Assalammualaikum w.b.t
Syukur Alhamdulillah sekali lagi diberikan kesempatan dan kesihatan oleh Allah s.w.t untuk jari ini terus menari nari di blog ini dan berkongsi pengalaman paling indah dalam hidup Hanis bersama pembaca blog tersayang. Pertama sekali Hanis nak ucapkan syukur yg tak terhingga di atas nikmat dan rezeki yg Allah kurniakan kepada kami suami isteri dan keluarga serta insan-insan tersayang.
Seperti yg semua sedia maklum usia perkahwinan kami telah pun mencecah ke angka 2 tahun lebih. Secara jujurnya perasaan untuk mempunyai zuriat sendiri tu hanya Allah sahaja yg tahu betapa berharap dan teringinnya kami. Siapa yg tak nak anak kan? Lagi-lagi hasil daripada perkongsian hidup dgn insan tersayang dan dari darah daging sendiri yg halal. Bila tengok pasangan lain bawa bayi mereka, jangan kata Hanis tak terasa okeh. Bila ada suara-suara sumbang yg bertanya, jangan kata weols suami isteri tak sentap pula. Memang luarannya nampak kami ni slumber dan biasa-biasa je tapi dalam hati hanya Allah sahaja yg tahu. Biarlah suara-suara tu terus menerjah ke telinga ini kerana akhirnya pasti akan terdiam juga suatu hari nanti. Alhamdulillah masa yg ditunggu-tunggu itu tiba jua akhirnya.....
Sesungguhnya alam berumahtangga ini terlalu indah kerana dikurniakan suami yg terlalu memahami serta sentiasa memberi sokongan moral dan nasihat buat Hanis. Jatuh bangunnya Hanis, tak pernah sekalipun suami pergi meninggalkan bahkan dia sentiasa berada di sisi ini. Bila bercerita soal zuriat, suami tak pernah merungut walau sekalipun, namun dia sentiasa berfikiran positif dan beranggapan rezeki itu pasti ada tapi bukanlah hak kita untuk menentukan bila kerana Allah lebih Mengetahui bila Dia akan beri dan bila kita memerlukannya.
DOA, USAHA DAN TAWAKAL
Dipendekkan cerita, 3bulan sebelum disahkan hamil Hanis dah start ambil vitamin acid forlic. Sebenarnya dah lama kawan Hanis bagi petua ni since dari 4bulan selepas kawen dulu. Tapi tak tahulah masa tu tak tergerak hati langsung nak cuba. Tiba-tiba Hanis mesej suami minta dia belikan acid forlic dari tempat kerja. Diorang kata acid forlic ni bagus untuk menguatkan rahim dan menambahkan darah. Lagipun ianya boleh dijadikan vitamin harian kita bagi menambah selera makan. Almaklumlah Hanis ni memang susah sikit nak makan. Balik tu dah ada dah atas meja. 1 paket acid forlic mengandungi 60biji untuk sebulan. Tak sangka, cepat dan senang je hubby belikan.
Acid forlic. Rasanya semua acid forlic bentuk macam ni kan? Ada yg lain ke? |
Tak tahu datang dari mana, naluri nak jadi ibu tu kuat sangat. Tak cukup dengan makan acid forlic sahaja, start bulan tu memang Hanis memperbanyakkan buat solat hajat, solat taubat, solat sunat dan membaca al-quran. Dalam doa ni tak pernah putus-putus dan berharap semoga Allah mengurniakan kami cahaya mata dengan segera. Hujung bulan tu datang bulan lagi walaupun delay selama 10 hari. Tak mengapalah, mungkin belum rezeki kita lagi. Allah masih nak menguji kesabaran hambaNya ini.
Bulan berikutnya Hanis terbaca dalam internet tentang kebaikan buah zuriat@buah adam hawa. Buah ini dikatakan hanya terdapat di Tanah Suci Makkah dan keupayaan buah ini dapat membantu pasangan segera hamil dan mendapatkan zuriat dengan izin Allah s.w.t. Wallahua’lam. Secara jujurnya tak terfikir langsung Hanis nak cari atau mencuba buah ini. Memandangkan bukan senang nak dapatkannya. Taknaklah menyusahkan suami. Memang Hanis tak cerita langsung pun dekat dia ataupun sesiapa. Ditakdirkan suatu malam selepas suami Hanis balik kerja, terus dia cakap
Suami : Sayang tau tak buah adam hawa?
