Ahad, 9 Jun 2013

Pertunangan Adik Ipar


Assalammualaikum.
 
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga cita-cita untuk mengupdate entry mengenai majlis pertunangan adik ipar Hanis yg berlangsung pada 9 Mac lalu. Malunya nak taip tarikh majlis ni sebab dah 3 bulan berlalu n baru sekarang dapat update. Apa lagi nak cakap kalau bukan “tak apelah lambat asalkan ada juga kan?” Ayat sinonim untuk si pengcover paling cemerlang ni. Huhu.

Kali ni Hanis ambil short form ajelah ye. Sebab dah lama sangat dan tak berapa ingat. Weols bertolak dari Subang (rumah mertua) pada hari Jumaat, 8 Mac 2013. Disebabkan perjalanan ke Gua Musang mengambil masa kira-kira 7 hingga 8 jam dan majlis pertunangan pula akan berlangsung pada hari sabtu 9 Mac 2013 selepas waktu Zuhur.

Tengah hari tu singgah makan sekejap di RNR Tapah dan meneruskan kembali perjalanan ke Gua Musang. Lupa pula, 3 buah kereta n semuanya anggota keluarga mertua termasuklah ipar duai dan seorang makcik (kakak ayah mertua), opah dan atuk yg join rombongan meminang n bertunang ni.

Sampai di Gua Musang kira-kira jam 6:00ptg. Singgah minum, solat dan terus ke pasar malam yg terletak di Felda Chiku 3. Dah sampai sini tak rare lah kalau tak cuba menu wajib orghe kelateee. Huhu. Lepas membeli belah beberpa jenis makanan untuk dijamu pada sebelah malam tu, weols terus ke Homestay yg terletak di Felda Chiku 2.
Malam tu lepas makan, Hanis dan mak mertua siap-siapkan dan touchup beberapa lagi hantaran yg belum complete.

 
Esoknye...
 

 

 
Sepupu asben, Kikie and his wifee, Yati. Pukul 6:00pg theyols bertolak dari Gombak untuk ke sini. Diorang ni meme orghe kelatee tapi tinggal n bekerja di KL
 

 
 
 
Rombongan meminang n bertunang kali ni tak ada warna tema. So, weols suami isteri pilih biru. Nasib baik tak haruu biruu.Hihi
Pukul 1:00tgh hari bergerak seramai 6 buah kereta ke rumah bakal tunang adik ipar termasuklah sepupu-sepupu asben, makcik dan pakcik asben yg menetap di Kota Bharu.


 


Semasa proses berunding untuk upacara meminang dan bertunang sedang dijalankan di dalam, weols yg muda-muda ni duduk di khemah makan sahaja. Bukan tak nak masuk, tapi taknak berasak-asak di dalam dan kami utamakan orang-orang yg lebih tua dahulu.
 
 
Selesai sessi bertunang dan menyarung cincin, barulah kitorang masuk untuk sessi bergambar dengan bakal adik ipar/biras baru.

 
 
  
Taraaa!!! Inilah bakal biras baru Hanis. Tak sabar nak dapat geng baru dalam family mertua. Sebab biras yg sebelum ni semua lelaki. So, tak ada geng nak berborak panjang n peluk cium bagai. Hamboi!!! Comey tak?

 Usai sessi menyarung cincin, kemudian sessi bergambar beramai-ramai ahli keluarga kami bersama tunang adik ipar Hanis.

 
 
 
 
 
 
Yg baju kelabu tu mak kepada tunang adik ipar Hanis, Izzati (tunang adik ipar), MIL saya dan nenek kepada tunang adik ipar.

 
Then, port untuk yg muda mudi pula bergambar bersama bakal ahli keluarga baru kiteorg.

 
 
 
 
Dalam banyak-banyak gambar, yg ni paling tak boleh blah. Boleh pulak Hanis posing ala-ala model mengalahkan org yg bertunang. Dahlah duduk paling depan pulak tu. Yg lain semua muka rileks je. Nampak sangat muka Hanis macam muka orang tak puas bergambar masa bertunang dulu. Hahaha...sape punye kerjalah yg ambil gambar ni erkkk!!!

 Sedang kiteorg semua tengah makan di luar...

 Adik ipar ambil alih port untuk bergambar bersama tunang dan ahli keluarga di dalam rumah pula.
 
 
 
Izzati bersama ahli keluarga dia.

 
 
 
 
Amboi ber'peace peace' lagi korang yer.

