Rabu, 12 September 2012

Aidilfitri : Giliran Di Rumah Mertua


Assalammualaikum
(Hoho...berkurun aku nak publish entry ni. Tak apelah, rayakan sebulan )


Edisi Syawal : Raya PERTAMA


Lain benar perasaan syawal tahun ini. Tahun kedua disambut dengan insan tersayang (suami letew) dan merupakan tahun pertama diraikan di rumah mertua pada hari raya pertama.

Persiapan di rumah mertua tak banyak bezanya dengan rumah parents sendiri. Dari segi mengemas rumah, kelengkapan raya, sehinggalah air tangan mak mertua semuanya sama seperti keadaan saya sebelum ini di rumah keluarga sendiri. Yg bezanya mungkin suasana. Yelah suasana di kampungkan lebih meriah jika nak di bandingkan dengan suasana di bandar.

Kalau di kampung penuh dengan bunyi mercun, meriam dan panorama indah laman rumah yg dihiasi dengan cahaya pelita minyak tanah. Omjayyy! Rindu gile rumah mak bapak sendiri!!!

Berbeza di tahun ini, pada malam raya, saya, asben dan mertua keluar ke KL waktu tengah malam. Hajat di hati untuk membeli-belah sakanlah pada malam terakhir raya. Masuk je area KL kereta masing-masing dah berasak-asak dan bergerak perlahan-lahan seperti seekor kura-kura. Ingatkan malam raya KL dah sunyi sepi, rupa-rupanya masih ramai lagi warga kota yg tak pulang ke kampung. Tak ada kampung ke? Keh..keh...

Bila lihat semua jalan yg menuju ke Chow Kit Road dan Jalan Tar terlalu sesak, asben membatalkan niat ke sana dan terus menuju ke Uptown Danau Kota di Gombak. Alih-alih yg dapat cumalah samput duit raya je yg dibeli. Tak ada kuih-kuih raya lelong 3 balang 10 hengget seperti yg digembar-gemburkan. Tak ada jualan lelong-lelong tudung raya mahupun baju raya yg superb murah seperti yg dijanjikan. Hanyalah propaganda! Pulang dengan perasaan hampa dan setibanya dirumah pada pukul 4:00pagi.


Keesokkan harinya…
(sambil sayup-sayup terdengar suara takbir dari surau berhampiran)


Bangun seawal 6:30pg untuk tolong-tolong mak mertua dan kakak ipar di dapur menyediakan juadah hari raya. Lepas tu mandi dan bersiap-siap pakai baju raya cantik saya ala-ala princess tew (perasan! Hehehe…). Tema tahun ni hijau okeh. Sama macam tahun lepas. Hajat di hati nak bertemakan warna baby blue Aidilfitri kali ini. Alih-alih saya dah tersangkut dengan dress labuh warna hijau tua tew, terus suruh hubby pakai baju melayu tahun lepas. Cian dia… :’(


“B, nanti raya haji baru pakai baju yg warna baby blue tew eh? Eh? Eh? Hikhik…”


Masa tew teringat juga kat maa, abah dan adik-adik. Kalau dilayan perasaan ni bisa mengalirkan air mata dibuatnya. Jadi, buat-buat happy!!! Memang happy pun. Walaupun beraya dengan mertua, tetap dilayan seolah-olah berada dalam keluarga sendiri. Jangan kata layanan terbaik dari mak, ayah, kakak-kakak ipar, biras serta adik ipar, malah makcik pakcik serta kezan sebah suami semuanya baik-baik dan sangat sporting. Yup, my first Eidulfitri wif asben’s family is I.N.D.A.H.

Kemudian, kami sekeluarga bergerak pula menuju ke Gombak. First, terus menziarahi kubur arwah Pak Din (Pakcik asben). Pak Din meninggal dunia pada syawal pertama kira-kira 4 tahun lepas. Act saya tak pernah jumpa pun. Sebab masa tu saya dan asben belum kahwin lagi.

Di sana jumpa Atok asben, Opah serta makcik pakcik asben yg lain. Saat Amir (sepupu asben) dan Atok membacakan doa di tepi pusara arwah Pak Din tiba-tiba air mata saya turut sama mengalir. Rasa sayu dan sedih sangat-sangat. Even saya tak kenalpun tapi dah anggap family asben macam family sendiri.

Dari situ bergerak ke Tanah Perkuburan lain pula. Kali ni menziarahi kubur arwah moyang asben. Kemudian terus ke rumah Mak Nyah (makcik asben) yg terletak di area Gombak juga.

Lepas menjamu selera, aktiviti beraya di teruskan ke 2 buah rumah saudara mara asben yg lain. Time-time macam nilah dapat berkenal-kenalan dgn saudara mara asben yg jauh-jauh. Sehinggalah ke larut petang, saya, asben dan adik ipar pulang ke rumah mak mertua yg terletak di Subang dan bermalam di sana kerana keesokkan paginya kami akan berangkat ke JB pula. Yuhuuuu!!!


**Next episode : Coming soon. Tungguuu... (ceh!)


Raya pertama without Kaklong. Windu sangat bila teringat adik-adik... ~_~



Thanks for ReadinG



1 ulasan: