Assalammualaikum w.b.t
Hari ni adalah hari terakhir bekerja sebelum cuti beraya. Keadaan ditempat kerja pun dah sunyi sepi. Ramai dikalangan kawan-kawan yg mungkin telah berada di kampung halaman masing-masing. Hamboi! kemain korang yer :-)
Semua orang dah post kad raya digital masing-masing dekat fb, blog mahupun tweeter. Saya pula baru hari ni berkesempatan nak godek-godek pc, photoscape, adobe photoshot dan google. Hihi....
And now, nak releasekan kad raya digital yg saya baru buat tadi. Hehe...hengat korang je haddo!
Dua keping cukuplah yo? Nanti pening pulak uols nak pilih yg mana satu. Bajet :-)
Dikesempatan ni Hanis dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin sekiranya ada perbualan kami yg mengguris hati mana-mana pihak atau ada perbuatan kami yg melampaui batas. Di bulan yg mulia ini sama-samalah kita bermaaf-maafan. Buang yg keruh dan ambil yg jernih.
Semoga kehadiran Syawal yg dirai memberi seribu rahmat dan kegembiraan buat kita semua. Dalam kita berseronok dan bergembira, janganlah kita lupa pada insan-insan yg serba kekurangan diluar sana.
p/s : Tahun ni beraya di rumah keluarga asben di Gombak. Mood, sayu sebab tak pernah beraya di hari raya pertama selain bersama keluarga sendiri. Tapi, tetap rasa happy kerana suami sentiasa ada di sisi dan nervous sebab ini adalah pengalaman pertama beraya bersama keluarga baru saya. Hopefully raya kali ni lebih meriah. Amin...
Thanks 4 Reading
SELAMAT HARI RAYA!!!
selamat hari raye aidilfitri fiza..jempotla dtg uma nnt ye..
BalasPadamslmt hari raye kakak ku sayang :)
BalasPadamdan selamat jugak beraye di umah mertua.hehe
selamat hari raya hanis.. maaf zahir dan batin.. jemputlah dtg rumah zana & abg adiey yer..
BalasPadam