Isnin, 30 April 2012

Episod Deritaku Part 2 (KANDUNGAN ANGGUR)


Salam...

7 mac 2012 : Weols sekali lagi ke klinik Fuziah di Bukit Changgang untuk buat pemeriksaan. Kali ni ajak mak sekali.

Masa scane, doktor kata ada dot pada rahim tapi dia tak berapa pasti itu apa kerana teknologi scane dia tak berapa changgih. Doktor tu sarankan saya rujuk pada klinik pakar puan sbb blh scane rahim dgn lebih jelas.

Lepas doktor sediakan GL, saya, husb dan mak terus ke klinik pakar puan di Banting, Klinik Pakar Puan Noridah.

Sampai sana terus scane rahim. Kali ni lebih jelas. Dalam rahim saya terkandung 3 biji gugusan molar berupa buah anggur dan doktor suspect saya mengalami kandungan anggur.

Menurut beliau kandungan anggur merupakan janin kosong yg tidak bernyawa serta tidak berisi. Hanya gelembung-gelembung udara kosong ibarat butir-butir buih. Namun, saya perlu menjalani dnc sebab item ni membahayakan juga bila dibiarkan.

Bg saya yg selalu buat research tentang sakit puan menganggap ini adalah perkara normal dan akan berlaku pada sesetengah wanita. Namun bagi mak dan husb mgkin agak pelik.

Husb sempat tanya pada doktor bagaimana kandungan angur boleh terjadi. Doktor explaint ia terjadi apabila kromosom husb and wife tak seimbang lalu bersenyawa. Contohnya, macam wife yang menerima kurang dari husb yang memberi atau sebaliknya. Maka akan terjadilah butir-butir molar yang kosong.



Tgh hari tu, weols siap-siap dan bergerak ke Hospital Bersalin Razif di Klang atas suggestion Dr. Noridah. Masa otw, husb sempat buat lawak...

"Erm...terror tak saya sampai boleh buat kembar 3 sekali", kata hubby.

Bhahaha...sabar jelah.

Mayb dia tak nak saya risau.



Sampai sana, daftar nama dan jumpa doktor. Siriusly saya cakap layanan doktor-doktor sini mmg macam hampeh. Padahal hospital private. Tak sama macam hosptal private yg lain.

Doktor, jgnkan nak senyum, pandang pation pun jauh sekali. Nurse apatah lagi. Dua kali limalah
(Ouch!, sakit-sakit pun sempat nak mengata kan?)
Taklah, saya cerita ni untuk info korang je...

Setelah buat pemeriksan ritual dan scne rahim, saya bersetuju utk jalani dnc ptg tu juga sbb saya dah start puasa dari pagi mmg tak mkn apa-apa.



Pukul 3 masuk bilik. Ambil single bed sbb nak mintak husb jaga saya waktu mlm. Tak pernah-pernah masuk hospital.


Selalu pakai tag nama time pergi Sunway Lagoon dan WetWorld je. Kali ni guna tag utk admit hospital pula. Sampai sekarang masih simpan lagi buat kenangan. 

Wad 4 Perdana 

Okeh, hanya ditemani tv sepanjang disini.

Pukul 4.30ptg dibawa ke operation room. Ada seorg lelaki (mayb doktor bius). Tgk gaya tak macam doktor, serabut je. Naik takut lak. Then, nampak doktor yg scane rahim saya tadi siap-siap pakai shower cap dan apron. Dlm hati mayb doktor ni kot yg nak dnc saya nanti.

Start masuk ubat bius sambil borak-borak dgn org yg saya anggap doktor bius tu, terus tak sedar ape entah.




(Proses dnc bermulalah agaknya)




Sedar-sedar saya lihat jam didinding bilik operation pukul 5:05ptg. Rasa mcm ada org tutup kain dikaki saya.

Doktor bius tu pun kata semua dah selesai. Setengah jam shj? Oh, cepat betul. Saya sempat tanya pada nurse adakah benda yg dikeluarkan tu?

Nurse kata ada tapi sedikit je. Syukurlah dah selesai semuanya. 

Saya sedar dlm keadaan baik. Bila katil saya disorong ke bilik, saya lihat ada mak dan husb. Saya boleh berbual-bual dgn mereka macam biasa dan tak muntah pun.

Pukul 7:00mlm baru dapat minum dan jamah bubur. Ohsome, lapar gile seharian tak makan.


