Rabu, 28 Disember 2011

♥ 10 Termanis 2011 ♥


Assalammualaikum


Tinggal beberapa hari saja lagi kita semua nak meninggalkan tahun 2011. Yup, tahun yang penuh dgn kenangan manis, memori suka duka dan penuh emosi (ceh!) sepanjang hidup saya. Tahun di mana status berubah daripada anak dara ( yaww!) kepada mak dara (eh belum lagi laa..) ops! puan kepada En Mohamad Rizal (bangga seyyhh suami aku baca).
 Hahahaha...(gelak sesorg)

Sayangnya nak tinggalkan tahun ni. Sayang sebab umur semakin meningkat dek faktor penuaan yg semakin ketara ^_^ Sayang sebab tahun ni masih lagi belum setahun usia perkahwinan. Jadi masih dialam pengantin baru@mood honeymoon agi. Sayang sebab tahun depan umur dah masuk 27. Ye 27 kak!!! Malu nak sebut. Masih terperasan dgn angka 26 lagi...hehehe ^_^

Act, kami sekeluarga memang tak pernah celebrate tahun baru pun. Even dah kawin pun masih tak sambut sebab Hubby saya sibuk bekerja dan balik rumah dah penat-penat mestilah nak tido. Bagi saya yang dah berlalu biarlah berlalu. Simpan kenangan itu baik-baik dan kemas-kemas dalam lipatan ingatan. Itu pun kalau aku ingat lagilah. Memory manusia ni memang sentiasa kana purge n refresh setiap masa kan. Sebab otak kita ni bukanlah memory card 8 gigabite ke..32 gigabite ke..atau macam external hardisk yang boleh simpan byk lagi data serta susah di hinggapi virus. Okeh berhenti merepek!

Jadi ini antara entry-entry terakhir saya sebelum kita semua meninggalkan tahun 2011. Entry memory termanis sepanjang 2011. Ini adalah apa yang termampu saya ingat dan tulis. Memang banyak sangat pekara yang suka dan duka terjadi tahun 2011, tapi tak semua saya nak letak dalam entry ni. Sebab kalau nak listkan semua, sampai tahun 2013 pun tak tahu sempat siap ke tidak ^_^



 My big day preparation

Sepanjang awal tahun antara Januari-Februari adalah masa yang paling sibuk buat saya&keluarga. Untuk membuat persiapan perkahwinan bagi keluarga yang tiada pengalaman sebenarnya agak rumit&berhati-hati. Bukan nak buat grand-grand pun. Cukuplah sederhana asalkan meriah. Tak sangka uols, saya dah besar panjang dan nak kahwin dah pun.
^_^

Tempat shopping barang kahwin paling fav adalah Nilai 3. Kalau pergi sini confirm 3 jam tak pernah cukup punya.

Semua kalau boleh nak buat sendiri expecially barang hantaran. Sebab masa bertunang dulu saya tempah je semua. So, sebagai kenang terindah saya ilhamkan dgn hasil kerja tangan merapu saya buat bakal suami. Ceh! Yelah, kahwin sekali je seumur hidup. InshaAllah. Bukan lepas ni boleh buat lagi pun. Kata orang kalau nak puas hati baik semua buat sendiri. Tu pun kalau tangan kau kreatiflah ye noksss… ^_^

Dari hantaran, baju nikah, hiasan bilik tidur, tempah andaman, tempah khemah, tempah masakan, goodie bag dan lain-lain semua saya dan family buat sendiri. Memanglah rumit. Tapi Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan.

