Isnin, 28 Oktober 2013

Precious Moment ~ Maternity Shoot...

 
Assalammualaikum...

 
Huhu...seperti yg dijanji-janjikan...jeng...jeng...jeng...
 
Alhamdulillah sempat jugak buat entry khas dan yg paling bermakna sepanjang mengandung ni. Maternity shoot. Ingatkan tak sempat nak buat sebab Isnin baru-baru ni (21 Oktober) Hanis terpaksa admit di wad kecemasan bersalin Hospital Serdang setengah hari sebab berlaku sedikit contraction. Asalnya nak jumpa doktor untuk check biasa-biasa je. Sekali, hambik kau siap kena drip sebotol air, monitor ctg baby and kena check bawah! Huh, sakitnya tak dapatlah dibayangkan. Taubat taknak pergi sana lagi kalau betul-betul tak rasa nak deliver lagi. Masa tu pun dah agak panik jugalah. Sambil-sambil otak ni ligat berfikir...

 "Eh, aku dah nak bersalin ke ni? Tapi macam tak rasa apa-apa pun".

"Tak bersedia lagilah rasanya. Barang-barang pun tak bawak. Due pun lama lagi kan???".

"Eh, janganlah nak paksa-paksa pula. Serius aku tak bersedia laa weyhhh!"
 
 
Haha...boleh pulak terfikir sampai ke situ kan? Alhamdulillah, maghrib tu juga boleh balik dgn happynye. Hoyehhh! Kesian dekat suami yg terpaksa menunggu lebih 4jam di luar tanpa khabar berita tentang isteri di dalam wad. Sedih tau...siap Hanis pesan dekat nurse-nurse di situ supaya info pada asben yg setia menunggu kat luar tu. Yelah, dahlah handphone dan semua barang-barang dekat dia. Boleh pula tak pasal-pasal Hanis kena tahan lama dekat dalam tu. Sebabnya doktor musykil dgn bacaan ctg baby Hanis. Ya Allah, risaunyalah hati ni tuhan sajelah yg tahu. Janganlah jadi apa-apa dekat anak dan Hanis. Masa tu dah terbayang macam-macam dah. Bukan terbayang KFC, Mekdi atau Pizza Hut ye. Aku tampar pulak kang! Terbayang yg kena paksa beranaklah, kena induce lah, tak pun kena admit satu malam. Oh tidakkk...
 
 
Erm...maybe baby pun tau yg ummi dia tak bersedia lagi nak deliver. Terus dia buat-buat baik dan bacaan ctg baby kembali normal selepas Hanis kena drip sebotol air. Syukur sangat-sangat. Sebelum balik, doktor scan dan baby berada dalam keadaan baik. Kepala pun dah berada pada position ke bawah. Semua normal. Pergerakan normal. Berat pun normal. Alhamdulillah...


 
* * *


 
Ok, berbalik pada cerita asal. Masa mula-mula pregnant dulu adalah terpikir nak buat shoot semasa mengandung. Yelah, anak pertama ni kan feel tu macam excited sikit. Kalau boleh semua benda tentang anak nak dibuatnya dan everythings nak look complete je. Persiapan baby tu jgn cakaplah, tinggal kereta posche dan rumah kondominium utk anak je tak beli lagi. Haha...over kau! Taklah gurau je. Tapi bila pikir-pikirkan kos nak panggil photographer yg makan duit ratus-ratus ringgit tu terus rasa 'oh, tak perlulah'. Membazir je. Duit tu buat beli stroller anak time lepas pantang nanti lagi bagus. Haha...

 
Tapi, dalam hati kecil kalau boleh nak buat juga! Mungkin inilah yg dinamakan rezeki anak, so tercapai jugaklah hajat dan cita-cita Hanis. Lagipun asben macam suka je. Dia tak delah menghalang atau excited 100%. Tapi sepanjang mengandung ni apa yg Hanis nak selagi baik dan berpatutan semua asben sokong. Tq my dear... :)


Ok fine, bercerita tentang photog kali ni Hanis guna khidmat bf adik Hanis je. Kebetulan dia ada camera dslr kan. So, rugilah kalau tak gunakan harta yg ada untuk kepentingan bersama. Hue..hue..hue.. Tq Shafiq, jasamu takkan ku lupa hingga bila-bila. Dipendekkan cerita jom kita layan gambar sambil Hanis story serba sedikit tentang entry ni ye. Nanti uols bosan pulak kalau asyik membebel je. Hihi (aku dah agak dah)
 
 
 
 
Photog kata macam iklan Samsung Galaxy S4. Nampak muka keceriaan ibu mengandung. Ada ke? Huhu...
 
