Assalammualaikum…
Sejak 1 Ramadhan, tiba-tiba kerja menjadi semakin banyak.
Complaint semakin bertambah. Bila ada kerja ter’pending’ walau sekejappun akan
menjadi semakin membukit-bukit. Huh ~_~ penat…
Ramadhan kali ini memang banyak mengajar erti kesabaran.
Bukan sekadar kesabaran akibat kelaparan dan kehausan (hihi), tapi kesabaran
menahan penat dan lelah menjalankan tanggungjawab yg menggunung. Disebalik
kepenatan itu, rupa-rupanya ada hikmah yg tersembunyi iaitu Allah nak beri rezeki berganda…
Syukur Alhamdulillah…
Syukur Alhamdulillah…
Maka, setiap tanggungjawab yg digalas haruslah dilakukan
dengan seikhlas yg mungkin. Lagi-lagi bila terfikir pasal $$$ yg masyukkkkkk-kata
kawan-kawan. Hekhek…
Sekarang dah boleh running kerja-kerja luar sendiri. Tak
perlu nak harapkan org lain atau ketua yg kaut untung atas angin lagi. Lagipun
rugilah. Kita dan budak-budak buat kerja penat-penat, tapi orang lain yg goyang
kaki pun kaut imbuhan dan ambil kesempatan ke atas rezeki kita.
Masa mula-mula dulu memang tak tahu apa pun. Tau ini rezeki
dan job luar . Means, kalau buat dapat duit. Proses hantar sebut harga, deal
dengan client, beli barang, hantar delivery order dan inbois pun suruh orang
lain yg buat. Rupa-rupanya tak susah manapun nak running semua ni sendiri.
Pernah juga sampai kena tipu, buat-buat kerja tapi tak dapat payment sebab
orang tengah tu yg tak bayar. So, belajar dari kesilapan lalu. Kadang-kadang
orang yg baik dengan kitapun boleh kabur mata bila nampak duit. Duitlah
katakan…
Mula-mula tu belajar dari orang-orang yg mahir. Bila
orang-orang mahir tu tinggalkan kita, (means, ada yg berhenti dan sebagainya)
jangan anggap rezeki kita terputus hingga di situ sahaja. Gunakan ilmu yg di
tinggalkan kepada kita sewaktu sama-sama buat kerja dulu. Buat step by step.
Kalau tak tahu kena bertanya dan anggap kita tak tahu. Jangan sombong diri
mengatakan kita tahu dan pandai, walhal kita adalah sebaliknya. Bagi saya tak
malu mengaku yg kita tak tahu dan banyak bertanya. InshaAllah lama-lama kitapun
boleh jadi sehebat orang-orang yg mahir tu. Yg penting hati kena ikhlas dan
jujur.
Sekarang dah tak sesusah zaman masa mula-mula buat kerja ni dulu
sebab dah ada business-partner yg jujur untuk tumpangkan nama company dia dalam projek-projek saya.
Semuanya saya buat sendiri termasuklah jumpa client, tetapkan harga projek, cari barang,
sampai buat kerja pun saya sama-sama turun side dan buat dengan theyols. Jangan
tak percaya perempuan yg berbaju kurung pun boleh buat kerja-kerja wiring,
tarik cabel dan troubleshoot tau. I love it and enjoy it. Tipulah kalau saya
kata tak penat. Penat memang penat, tapi rasa berbaloi-baloi. Hehehe.
Atas kepercayaan masing-masing antara saya dan
business-partner, cop company pun dia bagi satu copy untuk saya bagi memudahkan
urusan penghantaran dokumen kepada client. Bila payment masuk pun tak perlu
bersusah payah merunut macam peminta sedekah hari-hari. Cepat je dia bayar
balik. Teringat masa guna nama company orang lain dulu, kerja sattle tapi tuan
punya company tu punyalah looorat nak bagi balik payment. Padahal duit kita tew!
Alhamdulillah. Bukan nak kata gaji bulanan tu tak cukup.
Cukup sangat-sangat. Tapi bila dapat job macam ni rasa bertambah-tambah happy
sebab sambil dapat side income, boleh juga tolong kawan-kawan lain untuk buat
side income sama-sama. Lagipun side income ni bukan jenis MLM atau pelaburan yg
kita tak nampak dari mana hasil duit tu. Kerja ni ibarat macam berniagalah
juga. Keluarkan modal untuk beli barang, letak harga, kemudian buat kerja
mengikut spek yg dikehendaki dan bila dah sattle semua dapat duit. Totally
memang puas hati sebab duit yg datang tu dari hasil titik peluh sendiri. Alhamdulillah...
Sharing is Caring
Bye ^_*
p/s : Senyum lebar muka makcik kat atas sebab kerja dia MENGARAH aje! Hahahaha...
kak anis..
BalasPadamrindu la time dulu2 buat keje same2 T__________T
nk join projek jgk leh tak ? haha
Haha...InshaAllah boleh syg...2lah, akak pun rindu time buat projek sm2 dgn kwn2 kerja lama dulu..best kan? Skrg dapat projek kecik2 je Ida. Nanti kalau dpt yg big2 akak ajak share sama2 eh...hihi...
BalasPadamyeaahhh ! jgn lupe taw kolling2 ida ehh..hehe..
BalasPadamtp alhamdulillah kn kak...rindu same geng2 dulu :)
masyuk la kan.. leh tmbh duit poket utk shopping..
BalasPadam