Isnin, 27 Mei 2013

Hampir 3 bulan tanpa berblog

  
Assalammualaikum.
 
 
Ya Allah, rindunya nak berblog. Tak tau nak describe perasaan tu macam mana sekarang. Cewwah! Siriusly rindu sangat-sangat. Hampir 3 bulan blog tak berusik, hampir 3 bulan tak ada entry baru dan hampir 3 bulan blog ni usang, berhabuk dan bersawang-sawang bagai. Macam tuan blog ni tidur tak bangun-bangun je pulak selama hampir 3 bulan ni kan?
 
Bukan tak ada cerita yg nak dikongsi bersama. Macam-macam perkara berlaku hampir 3 bulan ni. Tak sabar I nak cerita tau uolsss. Haha..tetiba. Penyakit meroyan dah kembali. Hari tu hanya mampu buka blog sendiri dan baca je sambil tgk entry baru blog-blog favourite Hanis dekat sidebar blog ni. Bukan tak ada niat nak share cerita sama-sama dekat sini. Adaaaa dan banyak sangat-sangat uols. Tapi perasaan pening, loya dan nak muntah tu mengatasi segala-galanya. Ha??? Ok, nanti Hanis story kemudian ye.
 
Bila tengok jumlah pageview dan follower yg semakin bertambah, rasa sedih dan terharu pulak. "Eh, ada jugak orang nak jenguk-jenguk blog usang ni ye?" Yelah, dalam pada blog yg tak terkemaskini pun masih ada lagi pengunjung yg sudi buka dan follow. Tak taulah apa yg di cari dan tak kisahlah mayb ada sesuatu yg penting dan berharga buat uols semua. Terima kasih yg tak terhingga. Doakan Hanis sihat selalu ye. Salam sayang untuk semua!



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan