Assalammualaikum
(^___^)
Eh,
belum ape2 hal lagi dah senyum ni kenapa? hehehe..senyum kan 1 sedekah...dapat pahala bila
bersenyum...tapi jaganlah bila ada kwn-kwn yang bercerita pasal kesedihan@bad2
news kita nak senyum gak..agak-agaklah ye dear. Pastikan senyuman itu
dilemparkan pada tempat&saat yang betul. Kalau tak memang nak kena
pelempanglah jawabnye...Pang!!!
Today,
nak cerita pasal pengorbanan pada keluarga. Tanpa kita sedar mungkin selama ni
kita pernah@tidak bekorban untuk family kita. Bila dah besar ni dan
renung-renung kembali waktu zaman susah senang kecik-kecik dulu mesti ada yang
menarikkan?. Maaflah kalau u ols semua tak faham maksud Hanis. Tapi u ols kena
baca entry ini sampai habis baru boleh paham ape yang Hanis nak sampaikan....
"Saya
anak pertama dalam keluarga.Mempunyai adik beradik seramai 5 orang. Emak dan
abah bertuah kerana kami selang bunga kata orang tua-tua. Perempuan lelaki
perempuan lelaki perempuan(gugur) dan lelaki Adik yang kedua (Angah) 2 tahun
lebih muda dari saya. Sekarang berumur 24 tahun. Bekerja sebagai juruteknik di
Pusat Konvension Antarabangsa Putrajaya. Adik yang ketiga pula (Adah) 2 tahun
lebih muda dari adik saya yang Angah. Sekarang berumur 22 dan bekerja sebagai
Physiotherapist di Kajang Specialist Hospital (KPJ). Yang keempat pula sedang
menganggur dirumah sementara menunggu panggilan ke IPT dan berumur 18, iaitu 4
tahun lebih muda dari adik ketiga saya Adah. Manakala, Sibongsu Iwan berumur 12
tahun sedang belajar di sekolah rendah dalam darjah 6.
Waktu saya sedang bersekolah rendah dalam darjah 5, adik yang kedua darjah 3 dan yang ketiga darjah 1. Mungkin agak beban bagi abah kerana 3 orang anak telah bersekolah. Walaupun sekolah rendah, tetapi perbelanjaan buku, yuran, baju, beg dan keperluan-keperluan sekolah adalah tiga kali ganda. Sewaktu adik yang keempat masuk darjah 1, saya berada di tingkatan 3. Maknanya 4 orang sedang bersekolah. Saya membayangkan bagaimana ayah menyara kami adik beradik apabila 4 orang anak sedang bersekolah dan perbelanjaan rumah lagi memandangkan abah hanyalah seorang juruteknik di Malaysian Airport Berhad, Sepang. Angaran gaji hanyalan RM1500++ sahaja sebulan. Namun kami masih lagi cukup makan, cukup pakai dan wang perbelanjaan tidak pernah tak dapat tiap-tiap hari. Baju, kasut dan beg sekolah tetap berganti tiap-tiap tahun. SubhanAllah...besar sungguh pengorbanan abah dan emak untuk membesarkan kami adik beradik. Sewaktu saya sedang menuntut di IPT , Johor Baharu tahun kedua, adik saya angah mungkin telah habis sekolah.
Sementara menunggu keputusan SPM, dia bekerja di kampung dan kilang. Angah juga kadang kala menyara membantu abah dan emak dalam soal-soal perbelanjaan rumah dan sesekali menghulurkan wang kepada saya yang kadang-kadang pulang bercuti. Tak terhingga pengorbanan Angah untuk keluarga. Mungkin disebabkan itu jugalah dia lewat meneruskan pelajaran di peringkat IPT. Sewaktu saya tamat belajar di IPT, adik yang ketiga tamat tingkatan 5. Jadi, sementara menunggu keputusan SPM nya, dia bekerja dia Kilang bersama saya. Bagi saya tidak kisahlah kerja apa sekali pun waktu itu kerana seumur hidup memang tidak pernah bekerja lagi saat itu. Saya dikira beruntung berbanding adik-adik yang bekerja setelah tamat SPM.
Setelah 5 bulan bekerja di kilang, Adah berhenti dan bekerja di klinik berhampiran rumah selama 2 bulan sebelum mendapat tawaran belajar di Kolej Profesional KPJ, Nilai. Manakala saya pula mendapat pekerjaan sebagai juruteknik penyelenggaraan di Bangunan Kementerian Pertanian di Putrajaya. Angah pula sedang menuntut di Kolej Komuniti Banting. Kini bermulalah episod pengorbanan saya pula buat adik-adik. Berbekalkan wang PTPTN adalah tidak cukup untuk menyara perbelanjaan Adah. Maka saya membantu abah untuk memberi wang perbelanjaan kepada Adah. Sekurang-kurangnya ringan beban abah. Adik saya yang keempat, Ammar pula masa itu sudah bersekolah menengah di tingkatan 2, manakala Iwan pula di darjah 2. Ditambah Angah yang sedang belajar tentunya Abah memerlukan wang yang lebih untuk menyara kami sekeluarga.
