Selasa, 6 Ogos 2013

Scan Details for Baby : Klinik Jameaton, Sri Kembangan

 
Assalammualaikum…
 
 
Syukur Alhamdulillah. 7hb Julai yg lepas selesai sudah proses detail scan untuk baby Hanis. Sekarang ni usia kandungan dah 6bulan lebih. Bermakna tinggal beberapa minggu sahaja lagi masa untuk menghabiskan trimester ke-2 sebelum melangkah ke fasa yg seterusnya.
 
Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn baik setakat ini. Perut dan berat ummi pun dah semakin membesar dgn jayanya. Tidur malam pun dah start berada dalam keadaan kurang selesa. Bila duduk di lantai kadang-kadang terpaksa minta bantuan ahli keluarga untuk bangun semula. Inikan pula nak mencapai sesuatu yg jauh atau memusingkan badan ke kanan atau ke kiri, memang jauh sekalilah tak boleh. Huhu…
 
Tapi tetap rasa bersyukur, dalam payah-payah pun Hanis dikira beruntung. Inilah nikmat bagi seorang wanita yg bakal menjadi ibu. Bahkan tak semua orang bertuah untuk merasainya. Maka, Hanis tetap anggap setiap kepayahan dan keperitan itu sebagai satu nikmat dan pengalaman yg amat berharga. Alhamdulillah.
 
Hanis dan suami memang decide nak buat detail scan untuk baby after 20minggu bermakna pada usia kandungan 5bulan ke atas sebab masa tu bahagian badan baby dah complete keseluruhannya. Memandangkan Hanis checkup di klinik kerajaan (KKBC) tidak menyediakan perkhidmatan scan tiap-tiap bulan. Theyols akan scan baby masa mula-mula kita checkup (masa buat buku pink) dan apabila usia kandungan 7bulan berikutnya. So, kena ambil inisiatif sendirilah untuk scan di klinik swasta.
 
Research punya research, asben pun terjumpalah satu klinik ni memang menyediakan perkhidmatan detail scan, scan 2D, 3D dan 4D untuk ibu-ibu mengandung dikira terbaik dengan harga yg berpatutan iaitu Klinik Jameaton yg terletak di Seri Kembangan, Selangor. Memandangkan klinik tu terletak berhampiran dengan rumah kiteorg, so terus asben cepat-cepat booking untuk buat appointment weekend tu.
 
Malam sebelum scan tu memang hati Hanis ni berdebar-debar. Tak putus-putus berdoa pada Allah semoga baby dalam keadaan sihat dan sempurna seperti baby baby yg lain. Asyik terpikir je cam manalah agaknya rupa anak aku ni ye? Yelah, kali terakhir scan pun masa first time checkup di KKBC. Tupun usia kandungan baru 13minggu. Tak nampak sangat sebab baby masih kecil. Doktor memang tak print gambar scan tu. Hanis pun just curi-curi tengok pada skrin n tanya dekat doktor “baby saya ok ke?”. Doktor kata “okkk” Hihi…
 
Pagi Ahad tu kiteorg suami isteri keluar awal-awal. Eksited punya pasal. Hihi. Klinik buka pukul 10:00pagi. Pukul 8:30pagi dah keluar rumah. Pergi breakfast dulu dan isi perut kenyang-kenyang sebab takut angin naik dan termuntah pula masa scan nanti. Pukul 9:30pagi dah tercongok muka masing-masing depan klinik. Pintu klinik pun tak buka lagi. Pukul 9:50pagi cam tu baru klinik buka. Itupun pakar scan tak sampai lagi. Just ada kerani je di kaunter depan.
 
Lepas check nama dan daftar, kitorang duduk-duduklah dulu sementara menunggu pakar sonografi. Ada sorang lagi pekerja perempuan melayu muda sampai. Borak-borak pulak dengan kerani tadi. Lepas tu perempuan melayu muda tu pun hilang…
 
 
 
 
 
 
Then…
 
 
 
 
 
 
Kerani yg dekat depan tadi panggil melalui pintu bilik doctor.
 
 
 
 
“PUAN NURHAFIZAH HANIS…SILA MASUK…” ceh! dah macan cerpen pendek plak cerita aku ni…Suspen sungguh! Hihihi…
 
 
Terkejut beruk bila masuk bilik doktor tengok-tengok yg duduk di kerusi doktor adalah perempuan melayu muda tadi. Biar betul ni Doktor Jameaton??? Oh, assistant dia je kot. Haha…nak sedapkan hati yg tak berapa nak sedap ni.

 
Dia terus suruh Hanis baring dan tunjukkan perut. As usually lah doktor akan tuang cecair macam gel pekat dekat perut kita sebelum scan. Asben duduk sebelah doktor sambil tengok skrin computer pada doktor. Hanis pula tengok skrin besar depan Hanis. Bila start panel rod scan cecah perut je, nampak dah bentuk baby. Subhanallah…dah besar dah anak Ummi. Rasa sayu, gembira, sedih, terharu semua ada…So sweet sangat…
 
Doktor terangkan satu persatu. Memang sempoilah doktor ni. Tak macam doktor Hanis tengok. Macam kawan-kawan kite jer. Hehe…
 
 
Mula-mula doktor explain “ Ha, ni kepala baby...” Haha…comelnyerrr…rasa nak peluk n cium je skrin computer tu. Oh! Sabar yer…
 
 
 
Then, doktor tunjuk part kepala seperti tempurung kepala dan doktor ukur lilit kepala baby. Alhamdulillah, doktor kata semuanya nampak complete dan normal. Doktor check juga otak, perjalanan darah pada otak dsb. Semuanya normal.
 
