sedih tu pun
masih mampu ucap syukur dan think
positive sebab Allah lindungi saya dari perkara-perkara yg tak elok.
Alhamdulillah…
Actually memang weols tak expect yg rumah boleh kena pecah
masuk hari tu. Nak kata bukan hari tu je, becoz sebelum-sebelum ni bukan weols
tak pernah tinggalkan rumah berhari-hari, berbulan pun pernah. Tapi tak pernah
pula dengar atau alami sendiri keadaan seperti ni di kawasan rumah tu. Baru
beberapa hari ni adalah juga terpikir, “Oh, betapa selamatnya kawasan perumahan
saya”. Jiran-jiran pun baik-baik. Ada
yg surirumah tangga, ada yg tak bekerja dan boleh tolong tengok-tengokkan rumah
kita. Tapi, tak boleh selalu bersangka baik pada orang. Orang pun insan biasa
yg selalu melakukan kesilapan. Lagi-lagi kalau dah jumpa barang-barang bernilai
depan mata. Siapa tak mahu beb!
Hari tu memang saya bizi sattlekan projek di tempat kerja
dan terpaksa balik lewat dari selalu. Tiba-tiba dalam pukul 9:00mlm dapat call
dari asben. Dia tanya saya di mana. Then saya katalah saya di tempat kerja. Dia
pelik sebab tengok lampu rumah dah sedia terpasang dan rumah macam berselerak
seperti ada yg tak kena. Dia tanya saya mana laptop, sebab tak ada dekat rumah.
Dia syak rumah macam kena pecah masuk sebab keadaan rumah agak kotor dan
terdapat kesan tapak safety boot bertanah merah. Bila check barang-barang lain
memang confirm sebab tab tak ada dalam bilik tempat selalu saya letak.
Dengan rasa tak sedap hati saya terus balik dan tengok
keadaan rumah. Almari baju dan laci barang-barang bersepah macam kena punggah.
Entah apa yg dicari pun tak tahulah. Nanti aku letak bom baru tau! Rupa-rupanya
dia masuk melalui pintu corridor dapur. Grill di corridor tu dia kepakkan
memang ngam-ngam muat saiz badan dia maybe. Bila dah lepas dekat corridor, dia
bukak pintu dapur melalui tingkap di sebelah pintu tu. Erm, hebatlah sedangkan
rumah saya di tingkat 1 pun dia boleh panjat. Agak-agak perompak ni ada kuasa
spiderman kot. Bravo kau perompak!
Malam tu kakak ipar dan abg ipar datang ke rumah kami untuk
tengok keadaan rumah. Weols call family masing-masing. Tiba-tiba dengar suara
jiran bising-bising dari tingkat bawah rumah kitaorang kata yg rumah dia kena
pecah masuk. Rupa-rupanya rumah jiran kitaorg pun kena time yg sama juga.
Anggaran masa dalam pukul 7:30mlm sehingga pukul 8:15mlm. Sebab masa tu abang jiran bawah rumah tu keluar dengan family dia dalam pukul 7:30mlm dan asben
pula tiba dirumah tepat jam 8:15mlm. Hebat! Kalau dah namaya perompak, dalam
masa 45minit pun sempat buat projek untuk 2 buah rumah.
Lepas berbincang, asben pergi buat report polis dengan abang
jiran rumah bawah kitaorang tu. Polis datang pukul 2:00pagi untuk check kawasan
rumah dan kesan kena pecah. Diorang syak orang indon yg tinggal di blok tu
juga. Tapi saya malas nak tuduh sapa-sapa. Entah ia entah bukan. Biar Allah
sahajalah yg membalasnya sebab Dia lebih mengetahui. Mungkin apa yg terjadi ni ada
hikmahnya. Hilang satu sebab Allah nak ganti sepuluh. Siapa tahu.
Hehehe…thinking positivelah yer.
Sejak kejadian tu memang weols lebih alert bab-bab
keselamatan ni. Pintu dapur dan depan kitorang tambah kunci selak. Grill besi
di corridor dapur pun weols cadang nak tambah sebab yg sedia ada macam tak
kukuh (dalam perancangan dan perbincangan dengan tuan rumah). Memang after ni
tak akan tinggallah barang-barang berharga di rumah. Tapi susah jugak, tak kan tiap kali pergi balik kerja nak angkut barang-barang
tu semua kan ?
Hurmmm…uols ada idea tak?
p/s :
Jangan kata kitaorang cuai. Sebab kalau nak sorok semua barang-barang tu dalam almari berkunci pun confirm lesap sebab dia boleh
kopak lock macam rumah jiran di bawah. Nak kata rumah tak berkunci, siap full
grill lagi di dapur dan bersolex bagai. Nak kata kalau saya bawak barang-barang
tu semua pergi kerja hari tu confirm tak hilang. Nak kata kalau saya balik awal
hari tu dan asben tak jadi patah balik beli sup confirm perkara ni tak jadi.
So, kesimpulannya perkara dah nak berlaku. Redha ajelah. Kalau tak jadi mungkin
sampai bila-bila pun weols tak tahu yg kawasan rumah tu memang selalu kena
pecah masuk.
Well, kepada si pencuri, perompak dan penyamun yg masuk
rumah kitaorang syabas aku ucapkan sebab berjaya rembat barang-barang
kesayangan kitorang. Tapi jangan lupa, di akhirat kelak kau terpaksa bersusah
payah cari aku balik sebab nak kena pulangkan semula barang-barang kitaorang yg
kau kebas!. Ok bye!
Thanks For Reading.
kesianye fiza n hubby..kalo dpt perompak tu mmg siap la..mcm kuat je plak kan..hihi..lepas ni kita sme2 la berhati2 ye..
BalasPadamTu la Nis..nak buat cm mn dah bukan rezeki kita lg agaknya..huhu :'(
PadamSekarang ni rasa fobia nak balik Sri Kembangan sorang-sorang dah...
kak hanis, bwk bsabar ea.. tkilan nye bile brang kite syg, dh takde..
BalasPadamape pon, think positive eh sis ! be strong .. nti ALLAH ganti dgn yg lebih baek lg :)
Thanks dear...tulah..kt pnt2 kumpul wet bli brg, sekelip mata je dia ambil...InshaAllah ada rezeki laen...
PadamHampeh betul pencurinya....xpe la da mende nak jadi kan...mungkin ada hikmah sebaliknya...huhu sabar ye kak...
BalasPadamThanks Umi..tulah akak rasa pun mmg byk hikmahnya. Salah satunya mungkin sebelum ni bila balik kerja masing bz. Sorang mengadap lappy dan sorang mengadap tablet. Bila dah hilang ni masing-masing dok mengadap muka masing-masing ajelah. Hahaha...
PadamTak apelah barang yg hilang, ada rezeki boleh beli lagi kan? Tapi kalau hilang kasih sayang@org yg kita sayang susah nak cari. Huhu...