Setahun selepas itu Angah pula tamat belajar. Tidah sampai 2 bulan menganggur di rumah Angah telah dapat pekerjaan di PICC. Maka beban Abah pula berkurangan. Namun saya masih membantu adah dangan memberi wang perbelanjaan. Ingat lagi permulaan gaji bersih saya RM950 sahaja. Alhamdulillah. Bersyukur dapat pekerjaan tetap. Sekurang-kurangnya sijil Diploma saya berharga. Lebih kurang 2 tahun bekerja, saya membeli kereta. Tujuan untuk membantu keluarga. Masa itu keluarga kami memang tak ada kereta langsung. Seronok sebab dapat tolong bawa emak, abah dan adik-adik ke mana sahaja mereka hendak pergi.
Setelah tiga tahun, Adah tamat belajar dan meneruskan pekerjaan di Kajang Specialist Hospital. Lebih ringan beban abah dan emak. Saya dapat mengagak abah sekarang telah senang sedikit setelah ketiga-tiga anaknya telah bekerja. Maka abah dapat membeli kereta idamannya, Perdana. Saya bersyukur sangat-sangat setelah 3 bulan adah bekerja, dia pun membeli kereta bagi memudahkan untuk ke tempat kerja. Oh ya, Adah beli kereta setelah sebulan saya melangsungkan perkahwinan. Sebulan sebelum saya membeli kereta dahulu, abah ada membeli kereta 'second hand' dari kawannya untuk kegunaan Angah. Baru-baru ini Angah pula membeli kereta hasil titik peluhnya sendiri. Dia pun nak bekereta baru.
Sekarang telah ada 5 buah kereta di depan rumah. Kalau dulu orang menganggap kami sebagai miskin, tetapi berkat doa dan kesabaran emak dan abah, Allah telah melimpahkan rahmat yang tak terhingga buat kami sekeluarga. Sekarang ramai kawan-kawan emak segan katanya untuk datang ke rumah kerana banyak sangat kereta dan menganggap ramai tetamu datang rumah pada waktu cuti. Sebenarnya kereta anak beranak sendiri pun telah penuh laman rumah. Kini emak dan abah boleh tersenyum gembira melihat kejayaan anak-anak mereka.Gaji kami sahaja adik beradik tak kurang mencecah RM2000++ seorang. Saya beryukur dan bangga sangat-sangat atas didikan orang tua kami, kami berjaya menjadi insan yang berguna. Terima Kasih emak dan abah. Pengorbanan yang tak terungkap oleh kata-kata. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Amin Ya Rabbal Alamin..."

Thanks
u ols..moral of the story, ciri-ciri yang ada pada kita ni adalah apa yang org
tua kita beri makan dan bagaimana cara mereka mendidik. Anak-anak adalah cermin
kepada sikap kita sendiri. Sekiranya mereka baik, maka sebenarnya kita juga
baik. Dan ingatlah, sekiranya mereka jahat, maka ia juga berpunca atas didikan
kita. Pernah saya mendengar cerita
dari emak. Ada
seorang kenalan yang suka membohong orang lain termasuk ibu bapanya. Tetapi
bila dikaji, sikap ibunya juga begitu semasa mudanya. Maka tidak hairanlah bila
ada peribahasa yang mengatakan " Bapa borek, anak rintik"
Doakanlah
kebahagiaan ibu bapa kita sepanjang masa. Cuba bayangkan sekarang kita
mungkin belum berkahwin atau baru sahaja berkahwin dan tidak mempunyai anak
lagi. Gaji bersih di antara RM1500-RM2000 itu adalah kepunyaan dan perbelanjaan
kita sendiri sahaja. Tetapi bagaimana ayah kita yang berpendapatan sama menyara
anak seramai 4 atau 5 orang yang bersekolah kesemuanya. Ditambah dengan
perbelanjaan dapur, bayaran rumah, bil-bil, perubatan, adakah anda rasa cukup?
Saya begitu bangga kerana mereka mampu melaksanakan tanggungjawab sebaik yang
mungkin. Hebat. Anda adalah ibu bapa terbaik di dunia. Semoga Allah merahmati
hidup anda dunia dan akhirat. Amin...
trharu bce entry nie...alhmdllh k.hanis sekuage bleh bhgia skrg...skur ats nikmat yg ALLAH beri...
BalasPadam