 
 
Makanan yg mereka sediakan memang sedap. Kebanyakkannya menu masakan org Pantai Timur sebab Hanis ada nampak ayam percik ala-ala Kelantan, solok lada, kerabu dan lagi 1 yg betul-betul Hanis tak pernah jumpa sebelum ni rojak buah ala-ala diorg.
Masa tanya Yati (wife sepupu asben) tu, ni apa? Dia kata ni rojak buah. Bukan Hanis tak pernah makan rojak buah sebelum ni. Tapi yg ni lain sikit. Just ada nenas dan segkuang. Kuah kicap tu cair sikit. Lepas tu diorg hidangkan banyak pulak tu dalam mangkuk besar mcm mangkuk nasi tu. Disebabkan ada nenas, Hanis tak makan pun. Tapi nasib baik tak makan, ada hikmah rupanya. Hehehe...
Dah, dah. Banyak sangat story pasal makanan. Nanti terliur pulak uols. Lepas makan kiteorg masuk semula ke dalam rumah untuk bergambar bersama semua ahli keluarga.
 
 
Alhamdulillah, selesai juga majlis ni. Walaupun nampak ringkas tapi tetap meriah. Teringat kenangan 4 tahun lepas masa Hanis bertunang dulu. Hohoho...

 
Last but not least...


 
 
Mestilah kena bergambar dgn hantaran sebab penat menggubah malam tadi tau. Sampai lewat-lewat kite tido. Okeh, I’m wearing blue dress with creaping lace and beads diamond. Lace dan manik tu pengalaman pertama Hanis jahit sendiri tau. Alhamdulillah, menjadi dan sempat juga siap sebelum majlis ni. Dress ni pula Hanis tempah dengan menggunakan kain yg sangat murah ilham daripada baju pertunangan Lisa Surihani. Nanti Hanis buat satu entry lain tentang dress ni okeh. Hahaha, tetiba!
Lepas bersalam-salaman dan ucap terima kasih pada tuan rumah, kiteorg bergerak pulang semula ke homestay.
Petang tu cepat-cepat mandi, solat dan meneruskan perjalanan ke rumah makcik asben di Kota Bharu sebab malam tu kiteorg akan bermalam di sana pula.
 
 
 
Sebelah malam tu weols sekeluarga keluar pula ke Wakaf Che Yeh ditemani sepupu asben dan wife dia.
Pulang ke rumah lebih kurang jam 1:00pg.

 
Esoknya...

 
Awal-awal pagi dah bangun dan bersiap-siap untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Kali ni weols akan meneruskan perjalanan ke Baling kedah iaitu rumah keluarga Abang Firdaus (asben kakak ipar Hanis).
Dari Kota Bharu ke Baling, Kedah mengikuti jalan Grik mengambil masa kira-kira 5 hingga 6jam. Kemudian singgah makan dan shopping sekejap di Grik. Banyak orang jual-jual pakaian murah-murah dekat sini. Hanis just cuci-cuci mata je sebab tak ada benda yg penting hendak dibeli.
 
 
 
Kemudian...

 
 
 
Singgah makan lagi di Pangkalan Jeti Tasik Banding. Sampai sekarang tak boleh lupa kuew tiaw goreng paling sedap Hanis pernah makan di sini. Konon-kononnya nak share dengan suami. Tapi habis sepinggan Hanis kerjakan sorang-sorang. Time ni nafsu makan membuak-buak. Sepanjang perjalanan selama 2hari dalam kereta mulut ni asyik nak mengunyah aje. Alahai...kenapalah agaknye ye?
Lepas makan weols meneruskan lagi perjalanan ke Baling. Jalan dekat sini memang sejuk dan nyaman je. Walaupun jalan yg berbelok-belok boleh buat orang pening dan muntah, tapi udara dekat sini memang nyaman dan dikelilingii dgn pokok-pokok hutan membuatkan kitorang tak guna penghawa dingin pun.

 
 
See, siap keluarkan tangan dari tingkap sebab nak rasa kesejukkan angin di luar. Macam otw ke Cameron hari tu pulak. Hihi.
Sampai rumah family Abg Daus pun dah pukul 5:00ptg. Singgah melawat ayah dia yg sedang sakit sekejap, makan dan tumpang solat, pukul 7:00ptg tu kiteorg meneruskan kembali perjalanan pulang ke Subang.
Sampai rumah malam tu lebih kurang jam 1:00pg. Ya Allah memang penat dan letih sebab 3hari perjalanan ni banyak masa dihabiskan dalam kereta je. Tapi paling best dapat makan banyak-banyak dan puas-puas. Hihi...
Lastly, nak ucapkan ‘Selamat Menempuhi Alam Pertunangan’ buat adik ipar Hanis, Riduwan dan Izzati. Semoga perhubungan kalian kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke akhir hayat. Semoga majlis dan perhubungan uols sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah s.w.t. Remember alam pertunangan adalah alam yg penuh cabaran. Hopefully uols sentiasa tabah dan kuat mengharungi setiap dugaan yg Allah berikan. Amin...
 

 
Alhamdulillah, selesai sudah 1 tanggungjawab :-)



 

2 ulasan:

  1. best bace cite u tue....pepun all the best hanis........

    BalasPadam
  2. salam. tumpang tanya. awak ade contact number tuan punya Homestay yg terletak di Felda Chiku 2?

    BalasPadam