Saya : Tau. Kenapa?
Suami : Tak ada apa.
Saya : (Pelik) sambil mengerutkan dahi.
Tiba-tiba asben keluarkan sesuatu dari beg galas dia dan beri pada Hanis. Terus dia kata “Nilah buah tu. Kawan abang bagi. Abang tak pesan pun. Tiba-tiba dia bagi” Ya Allah, seakan tak percaya. Memang Hanis tak pernah sebut pada asben, tak pernah cari, tak pernah tanya, cuma baru terdetik dalam hati. Tapi Allah tu Maha Mengetahui. Dia mempermudahkan segala-galanya. Dia Mengetahui apa yg kita perlukan. Syukur Alhamdulillah. Then, bermulalah episod merebus dan meminum air buah zuriat tu untuk kami berdua. Acid forlic Hanis tetap teruskan seperti biasa.
Inilah rupa buah zuriat atau buah adam hawa tu. |
Kemudian cerita mengenai susu kambing pula. Memang weols bercadang untuk mencuba susu kambing segar yg dikisar dengan kurma. Tapi paham-paham jelah mana nak cari susu kambing segar tengah-tengah bandar ni. Kalau duduk di kampung pun belum tentu boleh dapat yg segar. Suatu hari Hanis dan suami nak menghadiri majlis perkahwinan kawan asben di Muar. Sebelum bertolak pagi tu sempat lagi kitaorg pergi cuci kereta di Subang, area-area rumah mertua.
Sedang menanti mat-mat bangla tu cuci kereta, kitaorg pun berjalan-jalanlah di kedai-kedai yg berhampiran dgn tempat car wash tu. Ternampak pulaklah iklan susu kambing segar ada dijual di situ. Terus kitaorg tanya pada owner kedai tu. Mula-mula order dulu 2 botol. Nak try dulu. Kalau ok baru beli lagi. Tak mahal pun. Sebotol baru RM5.50. Harga yg setiap orang mampu milik berbanding harga seorang zuriat bg kami :)
Keesokkan harinya mak mertua bagi kurma dari Makkah pula. Sedang elok-elok memang nak cari kurma dari Makkah. Nak blend sekali dengan susu kambing tu. Ni pun salah satu petua yg Hanis baca bagi memudahkan seseorang untuk mendapatkan zuriat. Seperti yg Hanis katakan tadi, bukan kita percaya 100%. Semuanya atas ketentuan Allah s.w.t. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. Selebihnya Allah yg tentukan.
Kemudian, bermulalah lagi episod memblend susu kambing segar dgn kurma Makkah tu. Hanis buat sorang-sorang coz masa tu asben tengah kerja. Bila asben balik je dah ready untuk dua-dua org minum. Masa minum memang rasa lain sikit. Rasa berminyak, manis dan loya. Walaupun Hanis dah biasa minum susu, tapi susu kambing fresh memang tak pernah cuba lagi. Telan jugalah sampai habis. Asben rileks je minum. Hanis ada juga merungut sedikit, tapi kena tegur dengan asben. Dia kata, kita nak sesuatu atas bantuan Allah. Kenapa perlu merungut? Ya Allah, malunya dan tersedar seketika.
Esoknya...
Jeng jeng jeng!!! Hanis cirit birit! Hahaha...mungkin sbb first time minum kot. Tapi syukur minum sekali je. Yg sebotol lagi tu sampai sekarang ada lagi dalam freezer tu kalau asben tak buanglah. Hujung bulan tu seperti biasa delay lagi period. Tapi Hanis tak meletakkan harapan terlalu tinggi. Lepas delay 8 hari, cik P datang bertandang. Perasaan biasa je. Just fikir, Allah nak uji kita agar kita usaha dan terus berusaha lagi. Acid forlic tetap Hanis teruskan. Bila makan, Hanis niatkan semata-mata agar Allah mempermudahkan urusan kitaorg suami isteri mendapat zuriat.
INDAHNYA PERANCANGAN ALLAH SELAMA 3 BULAN
Ye, genap 3 bulan, hujung bulan Februari tu patutnya dah datang bulan. Tunggu punya tunggu tak datang juga. Hanis tak pikir apa-apa pun. Cuma niat kalau ada rezeki adalah. Cuma bila asben tanya, Hanis jawab “Syuuuttt! Jangan tegur” tak pun “Maybe bulan ni lewat kot”. Lagi pun masa tu tak pikir langsung soal zuriat coz Hanis lebih tertumpu pada majlis pertunangan adik ipar. Masa pergi Gua Musang tu pun sebenarnya dah lewat lebih daripada 10hari!
