Isnin, 29 Julai 2013

Blue Dress Inspired by Lisa SurihaniS!


Assalammualaikum.


Sempena Aidilfitri yg bakal menjelang tiba ni, mesti uols semua dah prepare design baju apa nak pakai masa raya pertama nanti kan? Agak-agak fesyen ape yg tengah in dan top musim sekarang selain daripada peplum? Tapi, rata-rata yg Hanis tengok kurung moden yg kain ala-ala kembang dengan hiasan lace di hujung lengan dan hujung kaki baju yg banyak menghiasi blog-blog dan facebook jualan online.


Ok...fine, Hanis terpaksa lupakan niat dan hajat untuk melaram dengan kurung moden dan peplum pada raya tahun ni. Nampak gayanya terpaksalah cari jubah mahupun dress yg longgar-longgar di bahagian perut. Tapi tak kisahlah sebab dah puas pakai kurung moden dan peplum di tempat kerja masa sebelum preggy dulu. Lagi pun jubah dan long dress untuk maternity yg ready made pun sekarang dah cantik-cantik tau. Tinggal pilih dan bayar je Hurmmm...jgn ingat preggy mommy tak boleh bergaya!!!


So, before preggy haritu Hanis sempat design dan tempah sehelai long dress inspired dari majlis merisik dan bertunang Lisa Surihani. Nak pakai dress yg nampak ala-ala artis la konon. Dipendekkan cerita, uols pernah tengok tak baju baby blue yg Lisa pakai masa majlis merisik dia tu? First time Hanis tengok dalam rancangan Walimatulurus Lisa & Yusri di saluran Astro Ria, terus teruja dengan dress labuh tu. Seriously sangat-sangat amazing dan fabulous Hanis cakap sama uolsss! Hahaha…


Ni contoh dress baby blue Lisa yg Hanis admire sangat-sangat tu. Alahai...
Pic : From Google
 
Then, since that terus pergi beli kain yg seakan-akan colour tu. Lagipun memang Hanis tak ada lagi baju warna baby blue (teruja okeh!). Penat meng’google’ siapakah gerangan si pereka amatur yg mereka baju Lisa tu, tapi tak jumpa-jumpa pula. In my opinion, maybe Lisa just beli di pasar malam je kot. Bila dah ditambah dengan pelbagai aksesori. Nahhh!!! Meletopsss bakal menantu mak! (kata mama Yusri) Hahaha…
 
 
Kemudian, Hanis terus hantar ke tailor favourite yg selalu jahit baju Hanis. Act tu je tailor yg serasi buat baju Hanis selama ni. Sebenarnya tak ada pilihan lain. Bukan taknak tempah pada Rizalman Ibrahim atau Riezman Ruzaini. Takut nanti terpaksa pula gadaikan kereta dan rumah sewa semata-mata untuk membayar upah jahit baju tu. Ekekeke…


 Di rumah makcik tailor...

 
Makcik Tailor : Nak buat baju macam mana ni?
Hanis : Dress labuh. Nak kembang sikit dari peha.
Makcik Tailor : ??? (Blurrr)
Saya : Alah macam baju merisik Lisa Surihani tu. Tengok tak dekat Astro?
Makcik Tailor : Tak tengok. Rumah ni mana ada Astro.
Saya : Ahh…sudahhh (dalam hati). Okeh, ikut je design ni. Nah… (design dah siap-siap lukis dari rumah. Hehehe) – Hopefully dia dapat imagine nanti.
Makcik Tailor : Erm bagus pun. Tapi kau punya design ni taknak kalah macam artis.
Saya : Hahaha…

 
(then, makcik tailor tu ambil ukuran badan and weols pun pot pet pot pet sambil discus tentang baju tu. Nak potong enamlah, nak butang penuh berderet-deret dekat belakanglah, butang dekat tangan lah, leher ada lengkuk lah dan bermacam-macam lagi)

 
Sebulan kemudian, seperti yg dijanjikan baju tu pun siap. Alhamdulillah, dia jahit seperti yg Hanis kehendaki. Kini masa untuk menambah aksesori seperti patch lace dan beads. Memang internet dan google banyak membantu. Memandangkan Hanis jenis tak ada masa nak merayap ke Jalan TAR untuk mencari patch lace yg dicari (belum termasuk nak cari kedai, nak cari lace, penat berjalan, kos, minyak, tol, parking, nak makan lagi dsb) so, better beli secara online sahaja walaupun tak banyak pilihan, sekurang-kurangnya taklah membazir masa dan tenaga. Cuma kena rajin research lah.

 
Setelah penat mengoogle, akhirnya jumpa juga sales online yg menjual patch lace yg betul-betul Hanis suka dan menepati citarasa. Al-maklumlah Hanis ni memang sgt-sgt cerewe dalam bab-bab memilih ni!
 
 
So, jumpa di sini : Something Borrowed by NisaAlwy
 
 
Lace ni Hanis beli secara online dengan harga RM60 semester. Hanis beli semester sahaja.
 
 
Peringatan penting : Jangan beli lace terlalu lebih utk mengelakkan pembaziran. Kerana harga lace sudah diketahui umum adalah mahal ok. So, before membeli better uols ukur dahulu jumlah maximum yg uols perlukan pada sesebuah baju.

 
Nilah rupa parcel dan lace yg Hanis terima. Sangat cantik dan material dia jenis berkualiti serta sgt-sgt menepati citarasa Hanis.
 
 
Kemudian Hanis aplikasikan lace tadi dgn dress baby blue ala-ala Lisa Surihani tu. Bila dah siapppp….hasilnya rasa seperti Wow!!! Gempakkkknya (adakah aku seorang sahaja yg memujinya? Hahaha)
 
Hakikatnya, tak payah nak tengok hasil sangatlah. Mari kita lihat beberapa proses yg Hanis lakukan ketika mencantumkan lace pada baju tersebut.

 
 Antara bahan-bahan yg diperlukan adalah seperti berikut ye :-


 


 
 
 
 
 1. Kotak menjahit 
 Hihi...depends la...tak ada kotak ni pun tak ape. Tapi kalau barang-barang uols bersepah-sepah Hanis tak bertanggungjawab okeh.
 
2. Jarum.
Make sure saiz yg kecil. Yg khas untuk jahit beads n pearl pun boleh. Kadang-kadang ada jarum yg nampak kecil tapi tak lepas masa jahit beads kerana lubang beads tu terlalu kecil. Tapi Hanis tak guna beads yg kecil. So, boleh guna semua saiz jarum.
 
3. Benang.
Ikut warna material dan patch lace uols yg sesuai la.
 
4. Gunting.
Seperti biasa. Jangan guna gunting pemotong ikan kat dapur sudah! Hehe.
 
5. Beads dan pearl.
Ikut citarasa uols. Kalau nak meyerlah better guna warna yg kontra dari material dan patch lace. Baru Nampak hasilnya nanti.
 
6. Patch lace.
Boleh dapatkan di mana-mana. Kalau malas nak cari di kedai boleh beli sacara online macam Hanis. Dah banyak sekarang sales online yg jual patch lace dgn bermacam-macam corak. Pilih sahaja.
 
 
 
And the lastly kena ada kemahiran menjahit la... Kalau nak masukkan benang pada jarum pun tak tahu, erm...Hanis pun tak boleh nak komen panjang lebar. Rasanya basicly semua org pandai menjahitkan??? Coz kat sek men dulu dah belajar dah semua ni dalam subject Kemahiran Hidup.
 
 
 



 Mula-mula, potong dulu patch lace tadi mengikut corak yg sedia ada. Bahagian-bahagian yg kosong (tiada apa-apa corak) uols boleh buanglah. Potong cantik-cantik dan kemas tau.


Kemuadian, jahit jelujur kasar (seperti gambar dia atas) untuk tampal sementara atas baju uols. Hanis gunakan benang hitam yg kontra dgn warna baju dan lace supaya senang nampak masa nak buka balik nanti.



Ini untuk design pada dada baju. Hanis letak bawah sedikit sebab ada space untuk tudung atau shawl. Bila pakai tudung n shawl nanti taklah patch lace tu terlindung.


Sebenarnya patch lace ni uols boleh gabung-gabungkan mengikut citarasa uols. Tak perlulah ikut betul-betul seperti corak sedia ada yg asal. Uols boleh letak terbalik, pusing, senget sedikit ikut design yg mana-mana sesuai. Sebab tu kena jahit jelujur kasar sementara dahulu. Bila dah betul-betul confident dgn design tersebut baru jahitkan lace tersebut betul-betul (jelujur halus) mengikut warna benang yg senada dgn warna patch lace tadi. Means jahit betul-betul laa...


 
Boleh jahit pearl mengikut corak patch lace uols sebagai sumber inspirasi. Ceewah! gitu :)


 Bila patch lace dah dijahit dgn sempurna pada material, mula untuk menjahit pearl pula. Boleh ikut corak pada patch lace untuk menampakan lebih kemas dan tak berserabut.


Last sekali baru Hanis jahitkan beads yg besar-besar tu pada tengah-tengah corak patch lace tadi. Hanis tak letak banyak sangat beads ni. Takut nampak terlalu messy pula. Depends pada uols juga ok.


 
Alhamdulillah siap juga akhirnya. Makan masa lama juga nak jahit semua ni sebab Hanis buat sikit-sikit time masa lapang.
 
 
Taraaa!!! Inilah hasilnya yg dah siap!!!
 
 
Full image untuk dress baby blue Hanis yg telah siap dijahit patch lace dan pearl. Tapi masa ni rasanya belum jahit beads lagi kot.
 
 
 
  
 
 

 
 Total kos :-

Kain chiffon : RM5:00/meter, 5meter = RM25.00
Kain lining : RM1:50/meter, 3meter = RM4.50
Patch lace : RM60.00/meter
Beads : RM3:00+RM5:00 = RM8.00
Pearl : RM4:00+RM4:00 = RM8.00
Upah jahit (tailor) = RM120.00
 (Benang, jarum, gunting dan peralatan-peralatan lain memang dah sedia ada)

So, total kos only =RM225.50


Walaupun harga keseluruhan dress ni nampak macam mahal atau lebih kurang dgn harga dress ready made di butik, tapi Hanis tetap rasa puas hati sebab dapat design dress mengikut citaras dan kehendak sendiri.

So, lepas ni uols boleh la cuba design baju atau dress mengikut citarasa sendiri ilham dari mana-mana pereka ataupun artis ok. Yg penting bersederhana dan mestilah bijak memilih bahan. Make sure harga yg uols pilih utk bahan dan material tu adalah berpatutan.


Nak tengok gambar penuh masa Hanis kenakan dress ni just klik SINI ok :)


Bye! Thanks For Reading


p/s : Lupa pula nak bagi tau, kain baby blue untuk dress ni jenis chiffon. Hanis beli di Nagoya je. Semeter RM5.00. Murah kan? Selamat mencuba!


 

1 ulasan:

  1. salam kak dress cntik bleh tak nk pinjam tailor.. akak bleh jahit beads skli ke

    BalasPadam