 
Hanis pilih shoot untuk maternity kali ni dekat Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Taman ni terletak di Presint 11. Sebenarnya Hanis sendiri pun tak pernah sampai lagi ke sini. Kira ni 1st time lah juga. Tu yg excited sgt sampai kembang-kembang idung itew time shoot walaupun sebenarnya diri ni dah tak berapa larat nak panjat bukit bukau kat atas tu uols. Huh!
 
 
 
 
Buat shoot yg simple-simple jelah kan. Janji ada sebagai kenang-kenangan. Nanti boleh tunjuk dekat anak sweet moment masa dia dalam tummy ummi dia. Almaklumlah, lagipun mak dan bapak dia baru nak berjinak-jinak dalam dunia modelling ni. Sorang model berperut muncit dan sorang lagi model.....terrrttt...treeettt. Hahaha.
 
 
 
 
Suka tau dengan pic ni. Sebab Nampak real je. Pandai pulak ballons tu pun sama-sama berposing. Menurut perintah tuan nampak gayanya. Hehehe...
 
Actually plan nak datang sini pagi-pagi. Dah janji dan set time dengan semua yg terlibat dalam pukul 8:00pg tu sepatutnya dah ada dekat sini. Lagipun berphotoshoot waktu pagi ni best sikit. Cuaca pun best dan tak panas. Tapi paham-pahamlah bila dah hari cuti kan. Pagi diorang tu sekitar jam 10:00pg hingga 11:00pg. Matahari pun dah terik. Cover-cover jugaklah tersenyum manis depan kamera walaupun dalam hati dah sehangat membara ni melawan cahaya matahari. Huh!
 
 
 
 
 Sepintas lalu...
 
Masa awal-awal dulu (masa tengah mabuk morning sickness tu) adalah plan sorang-sorang konon-konon nak buat maternity shoot dekat tepi pantai. Siap nak booked Hotel Grand Lexis dekat Port Dickson tu sambil-sambil bolehlah pergi bercuti dan buat second honeymoon sekali dgn hubby. Tapi bila fikir-fikir asben susah sangat nak cuti dan Hanis pun malas la nak ganggu urusan kerja dia pula. So...terpaksalah lupakan saje hajat tu.
 
Second choice pula plan nak buat shoot tepi pantai juga. Asal aku suka sgt tepi pantai erk??? Ala-ala pokok bakau tepi pantai lah konon dekat area-area Pantai Klanang tu. Tapi asben tak bagi lah pula. Hanis pun ada juga terpikir macam tak sesuai je untuk ibu-ibu pregnant pergi ke tempat-tempat hutan cam tu. Taknak lah nanti berlaku apa-apa perkara yg tak diingini pula. Bukanlah kita nak percaya 100%. Tapi better mencegah daripada mengubati kan?
 
So, lastly decide je buat shoot di taman ni. Lagipun dekat dgn rumah, ramai orang dan selamat sebab ada security guard dan facilities di sini pun lengkap such as toilet dan kawasan rehat.
 
 
 
 
"Baby...awak tengah buat ape dalam perut Ummi tu?" abah kata awak dah makin besar. Huhu...
 
 
 
 
 Abah+baby+ummi = our complete family :) In Sha Allah.
 
 
 
 
Besar harapan weols tau uols. Semoga zuriat yg bakal lahir nanti menjadi khalifah Allah yg soleh dan solehah. Amin...
 
 


 
 
 
 
Smile!!!
 
 
 
 
 3 pic dekat atas ni guna props gambar details scan masa baby 21weeks hari tu. Ingat nak gantung pic tu satu persatu dekat pokok ke, kayu ke, pagar ke, guna sepit kayu macam gambar-gambar maternity shoot yg biasa orang lain buat tu. Tapi rasa macam sayanglah pula nak potong dan ceraikan satu persatu. So, Hanis pegang je macam dalam gambar-gambar di atas. Nampak lain daripada yg lain kan? Ok lah daripada tak ada langsung. Hihi.
 
Kalau ada gambar scan 4D lagi bagus n lebih clear sebab boleh nampak muka dan bentuk badan baby yg lebih real. Tapi sayangnya weols tak buatpun scan 4D. Bukan tak buat langsung tau masa 30weeks hari tu. Tapi baby taknak beri kerjasama. Malu sangat sampai habis semua bahagian dia tutup. Huhu...alahai anak ummi. Sabar ajelah kamu ni...
 
