Isnin, 5 Ogos 2013

Yeahhh! Shopping Raya!

 
Assalammualaikum.
 
 
Sedar tak sedar tinggal beberapa hari je lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan. Punyalah masing-masing eksited nak beraya jgn ceritalah. Kalau boleh seminggu sebelum raya lagi masing-masing dah nak bercuti. Mood kerja memang dah ke laut, ke hutan, ke pulau semua ada. Haha... Dalam ingatan cuma terbayangkan kampung halaman, mak ayah di perantauan, baju raya, kuih raya, lemang, ketupat, rendang dsb...(hehe...tu semua org lain, bukan Hanis ok)
 
 
Raya tahun ni macam tahun-tahun sebelum ni juga. Persiapan ala-ala kadar je. Lagi-lagi time pregnant dan tak dapat berpuasa penuh. Memang tiap-tiap tahun tak pernah puasa penuh pun kan? Haha...tapi tahun ni lagi teruk. Eh! malulah kiter nak cerita. Kalah pulak dengan budak darjah dua taaau. Tapi sedapkan juga hati. Nak buat macam mana. Bukan kite saje-saje. Dah keuzuran sebab berbadan dua. Badan dua juga yg dipersalahkan. Huhu...
 
 
 
Sedang-sedang mood beraya cuma dipersimpangan jalan...
 
 
 
 .....
 
 
 
Asben yg baik hati telah mengembalikan mood ceria berhari raya tu semula dengan membawa isteri yg tak comel ni untuk bershopping raya. "Ha...kan dah ranap duit Abang. Tulah siapa suruh offer." Hahaha...(gelak kejam ala-ala cerita Childs Play!)
 
 
 


Shopping raya tahun ni dekat Giant Hypermaket Banting je. Sebenarnya tak larat nak berjalan jauh-jauh. Itupun tak habis teroka satu Giant, dah sakit-sakit kaki, pinggang, pening dsb. Pilih cepat-cepat, berkenan terus suruh asben bayar. Memang tak cerewet sangat. Alhamdulillah dapatlah dua pasang baju. Satu di First Lady dan satu lagi di Peace Collection. Sattle bab baju!
 
 

 
 
Kemudian bab kasut pulak. Pun sama. Pergi satu kedai je (XES). Terus jumpa yg berkenan. Grab terus dua pasang. Haha...
Sebenarnya memang nak beli kasut lebih sebab dah lama tak shopping kasut. Beli yg flat je sesuai untuk raya dan bekerja. Bila itulah kasut raya, kasut kerja dan kasut berjalan, memang kuatlah 'makan' kasut. So, beli lebih pun tak ape kan? Memang untuk kegunaan kite seharian. Thanks hubby sebab belanja lagi. Huhu...
 
 
Bila dah sattle semuanya, cepat-cepat tarik tangan suami ajak balik. Shawl ke, tudung ke, lain kalilah cari. Tak pun recycle balik yg lama-lama mana yg match dengan baju tu. Sebenarnya perut dah berkeroncong. Baby dah lapar kot (alasan!)
 
 
p/s : Alangkah indahnya kalau tenaga daku seperti dulu. Pasti dapat merayap dengan gigihnya ke Jalan TAR sekarang. Jealous kite tengok awak-awak yg dapat bershopping ke sana tau. Tolonglah Buletin Utama...jangan siarkan lagi kemeriahan membeli belah di Jalan TAR dan Jalan Masjid India setiap kali ending berita tu. Cemburu sesangat!
 
 
Now lebih eksited shopping baju baby sebenarnya dari baju sendiri. Hehehe...
 
 
 
Thanks For Reading
 

1 ulasan:

  1. heheh raya pon da menghampiri penghujungnya....dksmptan ini sy ingin memyusun 10 jari memohon kemaafan andai ad slah silap,trkasar bahasa,terburuk perangai,tergurau yg agak mnyakitkn hati....terima kasih sudi memberi kasih sayang dan perhatian dan jadi seorang ALONG pd saya...selamat hari raya maaf zahir dan batin....

    BalasPadam