Assalammualaikum
25hb feb 2012 : Bangun pagi berbual-bual dgn hubby sbb dh sebulan badan rasa lain mcm. Tp Alhamdulillah saya tiada apa-apa alahan pula. Cuma nafsu mkn meningkat dan membuak-buak.
Weols buat upt test dan keputusannya +ve. Syukur sgt-sgt sbb nilah yg kami tunggu-tunggu selama ni. Nampak riak kegembiraan pada wajah husb. Love u so much hubby....
Malam 25hb feb 2012 : Kusangka panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tgh hari. Start bleeding. Ya Allah petanda apelah agaknya. Saya tetap sedapkan hati. Terus call hubby, tapi dia suruh saya relaks dan jgn stress. Mmg awalnya saya tak terlalu berharap. Cuma sedih mengenangkan suami yang terlalu ceria siang tadi.
Siapa tak gembirakan?, setiap perkahwinan pasti mengimpikan cahaya mata buat penyeri kehidupan mereka. Tapi bukan milik saya dan suami.
(~_~)
Ahad 26 feb 2012 : Pagi-pagi lagi husb dari Subang datang, kebetulan masa tu saya di rumah mak. Weols pergi klinik berhampiran. Masa doktor says " Tahniah", saya tetap dengan muka blurrr. Tak nak harap ape-ape dah. Nak sedih pun bukan Allah boleh kembalikan apa yang tak saya miliki lagi. Saya hanya berdoa dan redha dgn setiap apapun ujian yang Dia nak beri. Alhamdulillah, ya Allah sungguh besar rahmatMu.
Doktor kata tak boleh scan lagi sebab terlalu muda. Maybe baru 5 minggu. Dia beri ubat tahan sakit dan vitamin acid forlic untuk kuatkan rahim.
Isnin&Selasa esoknya saya kerja seperti biasa. Bleeding tetap keluar makin lama makin banyak.
Saya pasrah andai apa-apa berlaku pada saya.
(~_~)
Rabu 29 feb 2012 : Weols sekali lagi pergi klinik untuk buat pemeriksaan lanjut. Kali ni pergi klinik pakar puan di Subang Permai pula. First sebab kakak husb pun pernah gugur dulu. Dia pergi check kat klinik ni dan buat dnc di situ jg.
Masa doktor scan dan selepas buat upt test sekali lagi, dia kata yg saya tak pregnent. Dan upt test kami last week tu salah dan hanya illusi. Boleh pulak cam tu. Padahal yang check tu bukan calang- calang doktor. Gynee kot. Yelah illusi...
Maka dia charge RM80. Melayang duit hubby.
And b4 that, doktor consult teknik nak dpt baby. Tapi tak perlulah saya story mory disini. Malu pula nak cerita n i think all off people know about that.
And yg paling best doktor tu kata "If 6 bulan lagi u tak pregnent juga, dtg semula ke sini n kita akan check kesuburan pula". And dia btl-btl sure saya akan mengandung next tyme.
'Erm...iyekan ajelah.'
Balik rumah lepas mkn ubat, saya terus rehat dan bleeding keluar banyak dan teruk sgt. Sampai rasa fobia nak ke toilet. Hubby pula dah pergi kerja. Kesian dia yang selalu terkejar-kejar disebabkan saya. Yelah...tuntutan kerja pun harus diutamakan. Itu periuk nasi kami.
1 mac 2012 : Pagi tu husb dah pergi kerja. Rasa badan lemah dan tak larat sangat.
Mulanya nak ambik half day, tapi rakan-rakan sekerja sarankan saya ambik mc je terus.
Siap-siap dan gerak ke rumah mak di Banting.
Sebelum tu singgah klinik berhampiran yg 1st time saya pegi checkup hari tu.
Saya explaint pada doktor dan doktor bagi saya mc 2 hari.
4 hari bermula khamis hingga ahad tu memang saya rehat di rumah mak sahajalah.
Yg peliknya masa start saya bleeding teruk tu pinggang sebelah kanan dan ari-ari senbelah kanan saya mula sakit. Macam ada seketul bola pimpong disitu. Tp bila pegang-pegang mmg tak ada beza pun antara kiri dan kanan.
5 mac 2012 : Isnin saya pergi kerja seperti biasa dari rumah mak. Mesti kena balik juga rumah kami di Sri Kembangan sebab hari ni ulang tahun pertama perkahwinan kami.
Dalam hati " Tak sabarnya nak jumpa suami saya!!!"
Saya balik kerja ptg tu dlm keadaan lemah. Bleeding masih teruk, cuma kurang sedikit dari 29 feb tu. Mlm tu sempat juga saya masak lauk fav hubby, ayam masak merah. Then, tak sangka dia balik bawa kek dan hadiah utk saya. Simple celebration tapi cukup bermakna bagi kami.
Sekali lagi "Hubby, saya sayang sangat pada kamu!"
Esoknya saya kerja seperti biasa walaupun dalam keadaan sakit. Tetap gagahkan diri okeh.
*bersambung keepisod seterusnya*
salam hanis, boleh bagi maklumat klinik di subang permai tak? izham - 0123658936
BalasPadam