Balik dari Gua Musang pun rasa biasa-biasa je. Tak check pun. Perasaan ni bercampur baur antara gembira dan sedih. Gembira jika hasilnya positif tapi sedih bila dapat tau ianya negatif. Jadi, kitaorg suami isteri ambil pendekatan untuk tunggu dan lihat dahulu.
16 Mac 2013, tarikh yg tak mungkin Hanis lupakan sampai bila-bila. Asben beli pregnent test kit. Asalnya Hanis ragu-ragu sebab tak confident langsung pregnant. Taknak, bila test nanti dapat result 1 line (negatif) perasaan tu lebih kecewa dari keguguran tahun lepas. Tapi, asben pujuk dan nasihat sampai bila kita harus berteka teki dengan sebuah persoalan dan jawapan yg selama ini kita nanti-nantikan. Cewah! Tengah hari tu selepas makan, Hanis memberanikan diri untuk test upt tu. Itu pun suruh asben yg letak urine tu dan Hanis terus pura-pura buat sibuk ke toilet. Taknak tengok.
Tiba-tiba asben jeril panggil nama Hanis. Dia tanya “Sayang kalau ada 2 line tu maknanya ape?”. Hanis dengan muka blur terus jawab “Entah, abang tengoklah dekat cover upt tu”. Jujurnya memang Hanis sendiri tak percaya apa yg ada depan mata tu. Hanis tengok laju je 2 line naik lepas asben letak urine dekat pregnent test kit tu. Warna antara C dan T sama merah pekat tak ada beza langsung pun. Tak sama seperti keputusan pregnent test yg gugur tahun lepas.
Perkataan pertama yg asben sebut adalah... “Sayang, awak mengandung???” dan perkataan pertama yg lahir di bibir ini hanyalah “Ya Allah, syukur Alhamdulillah”. Kemudian terasa panas mengalir butir-butir indah di pipi ni. Hanis bukan setakat menangis biasa-biasa je. Terus meraung teresak-esak depan suami sampai suami peluk dan cium. Percayalah, saat Hanis menulis entry ni pun air mata ni tak henti-henti mengalir. Terlalu terharu dan bersyukur di atas nikmat tak terhingga yg Allah kurniakan. Setahun selepas keguguran yg dulu kami nanti-nantikan, akhirnya Allah gantikan sesuatu yg ‘hilang’ dulu dengan sesuatu yg lebih baik. Tarikh yg cukup indah sempena ulangtahun perkahwinan kami yg ke-2. Inilah hadiah yg paling bermakna dalam hidup Hanis. Terima Kasih Allah. Terima Kasih Suami.
Hadiah ulangtahun yg paling bermakna dalam hidup :) |
PERTAMA KALI MENATAP JASADMU ANAK
Petang selepas dapat result tu, Hanis terus sujud syukur tanda terima kasih yg tak terhingga pada Allah s.w.t. Bermulalah episod baru dalam hidup Hanis dan suami. Petang sabtu tu balik rumah family seorangan di Banting. Namun, Hanis tak khabarkan lagi berita gembira tu pada ahli keluarga. Dah janji dgn suami nak bagi tahu sama-sama pada suatu masa yg ditetapkan nanti. Memanglah rasa bersalah. Tapi sebab dah janji terpaksa akur juga.
19 Mac 2013. Asben ajak ke klinik Fadzliana, Sri Kembangan untuk confirmkan kandungan Hanis. Sebelum pergi, asben beli lagi pregnent test kit. Hanis buat ujian tu sekali lagi dan ternyata keputusan yg tidak mengecewakan. Semasa di Klinik, doktor scane perut. Walaupun objek yg kelihatan tidak begitu jelas, namun titik hitam yg tergambar pada scanner klinik tu tetap menyatakan bahawa itulah zuriat kami yg telah 4minggu 4hari Hanis kandungkan. Alhamdulillah, Allah jadikan aku seorang wanita yg sempurna, boleh mengandung, boleh mempunyai zuriat sendiri, boleh merasai saat-saat menjadi ibu seperti wanita-wanita lain di luar sana. Perasaan tu hanya Allah sahaja yg tahu betapa terharunya sehinggakan sekali lagi mengalirkan air mata ketika pertama kali menatap jasadmu anak.
Alhamdulillah, Hanis berjaya menempuh saat-saat sukar ketika hamil. Trimester pertama yg penuh dgn dugaan dan cabaran. Berjaya juga mengharungi detik-detik ketika muntah-muntah, pening, loya, tak selera makan, berat badan turun mendadak, hb rendah, demam selsema tanpa makan ubat, pengsan ketika keluar sehingga terpaksa cuti bekerja selama 3 bulan. Kadangkala tumpah juga airmata ni tatkala menghadapi saat-saat sukar itu ketika katiadaan suami. Namun, kata-kata semangat, pelukan dan ciuman suami adalah kekuatan dan semangat kepada Hanis walaupun dia tak selalu ada di sisi. Bagi Hanis itu semua sudah mencukupi. Bila lihat perut yg semakin membesar, Hanis tahu ada satu nyawa sedang membesar di dalam rahim ini yg berharap agar ummi dia kuat mengharungi segala dugaan dan cabaran kerana sesuatu yg kita terlalu harapkan akan diberi sedikit ujian untuk melihat sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadapNya.
Second time scan di KPJ. Masa ni Hanis bleeding kira-kira baru 6minggu. Dalam hati ini merintih dan berharap dia kuat dan selamat. Alhamdulillah, doctor kata baby masih ok. |
Kali ketiga scane lebih kurang 7 minggu. Dah nampak bentuk macam baby kacang. Huhu. Baby pun dah ada heart beat. Syukur Alhamdulillah. |
Hari ini, 27 Jun 2013 genap sudah 5 bulan perjalanan mengandungkan zuriat pertama Hanis. Tiada apa yg Hanis harapkan melainkan agar kandungan ini membesar dgn selamat, sihat, sempurna, soleh dan solehah seperti anak-anak lain di dunia ini. InshaAllah, lagi 4 bulan kita bertemu ye anak. Terima kasih kerana sudi menjadi peneman setia ummi. Teman ketika makan, teman ketika tidur, teman ketika solat, teman ketika bersendirian, teman dikala sakit, susah dan senang. Sebelum mengundurkan diri, Hanis dijangka bersalin pada 14 Nov 2013 ni. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih juga pada pembaca yg sudi meluangkan masa untuk membaca coretan ini. Doakan yg terbaik buat kami ye. Amin Ya Rabbal Alamin...
“Bismillahhirrahmannirrahim...
Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yg menyembuhkan tidak ada penyembuh selain penyembuhanMu, penyembuh yg tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yg ada diperutku dgn rupa yg baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada RasulMu
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dgn mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat, sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dgn berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam
p/s : Mood serius cikit. Next entry kita gelak-gelak k.
Salam sayang,
Salam sayang,
Hanis... nina mengalir air mata baca entry ni. Xtahu kenapa... tahniah hanis. Jaga diri baik2 yea... doakan nina jejak langkah haniss pulak ;)
BalasPadamAssalam...
PadamTerima kasih NinaAz sebab sudi baca coretan Hanis ni walaupun panjang lebar ke laut..Hihi..
InshaAllah Hanis sentiasa doakan kebahagiaan rakan2 Hanis. Harap2 NinaAz pun sama2 dapat berita gembira yg d tunggu2 nanti.Amin...
zana yang baca entry ni pun menangis... sebak sangat..
BalasPadamzana doakan hanis & baby sihat selalu yer.. doakan ada rezeki Zana pulak lepas ni yer dear..
Thanks Zana... Alah entry merapu-rapu je ni Zana...panjang sampai ke laut pula..kesian korg baca sampai terpaksa mengalirkan air mata pula..huhu..(xpasal2 kan?)
PadamInshaAllah, Hanis sentiasa doakan Zana pun dapat berita gembira cam ni suatu hari nanti. Mayb berita yg lebih gembira dari ni... Sabar ye dear...InshaAllah janji Allah itu pasti...
alhamdulillah....indah perancangan ALLAH tu kn k.hanis..take care..jge mkn..jge dri...semoga dpermudahkan segalanya
BalasPadamtq sayang...doakan yg terbaik utk along, baby n family yer...
Padamsebak baca.. tahan2 jek cover line kt opis nih.. hihiiii...
BalasPadam