Ada orang kata dah macam dalam cerita Tentang Dhia pulak (^_^)  

Thanks hubby kerana sentiasa ada di sisi saya saat susah dan senang.  

Mlm tu tidur ditemani husb. Mak, abah dan adik dah balik rumah. Setiap 2 jam sekali nurse pantau keadaan dan check tekanan darah. 




8 mac 2012 : Esok paginya dalam pukul 8:00pg doktor dah datang check. Keadaan saya baik, bleeding pun dah tak ada dan doktor benarkan saya pulang tengah hari tu.

Pukul 11:00pg bayar bil, potong nama dan pulang.


Awak buatkan bfast untuk saya ye? Tak...awak tuangkan air yg dah siap tu je kan? kan?  

Tak selera...hanya membayangkan burger daging special fav saya. Aummm... 

Pengalaman pertama...

Okeh, nak posing comel jgk sebelum balik (^_^)


(Bermulalah episod berpantang di rumah seperti kebanyakkan orang keguguran)




10 mac 2012 : 3 hari selepas dnc, saya berpantang seperti kebanyakkan org lain yg bersalin dan gugur. Berurut, berbengkung, bertungku dan mandi air daun- daun herba untuk mengurangkan sakit-sakit badan. Yang peliknya ari-ari sebelah kanan saya tetap sakit macam masa mula-mula saya gugur tu. Bleeding tetap keluar tapi sedikit-sedikit.

Bidan yang urut saya suruh bertungku dgn garam kasar bagi mengurangkan rasa sakit tu. Tapi still tak hilang. Bleeding saya pula semakin pelik jadinya. Bila terlalu sakit di bahagian ari-ari kanan tu, bleeding akan keluar lebih berketul-ketul serta hitam.
(Sorry keterlaluan, just 4 ur info)

Saya diberi mc sehingga 13 mac 2012.




14 mac 2012 : Saya dan husb ke Hospital Bersalin Razif semula utk ambil keputusan ujian dnc saya last week. Dahlah tunggu lama disitu, masa jumpa doktor, tak sempat nak consult terus scane rahim saya bila saya kata saya sakit bahagian ari-ari sebelah kanan. Doktor kata rahim saya dah clear and maybe just muscle strenge akibat dnc last week tu.

Tak resional muscle strenge lebih dari seminggu sedangkan saya dah berurut dan bertungku.

Check pun lebih kurang, dan doktor tu boleh kata kalau perlu dnc lagi, kita akan buat. Mengucap panjang saya dan husb. Buat kerja carca marba ke? Ingat semua percuma? Sedangkan saya buat dnc disitu pun dah RM1312.00

Mahal kan? Kononnya kos dnc termasuk nak testing sample ke makmal dan jawapannya adalah 'NO PRODUCT!'
(Saya bukan mengalami kandungan anggur. Maybe gugur biasa)

Alhamdulillah, sebab saya tak ada simptom- simptom tu.



TAPI...



1st time saya jumpa doktor yg hanya bg result di luar bilik doktor di tengah-tengah org ramai. Bg saya mmg biadap dan tak profesional. Hospital gov pun tak macam ni. Sungguh teruk!

Bila dah layan pation pun dikerusi menunggu di luar sahaja, mcm manalah saya dan husb nak dptkan consult dia dgn lebih privacy. Banyak perkara yg sepatutnya weols nak tanya pun terpaksa lupakan sahaja hasrat tu. Dahlah menunggu terlalu lama. Ermmm...ntah apa-apalah.

Setelah bayar bil, terus balik rumah dalam keadaan yg masih sakit dan tak stabil. Doktor pun hanya bg mc untuk hari tu je (14 mac 2012)




15&16 mac 2012 : Saya terpaksa ambil anual leave sebab keadaan belum stabil lagi. Perut dan pinggang sebelah kanan ni pun masih sakit.



*bersambung keepisod seterusnya*



3 ulasan:

  1. sungguh kuang ajar hospital prvt tu!!!da lah mkn duit org at list btlah yg trbaek...!!die pk bdn kite nie patung ke suke2 bt mcm tu!!ish geram plak...skrg nie if pg klang n lalu kt hsptal tu misti kne sumpah seranah ngn sy..xsuke tol!!!katekn tidak pd hospital razif!!huuuu

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Sekarang sis cmne? Adik saya alami 2 kali kandungan anggur, dan kali ni dia keguguran ,sediih saya pkkan keadaan adik sy.

    BalasPadam