 
 
 
Hahaha...yg ni part paling kuat sekali aku verangan. Nak tergelak-gelak pun ada semasa buat pose ni. Gigih tau Hanis bawak statoskop sebagai props. Konon-konon incik abang tengah dengar heartbeat baby lah dalam perut tu. Tak pun tengah pantau pergerakan baby. Hakikatnya tak dengar satu hape pun. Nasib baik aku tak pinjam mesin scanner dekat hospital sebagai props. Agak over perangai kau Hanis...hahaha...
 
 
 
 
Luvely mom and dad to be :) 
 
 
 Ok, now time ni Hanis terpaksa pose and jadi model sorang-sorang lah pulak. Asben terpaksa balik dulu sebab nak masuk kerja dah time tu. Even hari Ahad??? Oh, dah biasa dah. Ngeh...ngeh...
 
 
 
 
 

Ok, nak cerita sedikit tentang props ballons yg hanis guna dalam pic-pic ni ye. Memang dari awal-awal lagi Hanis dah plan dan excited sangat nak guna helium gas ballons sebagai props. Sebab nampak cam sweet-sweet kan? Macam gula-gula getah adalah. Hihi. So dgn gigihnya Hanis pun menggoogle lah kat mana nak dapatkan helium gas ballons ni. Lastly terjumpa juga satu kedai aksesori party yg menjual helium gas ballons ni yg terletak di Kajang. So, minta adik Hanis (Adah) tolong survey dan belikan siap-siap sehari sebelum tarikh photoshoot tu. Agak lecehlah sebab ballons ni cuma boleh bertahan selama 2hari je. Itupun siap ada treatment lagi. Haha...kau ingat muka je ada treatment2 bagai???

 So, pada yg memerlukan helium gas ballons ni boleh cari di sini yer (harga pun boleh tahan. So sediakan duit uols banyak-banyak ok. Hihi...)

GLOWING PARTY HOUSE

 
 
 
Semangat tau hamba bawak segala jenis props termasuklah dress, rompers, pants, botol susu dan teddybear yg asben hadiahkan masa zaman muda-muda belia dulu. Hikhikhik...
 
 
 
 
Wif sock baby yg cinonet >_<
 
 
 
 
Ok, yg dua orang ni bukan props tau. Terjumpa tepi jalan tadi. Hehehe...taklah gurau je. Sebenarnya Hanis tak shoot berdua je dengan asben. Adik Hanis dan bakal adik ipar ni pun buat photoshoot untuk pra wedding diorang juga di sini. Weols decide nak shoot sekali guna khidmat photog yg sama. Dah alang-alang ada geng kan tu yg janji sama-sama tu. Bestkan couple zaman sekarang. Siap ada pra wedding shoot lagi. Theyols ni pilih tema zaman persekolahan. Tapi yg ni versi di taman bunga. Kiranya diorang ni macam budak-budak sekolah yg nakal tu. Ponteng sekolah dan pergi dating berdua-duaan di taman bunga gitu. Jap lagi mesti pak guard datang dok halau diorang. Haip! biasa lagi dia!
 
 Huhu...jgn mareee... :)
 
 
 
 
Lastly...yg ni pic Hanis versi tembam. Bukan senang tau nak dapat muka tembam boolat cam gini. Huhuhu...

 

 
 
Ok, tamat hingga di sini. Bye bye...kita dah penat. Baby dah mengeras sebab lapar. Kaki pun dah cramp. Balik dulu lah yer...
 
 
Last but not least
 
...
 
 
 1.2.3
 
Our precious moment ~ maternity shoot 20.10.13
 
 
 p/s : Alhamdulillah semua yg Hanis hajat dan nak buat time during pregnentcy ni dah tercapai juga akhirnya. Now dah 38minggu usia kandungan. Tinggal tunggu hari, masa dan ketika je untuk baby keluar. Perasaan tu tak tahulah nerverse ke excited ke. Dah bercampur aduk dah. Yg penting semoga semuanya berjalan dgn lancar, selamat dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Amin...
 
 
Guys...doakan untuk Hanis dan anak nanti ye. Thanks n sayang korang sangat-sangat :)
 
 
* * *
 


3 ulasan:

  1. cantik sgt2 k.hanis...hehehe..nnti bby da kua kite shoot lg yer..hehehe

    BalasPadam
  2. Canteknye mom to be ni :)
    wish u all the best and smge smuenye dpermudahknNya.. aminn

    BalasPadam
  3. lawanya.. tp mcm tsama lak ngan k.mya brangan nk posing2 tepi pantai.. n suka belon tu.. :) xcaya?.. tnya abg HFAH.. hehe

    BalasPadam