Isnin, 13 Ogos 2012

Iftaar at Pan Pacific Hotel


Assalammualaikum


Iftaar 1433H 
at : Pan Pacific Hotel KLIA
on : 2 August 2012


Syukur ke hadrat Illahi...
Seperti kebiasaan setiap tahun apabila menjelangnya bulan ramadhan, abah akan membawa kami sekeluarga untuk berbuka di luar. Maknanya berbuka di hotel mewah atau resort-resort mewahlah. Yahuuu!!!!


Terbayang daku akan makanan yg hebat-hebat, lazat lagi sedap dengan pemanis mulut yg buat jantung berdegup kencang apabila melihatnya. Nak Walawehhh je ayat aku kan! Hahaha. Padahal weols sekeluarga bukanlah jenis yg kuat makan. Makan pun cukup sekadar memenuhi syarat kriteria perut masing-masing.
Tapi, peluang sebegini tidak harus dilepaskan kerana ianya adalah PERCUMA


Percuma?


Ye...percuma. Sebab ianya ditaja oleh kontraktor yg dapat tander di Syarikat tempat abah bekerja. Syukur, Alhamdulillah...

Awal-awal lagi abah akan remind anak-anak menantu dia untuk pergi berbuka sama-sama diluar. Saya dan adik-adik dah save the date sebab taknak ada apa-apa program lain yg mengganggu iftaar kami nanti. Abah pula dah siap-siap reserve lapan nama kami sekeluarga termasuk asben saya. But, very-very sadly bcoz asben tak dapat join kerana urusan kerja yg tidak dapat dielakkan dan seorang lagi adik lelaki saya yg sedang belajar. Rugilah weyhhh!

Maka, tempat mereka diganti dengan Timah (bakal adik ipar kitaorang muhehehe)



Aktiviti wajib. Bergambar sebelum masuk ke dalam hotel.

Weols sampai di sana dalam pukul 6:45ptg. Ngam-ngam masa untuk mengambil makanan dan berbuka puasa. Tapi ramai juga kawan-kawan abah yg lain telah memenuhi meja dibahagian hadapan. Then, weols pilih tempat yg agak hujung-hujung di belakang sedikit but view kat sini lebih romantiks dan gelap-gelap gitu. Nak makan macam mana keadaan sekalipun tak kisah sebab bukan tempat tumpuan orang ramai atau tempat orang lalu lalang. Hihi...

Perkara pertama adalah mengambil seberapa banyak makanan yg boleh muat masuk ke dalam perut engkau..Hahaha...


Sabar kay...belum azan lagi :)

Our deserts. Yummeh!

For me...

Sementara menunggu waktu berbuka, harus snap beberapa keping gambar dulu... Berikut adalah raut wajah kesayangans saya yg sedang kelaparan. Hihi...


Maa dan Abah
~Kesayanganku~

Sweet couple yg tak perlu diperkenalkan lagi :)

Alolo...dgn si cuwit sangat.


Siblings...

Adik memang elergic dengan camera. Boleh kena resdung katanya. Hahaha...

Tak pernah bergambar dgn abah berdua. Ni kira 1st time laa...Ahaks!

Lepas makan, sambung desert pula. Adik-adik ada yg dua tiga kali round ke tempat mengambil makanan. Buffetlah katakan. Ambiklah seberapa banyak manapun. But, make sure segala apa yg diambil harus dimakan untuk mengelakkan pembaziran. Tapi lastly saya punya kebab jugak yg tertinggal sebab perut memang dah full gile. Ha, tamak lagi!


:p

 Totally makan di sini memang banyak dan sedap-sedap. Itupun banyak lagi sebenarnya yg saya tak sempat nak rasa macam laksa, mee bandung, fresh seefood wif salad, spegeti, shushi dan bermacam-macam lagi. Bukan apa, perut ni dah sarat sangat dah. Lagipun saya bukan jenis yg kuat makan. Rasa rugi pula asben tak dapat join sebab dia adalah penggemar lamb chop. Adik ambil lamb chop pun tak makan sangat. Muhehe...

Kemudian, adalah sesi bergambar bersama ahli keluarga. Teheee...


Uncomplicated. Tak apelah tahun depan kita cukupkan semua ahli keluarga ye.

Muka semua bila sudah kenyang.

Masa tu dah pukul 8:00mlm. Apabila semua dah selesai makan, abah ajak kami semua gerak ke surau untuk menunaikan solat fardhu maghrib. And then terdengar yg mak kata "Nak tengok baby kejap". Pelik jugak, baby mana? Rupanya anak kawan abah yg sama-sama kerja. Last year masa saya masih bertunang, kitorang ada attand wedding kawan abah ni. Ada dengar juga cerita yg wife dia (kawan sekerja abah juga) dah bersalin. Sekali tengok baby dia...



...



...




Aloloooo...montel gilerrr...!!!

Gambar ni saya snap masa abah nak ngkat dia.

Tak tahulah berapa weight baby ni. Yg penting dia baru 4 bulan. Geram and masing-masing semua nak pegang dan cubit-cubit pipi bambam dia tu. Semua siblings teruja nak dukung baby ni. Boleh pulak our family buat havoc kat table parents baby ni dan bergambar-gambar bagai tak hirau orang sekeliling pandang ke happe sampai mengganggu perjalanan waiters kat sini and weols kena sound sekali "Excuse me!". Bhahaha...

Masa seorang waiter ni lalu dengan bawa dulang besar berisi timbunan pinggan-pinggan kotor, rasa sipi-sipi dulang tu melayang tepi kepala saya. Dahlah tengah dukung baby gemoks ni. Sempat mengelak dan cover kepala baby ni dengan tangan. Nasib baik tak kena dia. Kalau tak, I saman u in court! Hahaha...

Soo Sweet bila my maa nak letak dia dalam stroller, dia genggam dan tarik baju maa kuat-kuat tak nak lepas. Ooo...cerdik ye, nak ikut orang berjalan je. Lastly bagi dekat papa dia, baru nak. Erm, rasa nak kidnap je kau budak kecik yg gomoks!

Pas dukung tangan rasa lenguh-lenguh. Hahaha...uols dapat agakkan cam mana montelnye baby ni kalau dah sampai tangan lenguh-lenguh.

Kemudian masing-masing bergerak ke surau dan pulang ke rumah. Bukan terus pulang, maa ajak jalan-jalan lagi terus ke Banting dan Morib. Al-kisahnya ada festival apa ntah kat Morib dipenuhi dengan kaum-kaum India. Dipendekkan cerita weols tak jadi lepak Morib malam tu. Berdesuppp terus abah drive ke Restoran Juvita. Makan lagi??? Ya Allah, manalah nak letak ni. Pekena lagi ABC, laici kang dan sate. Uols boleh bayang tak betapa saratnya perut saya ketika itu??? Bukan sarat sebab hamil ye :)

Apa-apa pun, saya tetap enjoy. Thanks family :)



* * *




p/s : Kadang-kadang Allah beri berbagai-bagai ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita terhadapNya. Ada ujian yg memeritkan dan ada juga ujian yg menggembirakan. Namun, bertabahlah wahai hati apabila menghadapinya...

Will be update soon...


Thanks for Reading
(~_~)


1 ulasan:

  1. eh gmbar sy pon ad lah..hiik thankz sume sudi jemput skli....mmg best sgt join kt ctu....mmg bnyk plihan makanan...wlaupon ble da blek rase mnyesal lak coz bnyk lg yg x mkn...hiiik..dalam kite sdang brgembira..kite tlah dpt dugaan laen plk..cian mak...

    BalasPadam