Isnin, 23 Disember 2013

Selesai Sudah Proses Berpantang


Assalammualaikum...

Yuhuuu! Alhamdulillah, selesai sudah proses berpantang selama 44hari untuk ummi Meddina dan Meddina. Expecially for ummilah sebab org berpantang ni kena melalui proses berurut, bertungku, berbengkung, mandi air suam, berpilis, berbedak herba, makan ubat, jamu n etc.

Tapi bila dah habis berpantang ni bukan bermakna boleh makan segala jenis makanan. Oh, no ye...sebab baby Meddina still full breastfeed. Takut nanti ape yg Hanis makan memudharatkan n boleh buat dia sakut perut ke, kembung perut ke...kan susah.

Alhamdulillah juga, Meddina semakin kuat menyusu, semakin bambam, dan semakin cerdik. Khamis lepas, last day berpantang dia dah tunjuk lagi satu akal cerdik dia. Bila org semua bercakap-cakap atau agah-agah dia, dia dah pandai menyahut seolah-seolah macam tau-tau je apa yg orang cakapkan. Erm...seronok tengok perkembangan Meddina dari hari ke hari.

Sekarang Meddina dah tak ada masalah berjaga malam lagi. Kalau nak tidur malam kita just peluk dan tepuk-tepuk vontot dia terus terlelap sampai ke pagi. Kalau terjaga nak minum susu pun sekali je. Lepas bf terus tidur balik macam biasa. Tak macam masa 2 minggu mula-mula dia lahir dulu, memang kerap berjaga malam dan susah nak tidur balik bila dah bf. Tapi sekarang dah ok dah. So, for new mommies yg ada masalah yg sama jangan risau ye. Sekejap je baby macam tu. Nanti lama-lama dia berubahlah. Mungkin dia masih lagi belajar nak sesuaikan diri dengan alam dunia dia yg baru sekarang. So, rutin jaga dan tidur dia masih tak betul lagi. 

Hoyyeh! Meddina. Lepas ni ummi boleh bawa Meddina melaram keluar pula. Kena biasakan dgn dunia luar. Takut nanti meraunggg je pula bila bawak keluar sebab jakun asyik duduk rumah je. N ummi pun kenalah try handle and servive sendiri macam mana nak bawa Meddina keluar dan manalah tau tiba-tiba dia menangis ke, meragam ke tak pun tiba-tiba dia nak menyusu dekat tengah-tengah orang ramai. Anyone boleh share tips tak? Hihi :)


Day 44 : 4.4kg dari 2.6kg masa lahir. Berkat susu ummi dan nawaitu nak full breastfeed semasa mengandungkan Meddina. Alhamdulillah, rezeki dia sentiasa ada. Seronok tengok anak semakin membesar dari hari ke hari makan dan minum hasil daripada apa yg dikeluarkan dari tubuh badan kita sendiri.


p/s : "Meddina, ummi tak pernah menjanjikan emas mahupun berlian buat bekalan kamu di dunia ini. Namun satu-satunya janji ummi dan abah adalah memastikan kamu mendapat bf secukupnya agar kamu dpt membesar dgn sihat dan sempurna.In Sha Allah selagi ada rezeki Meddina, selagi ummi termampu dan selagi ummi bernafas di dunia ini, ummi akan pastikan Meddina terus mendapat bf sehingga ke umur 6bulan, setahun dan seterusnya ke 2tahun. Itu hak kamu anak!"

Doakan untuk kami ye!



4 ulasan:

  1. Conelnya babyyyy....... cantik kulit diaaaa. Cm ne nk bg anak putih cenggini. Tips please. Heheheehehe. Ummi dia dah memang cantik pun kannn. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...xadalah NinaAz. X ada petua ape2 pun. Minum air kelapa pun adalah 2, 3kali ms preg dulu. Tapi air soya mmg Hanis tak minum langsung. Agaknya sebab Hanis suka sgt tgk cite Philipine ms preggy dulu :)

      Padam
  2. tahniah.. comey baby meddina.. semoga sihat :)

    BalasPadam