 
 
Kemudian, part tulang belakang pula.
 
 
 
Nampak tak, baby seakan tengah sujud. "Buat apelah tu sayang???". Doktor ukur panjang tulang belakang dan dia kata normal. Alhamdulillah...
 
 
Lepas tu part tangan dan kaki baby pula.
 
 
 
Hehe...comelll jer. Tengok cam ni pun dah tau tu part of sebelah daripada kaki dia.

 
 
Doktor explain dan ukur tulang betis baby. Dia kata tulang peha ada satu. Kalau tulang betis ada dua. Sama juga macam tangan. Kalau tulang dari bahu ke siku ada satu dan dari siku ke pergelangan tangan pula ada dua juga. Ok doktor, fine saya sudah faham. Alhamdulillah semuanya complete. Kemudian doktor tunjuk juga part tapak kaki dia. Ok, juga berada dalam keadaan sempurna.
 
 
And the lastly, uols boleh nampak tak apa yg Hanis nampak???
 
 
 
Tu diaaa...muka baby. Huhu tengah tersenyum leborrr doktor kata. Tapi tak berapa clear sebab yg ni scan 2D. Dah 30weeks nanti kita buat 4D ye sayang? Nanti boleh tengok wajah kamu yg sebenar dan labih jelas kan.

 
Yg kelakarnya asben boleh pulak tanya kat doctor tu " Doktor, tak boleh tengok seluruh badan anak saya ke dalam skrin computer ni? Kenapa doctor tunjuk part-part dia je" Hehe...
Doktor kata "Mana boleh sebab baby awak dah besar..."
 
Hehehe...hubby...hubby... Awak ingat anak awak tu baru sebesar jari ke sayang??? Maybe asben ingat anak dia kecil lagi kot.


Act, banyak lagi image yg doktor tunjuk masa buat scan details ni. Macam bibir baby, jantung baby, perjalanan darah pada jantung, buah pinggang, jumlah air ketuban, berat bayi, kedudukan placenta dsb. Alhamdulillah semuanya berada dalam keadaan normal. Kedudukan bayi pun kepala berada di bawah dan kaki di atas. Tapi kedudukan bayi ni akan berubah-rubah mengikut masa dan keadaan. Tapi tak jadi masalah sebab usia kandungan Hanis masih awal lagi. Baru 5 bulan lebih masa tu.


Cuma...


Yg problem cikit kedudukan placenta (uri) Hanis masih di bawah. Means low lying. Tapi doktor kata jangan risau sebab bila dah lama-lama nanti dia akan naik sendiri ke bahagian fundal. Jangan pergi urut or buat apa-apa. Just doa je semoga semuanya berjalan dengan baik. In-Sha-Allah...

30minit buat scan details ni rasa macam sekejap sangat. Tak puas tengok baby bergerak-gerak dalam skrin computer tu. Aktif sangat sampai susah doktor nak tengok gender dia. Tapi lastly dapat juga tengok.



And the result is...















































Tunggu lepas baby lahir k. Ummi dan abah dia nak buat surprise!!!


So pada sape-sape yg nak buat detail scan ni Hanis suggest boleh pergi ke sini ye. Best sangat doktor pun baik dan sangat-sangat friendly...


* * *


KLINIK JAMEATON SDN. BHD.
B5-G-03 Jalan Pinggiran 1/2,
Taman Pinggiran Putra,
43300 Seri Kembangan Selangor.
Tell : 03-89442270  Fax : 89441451
 
 

PERKHIDMATAN 4D SCAN & DETAIL SCAN
 
Perkhidmatan 4D SCAN dan DETAIL SCAN kini boleh dibuat di Klinik Jameaton.

Nama Perkhidmatan :
i. Scan 4D
ii. Detail Scan

Pakej Scan:
a. Scan 4D
b. Detail scan
c. Scan 4D + detail scan
d. Scan 2D ( biasa )

Waktu Operasi :
Sabtu: 6.00 petang - 9.00 malam
Ahad : 10.00 pagi - 4.00 petang

Perkhidmatan scan biasa 2D dibuat pada setiap hari waktu rawatan ( 9.00 pagi - 10.00 malam )
 
Perkhidmatan 4D scan & detail scan dengan temujanji. Sila hubungi Klinik Jameaton 03-89442270 untuk maklumat lanjut.
 
 
* * *
 
 
p/s : Nanti Hanis terangkan kebaikan scan details, apa yg kita boleh tahu dan apa yg kita tak dapat detect semasa proses ni dijalankan pada entry yg lain ye. Seronok dengar masa doktor cakap dengan baby dalam perut "Adik...adik...cepat tunjuk bawah. Doktor nak tengok gender adik ni..." Soooo sweeettt...
 
 
"Terima Kasih Allah"
 
 
 
Thanks For Reading
 

3 ulasan:

  1. syokkknye!!!x saba nak jmpe c cilik nie...n nak ckp kt die yg sylah mak ngah die..hahahaha...semoga dpermudahkan segalanya..aminnn

    BalasPadam