Saya sangat terhutang budi dan tenaga pada family expecially Mak. Sebab merekalah yang byk membantu saya sampai tak tidur malam. Lagi-lagi sehari sebelum saya kahwin. Terima Kasih keluarga. Saya sgt menyanyangi kamu semua. Kamulah orang yang selalu menjadi tulang belakang saya dikala susah mahupun senang. Sayang sgtsgt…

* Nanti saya buat entry khas pasal preparation wedding saya okeh. Bolehlah kita share sama-sama. Itupun kalau uols sudi bacalah ~_~



Saat aku menjadi tulang rusuk kirimu

Sebenarnya bukan senang parents kita nak lepaskan anak perempuan mereka pada org lain. Walaupun org tu kita kenal hati budi dan tingkah lakunya namun, hati ibu bapa mana yang tidak sedihkan. Ibu yang melahirkan dan ayah turut sama membesarkan, memberi pendidikan sehingga kita berjaya mendapat pekerjaan dan pegang duit sendiri. Bila dah besar senang-senang nak bagi pada org lain pula. Tapi tak kan nak simpan saya sampai ke tua pula. Hidup ni umpama roda yang sentiasa berputar. Sejak lahir, bayi, kanak-kanak, dewasa, kahwin, beranak, bercucu, tua dan akhirnya mati. Dah jadi lumrah sejak azali dan semestinya kita ni semakin lama semakin tua. Mana ada org yg makin muda kan uols. Botoks bolehla sorok muka tua tu, tapi kalau usia mana boleh. Dam!

Alhamdulillah, cinta kami direstui keluarga. Tanggal 5 Mac 2011 saya sah menjadi isteri kepada  Mohamad Rizal Abdullah Puzi dengan hanya sekali lafaz.  Kini bermulalah fasa baru dalam kehidupan saya.Berkat doa kami sekeluarga Allah permudahkan segalanya.
Ya Allah, the best moment in my life. Tak mungkin semua ni berulang kembali. I Miss so much this time. I’m really-really appreciate about that. Lot’s of LOVE





Resepsi perkahwinan saya

Our reception on 6 Mac 2011, salah satu kenangan termanis buat saya pada 2011. Berjalan di hadapan ratusan tetamu menjadi raja sehari…Ouch! Sungguh manis buat saya dan suami. Alhamdulillah Allah permudahkan sekali lagi segalanya dari awal majlis hingga ke akhirnya. Perasaan semasa menjadi raja sehari sungguh mengharukan apabila rakan-rakan yg jauh mahupun dekat ramai yang datang. Penat sedikit tidak mengapa, asalkan berbaloi-baloi. Berkat Abah membacakan surah Yassin selama 44 hari, Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan sempurna. Perfect! cuaca pun menyebelahi kami. Tetamu yang hadir tidak dijangkakan…terlalu ramai. Syukur saya sekali lagi ke hadrat Allah s.w.t. Inilah pengalaman termanis bukan sekadar utk tahun 2011 malah untuk seumur hidup dan tetap saya ingati sampai bila-bila. Terima kasih Allah kerana memperkenankan doa saya. Amin…



Jamuan perpisahan Team Maintenence Unijaya 2008-2011

Saat saya masih lagi merasai kemanisan alam berumah tangga, terpaksa pula kehilangan rakan-rakan sekerja yang sgt sporting dan gila-gila bak kata org sehati sejiwa. Kontrak kami akan tamat akhir bulan April 2011, namun tidak semua yang diterima kembali utk bekerja dengan company yg baru. Yang terpilih termasuk saya dikira Alhamdulillah, yang kecundang terpaksalah membawa haluan masing-masing.

Suka dan duka sepanjang 3 tahun usia kenangan kt bersama akan saya abadikan dalam ingatan. Lepas ni dah tak nampak lagi wajah rakan-rakan yg saya rindui. Ceh!
Walau di mana jua kita berada, kita tetap saling mengingati. Good luck guys. Hopefully u ols success dalam apa jua pekerjaan dan bidang yg diceburi.

Sebagai tanda kenang-kenagan, we ols celebrate jamuan perpisahan di Rasamas, Alamanda Putrajaya pada 30 Mac 2011. Sungguh kelakar okeh. Kenangan termanis bersama rakan-rakan kerja di 2011.
Salah 1 sebab kenapa saya nak kahwin sebelum tamat kontrak kerja di syarikat ni adalah untuk pastikan bestfriend for ever saya ni hadir masa majlis wedding saya tu. Sekian!



