Assalammualaikum...
Wah...panjangnye dot..dot..dot......Ape maksud tersirat tu? Actually nk share dengan kawan-kawan. Bukan ape, sejak 3 weeks ni tetiba rasa selalu sakit perut cam ada angin lintang pukang lak kat pewot ni. Tapi Hanis tak makan ubat pun coz boleh bertahan lagi. Then, rasa lapar yang membuak-buak. Pas makan nak makan lagi dan makan lagi dan lagi dan lagiiiiiiii..hehehe.. Tetiba lak selera makan cam selera gajah. Perut dah kenyang ni, tapi pantang nampak makana a.k.a roti kew terus nak baham (hihi..cam gelojoh lak hakku)...
Tu yang confius tu.. Tapi Hanis ambik tak kisah pn.. For me, bagus lah sebab b4 ni memang susah nak makan pun. Dah kawin patutnya makin berselera, tapi makin kurang makan sampai kawan-kawan di pejabat pun tegur..." Napew nampak makin kurus??? " " Napew muka cengkung??? "
Ishhh! menyampah betul dengar.
Act, Hanis perasan dalam masa sebulan ni memang kuat makan. Baru makan 2 jam rasa lapar balik. Citer kat Kak Rose (member tempat keja) maybe gastrik kot. Sebab Hanis memang ada gastrik. So kena makan kerap dalam kuantiti yang sedikit. Memang cam tu lah. Setiap 2 jam nak kena makan. Pastu kalau makan tak boleh banyak-banyak nanti sesak pulak.. Haisshhh! macam-macam hal lah badan ni. Mengada-ngada sangat..kui..kui... Nasib baik berselera je nak telan, kalo tak kesian perut nangis-nangis coz tak dapat bahan bakar a.k.a makananlah!
Nak di pendekkan cerita, seminggu yang lalu gastrik pulak menyerang. Perut yang krok-krok tu dah kurang. Paling teruk masa malam nak tido sampai suh Husb letak tangan kat perot coz dah tak tahan sangat. Kata orang tangan suami ni mujarab. Baca doa&selawat letak kat tempat sakit pada isteri, InshaAllah dengan izinNya maka baik lah...Amin..
Erm...barulah lega sedikit and boleh tido terus sampai ke pagi..(^___^)
Ada ke Hanis salah kira waktu subur...hahaha..bila cerita kat husb dok gelak sama-sama. Kalau ada rezeki, adalah erk... Jangan mengharap sangat. Lagi pun Hanis dah pernah kena dulu masa raya. Lewat datang period 10 hari..Ingatkan pregnant, hari ke 11 dia datang lak... Memang nangis sedu-sedu lah beb! Nasib baik Husb ada dan bagi sokongan moral. Alhamdulillah... Moralnya mungkin Allah nak menguji sejauh mana tahap kesabaran kita. Setiap kejadian ada hikmahnya... Percaya pada Qada' & Qadar Allah... Subhanallah....
Hari ni dah masuk 38hari kitaran haid. Selalu 30@32 hari dah datang dah. Hanis tak nak terburu-buru buat UPT test. Kang kalo tak ada kang kecewa je bulat-bulat cam dulu. Nak kata period tak teratur sangat tu tak adalah pulak. Nak kata fixed sangat pun tak. Masa tarikh yang sepatutnya datang period tu, rasa cam period pain...tapi tak datang period pun. Memang sakit perut&lenguh-lenguh kaki serta pinggang. Hari ni pun sama jadi balik. Tapi yang penting memang dah lewat la dari tarikh jangkaan. Ingat nak lepaskan 40 hari baru pikir ape nak buat seterusnya. Doa tu jangan cakap lah. Tak putus-putus sepanjang masa. Amin Ya Rabbal Alamin....Tak tahu adakan
h benar-benar preg@hayalan semata-mata..hihi...(leh gelak-gelak lak..)
Ada juga search kat google pasal orang-orang yang preggy tapi kena gastrik teruk. Let me share with others about this...
Menurut Dr. Nor Ashikin, sehingga 75 peratus wanita hamil mengalami
pedih ulu hati.
“Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali
ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux),
lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut,” jelasnya.
Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan
menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (LES) mengendur antara esofagus dan
perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi
menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.
Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih
pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan
ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.
“Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan
menjejaskan selera makan,” ujar Dr. Nor Ashikin.
Jadi, bagaimanakah kaedah
merawat pedih ulu hati? Cara-caranya :
1. Antasid.
Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.

2. Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid)
Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.
3. Alginates
Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.
Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.

Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?
1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.
2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.
3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.
4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.
5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.
6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.
7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.
8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.
9. Jangan merokok.
10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.
11. Tangani stres dengan tenang.
12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.

Erm..mungkin keadaan ini adalah normal bagi orang-orang yang mengandung. Namun Hanis tidak mengalami alahan-alahan seperti orang pregnant pun. Contohnya macam payudara membengkak, muntah-muntah, pening...Cuma missed period jelah. Loya dan malas mengada-ngada tu adalah...hehehe (memang tak dinafikan). Ada jugak Hanis search kat google orang-orang yang preggy tapi tak ada alahan langsung pun. Sampai dorang sendiri pun tak perasan yang dorang preggy. Cuma missed period jugalah macam Hanis. Alhamdulillah... Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Maha pemurah. Untung orang tu sebab Allah beri kesenangan kepadanya...
Kalau rasa-rasa confius better buat ujian UPT untuk mendapatkan kesahihan. Tapi macam takut la.. Tak nak pisang berbuah dua kali... Daaa...
Oowh lregnant pun boleh sebabkan gastrik padal sesetengah orang ek
BalasPadam