Assalammualaikum dan Salam Ramadhan
Hai guys, 6 hari lagi sebelum menjelangnya Aidilfitri. Mesti masing-masing tengah happy prepare untuk persiapan raya kan? Pasti ada yg tengah shopping, buat biskut raya, kemas rumah dan bermacam-macam lagi aktiviti. Sejak 1 Ramadhan lagi aktiviti seharian dan jadual kerja saya terlalu padat. Setiap hari rasa terkejar-kejar ke sana ke mari. Minggu terakhir sebelum Aidilfitri pun saya masih di tempat kerja menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja. Ditambah pula dengan macam-macam dugaan dan ujian yg datang menimpa kami sekeluarga satu persatu. Tapi saya redha dan pasti setiap kejadian ini penuh dengan hikmah yg tersembunyi. Hanya Allah yg Maha Mengetahui.
Syukur sangat-sangat, tiba-tiba projek datang bergolek-golek sejak dari awal Ramadhan lagi. Tak menang tangan dibuatnya. Mungkin Allah beri rezeki raya. Kata orang, rezeki jangan ditolak. Saya terima satu persatu dengan hati yg terbuka, dengan tanggungjawab yg tergalas dibahu dan saya jalankan amanah itu sebaik yg mungkin. InshaAllah. Setakat ini 4 job dah sattle. Cuma payment je yg belum saya terima. Job yg coming soon dan yg pending harap-harap lepas rayalah sebab budak-budak saya semua dah tak larat nak buat kerja lagi-lagi waktu hujung-hujung bulan puasa ni. Masing-masing dah eksited nak beraya katanya. Sabar ye geng, imbuhannya akan saya berikan sama rata bila dapat nanti. (Ermm...yg ini mesti uols semua pelik kan? Cakap sorang-sorang ke aku? Nanti saya update juga ^_^)
Buat masa ni memang saya tak sempat nak ceritakan totally satu persatu. Ada masa nanti saya story step by step ye. Sepintas lalu buat tatapan bersama...
2 Ogos 2012. Iftaar di Pan Pacific Hotel KLIA
* * *
Kejadian hampir meragut nyawa 5 Ogos 2012
* * *
Kejadian sedih 8 Ogos 2012
* * *
Iftaar lagi di Nilai Spring Golf Resort pada 10 Ogos 2012
* * *
p/s : Minggu terakhir di bulan Ramadhan ni marilah sama-sama kita tingkatkan amalan dan ibadah. Semoga kita memperolehi ganjaran yg baik di malam seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Amin ya Rabbal Alamin...
Ikhas dan terima kasih kerana sudi membaca.
alhamdullah...pjam celik dekat sebulan kita brpuasa..dan dlm sbulan tu bnyak yg tejadi...syukur pd allah atas nikmat rezeki yg mlimpah untuk k.hanis skuage...jgn lpe duit raya tok shaye jgk ye..hiiik
BalasPadamHehe
BalasPadamAlhamdulillah...
Alamak...duit raya??? Cabut....!!!