 
Ber’honeymoon’ di Melaka

Bulan madu yang tak berapa madu sangat la... ^__^. Pada April 2011 saya dan hubby telah berbulan madu ke Melaka sahaja.  Masa ni baru kahwin. Inai di jari pun tak hilang lagi.  Sblm kahwin pernah g sini dulu. Tapi sekejap shj…tak puas hati dan perasaan. Jadi kami repeat balik pergi ke sini…

Enjoy sesangat masa ni. Ibarat 'dunia ni kitorang berdua ajelah yang punya!'



 Resepsi ke-2 sebelah suami

 Reception day sebelah husband pada 14 Mei 2011. Sekali lagi menjadi raja sehari. Hati saya berbunga riang namun ada sedikit debaran. Alhamdulillah…semua berjalan dgn baik. Keluarga mertua yang sungguh sporting melayan saya bak puteri raja. Sayang sgt pada kamu semua okeh!
Tapi ada 1 perkara memang saya tak boleh lupa sampai sekarang. Bulu mata palsu saya tercabut sebelah masa berarak. Hahahaha…sila gelak dan gelak sendiri. Lepastu suruh adik cabut terus dua-dua. Hopefully tak ada yang perasan. Tapi kalau ada yang perasan pun lantaklah! Ada aku kesah?! Kata Chef Wan. ^_^



Percutian ke JB, Dangabay & Pontian bersama keluarga

DangaBay is awesome place! Kata orang tempat jatuh lg di kenang, inikan pula tempat bermain. Bila ke sini mengimbau kembali kenangan dgn Hubby dulu masa sebelum kahwin. Tempat melepak bila malam sabtu dan ahad. Hahaha..terkantoi sudah. Tapi kali ini pergi bersama family on July 2011. Annasayyoo!



Berbuka di Kelab Tasik Komuniti Cyberjaya

Bulan ramadhan pertama sebagai isteri. Sungguh byk dugaan yang terpaksa saya hadapi. Hari kedua Ramadhan pula suami saya kemalangan. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa yg di panjatkan kpdNya, saya dan suami mampu meghadapi setiap dugaan dan rintangan yang datang. Sesungguhnya Allah itu Maha mendengar dan Maha melihat. 

1st time our big family going to ‘berbuka’ di luar. Before ni mmg tak pernah pun…hihi… Pengalaman termanis buat saya sepanjang 2011. Happy on 20 August 2011 at Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya.



Syawal pertama sebagai 'isteri'

Bila sudah Ramadhan, mestilah Syawal pula. Pengalaman syawal pertama sebagai isteri pada September 2011. Alhamdulillah rasa lain dan lebih seronok dgn ‘orang baru’ dalam keluarga. Ditambah pula Hubby yang pandai mengambil hati keluarga saya, rasanya sudah lengkap apa yang saya ingini. Thanks Abang kerana menerima saya dan keluarga seadanya.



Jamuan Hari Raya di Pan Pacific Hotel

Jamuan hari raya di Pan Pacific Hotel, KLIA pada 11 September 2011. Means raya ke-11 kalau tak silap saya.  Mungkin inilah kenangan tak dapat dilupakan apabila makan bersila di karpet di sebabkan tak muat meja. Hahaha…kami tetap happy dan enjoy!


Attand majlis perkahwinan Ex-housemate : Lina & Shahroni

My besties wedding’s at Masjid Tanah, Melaka on 20 November 2011. Congrate to new husband and wife, Lina and Abang Shah. Hope always happy both of you! Kesempatan ni juga dapat bertemu dengan ex-housemate masa study di JB dulu. Oh…rindu saya kini dah terubat setelah tidak bertemu anda buat beberapa tahun. Asz, Faezah, Farah, Sarah, Kak Eda, Raihan, Ina, Jacky, Amir, Bean dan Eddy so…sweet dapat menatap kembali wajah-wajah kalian…Terakhir jumpa masa wedding saya dahulu. Itu pun tak semua yang ada dan tak dapat berbual sgt. Kini masa untuk membalas dendam…hehehe…Credit to my husband yang sgt-sgt sporting. Nanti saya belanja ice-cream okeh!


T.A.M.A.T


Sekian utk tahun ini

^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan