Jumaat, 1 November 2013

Menanti, menunggu, eh bila ni???

 
Assalammualaikum...
 
 
Yeah yeah 39 minggu sudah!
 
Yeah yeah last checkup sudah!
 
Yeah yeah bersedia sudah!
 
(dah kau kenapa nyanyi lagu pop yeah yeah time2 deepavali ni macam si Prabu?-mhi tv3)
 
 
Actually iols sedang menanti hari, waktu dan ketika. Kadang-kadang rasa excited, tapi kadang-kadang nervous pun ada juga. Hari-hari juga tanya dekat baby dalam perut "Bila anak ummi nak keluar ni?" "Best tau kat luar, segala macam benda ada. Baju pink, stuff, tilam empuk and satu almari ummi dah sediakan untuk awak okeh" sambil-sambil umpan dia hopefully cepat-cepatlah baby keluar. Hihi
 
Semalam last checkup dekat KKOL. Then nurse tu pun kata lepas ni saya dah tak bagi lagi tarikh temujanji tau. If 8 Nov ni awak tak bersalin juga terus jumpa doctor di KKBC. Huh! sampai mcm tu sekali? Means anak I selesa sgt lah duduk dalam perut ni? Hihi.
 
Tak sangka. Ingatkan dulu terbesalin awal n tak sempat nak mengharungi minggu-minggu terakhir (weeks 39 dan 40). Rupanya sempat lagi. Nak tunggu bulan November jugak ye sayang. Tak apelah, yg penting kamu sihat dan gembira dalam perut ni. Mesti dalam perut ummi sejuk sangat mcm ada aircond kan? Yelah, sebab hari-hari aku mkn aiskrim, ais dan makanan yg sejuk-sejuk bagai-balas dendam untuk time berpantang nanti. Ahaks!
 
Sekarang kerap sgt dia mengeras. Tapi Alhamdulillah, sebab kepala dia dah betul-betul dekat jalan keluar. Nurse pun dah tak boleh gerak-gerakkan baby lagi masa checkup smlm. Hopefully Hanis dapat deliver secara normal tanpa sebarang masalah n hopefully juga dua-dua selamat. Amin...
 
 
Inilah aktiviti bila tak ada kerja di rumah. Selain daripada berlari-lari main bola dgn anak-anak asuhan mak, adalah kerja merosakkan gambar sendiri secara tak berfaedah. Hihi...Nampak tak bulu mate palesu gedix iols. Hahaha!!!
 
p/s : Erm sedapnya makan macam-macam kt rumah mak ni :) Sebelum tu, hari-hari kita baca doa ni tau...
"Laaa ila Haillaa anta. Subhanaka inni kuntu Minazzoolimin..."

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan