Jumaat, 13 Disember 2013

Pengalaman Bersalin (Part 2)


Assalammualaikum.


Ok, sambungan daripada entry yg lepas.

Lepas jumpa asben dekat shell tu, weols terus menuju ke Hospital Serdang. Lebih kurang pukul 1:00pg cam tulah. Sampai-sampai je terus ke bahagian kecemasan dan wad bersalin. Dekat kaunter pendaftaran tu ada sorang je kerani yg bertugas dekat situ. Boleh pulak time tu dia tengah on call dan buat-buat tak layan kita. Dahlah kita tengah risau ni sebab air ketuban dah banyak keluar. Hanis pun terus buat-buat mengerang kesakitan dekat depan kaunter tu. Baru cepat-cepat dia layan. Hohoho... (uols boleh try ye taktik ni even tak sakit sgt pon sebenaunyeee. Ngeee :p

Lepas isi borang dan serahkan segala dokumen (ic & buku pink), Hanis pun masuk ke bilik kecemasan untuk diperiksa. Sebelum tu sempat salam peluk cium mak dan suami minta diorang doakan semoga Hanis selamat dan semoga semuanya berjalan dgn baik dekat dalam tu nanti. Sedih sebenarnya time ni. Sayu je bawa diri dan baby dalam perut dgn segala keperluan (pakaian baby, kain batik & air zamzam) semasa melangkah pergi. Tak tahu apelah nasib Hanis selepas ni kat dalam tu.

Masa dekat dalam (monitor room), macam biasalah nurse akan ambil bacaan tekanan darah dan suruh kita ambil sample urine. Hakikatnya sample urine tu macam tak praktikal je untuk diambil. Sebabnya, terletak je dekat situ tak terusik langsung dan entah-entah sampai sekarang ada lagi. Dahlah nombor pada bekas urine pun dia tak minta. Macam mana diorang nak tau yg mana satu bekas urine kita kan? Ok, lupakan cerita bosan plus menyampah pasal urine tadi.

Lepas tu nurse tadi suruh Hanis baring dekat katil yg disedikan dalam monitor room tu. Ada lebih kurang 10-12katil kalau tak silap Hanis. Lama jugalah tunggu tapi nurse-nurse dan doktor dekat situ sibuk melayan pesakit-pesakit lain. Kita ni terbiar macam wujud tak wujud je. Sedih tau mak! Hahaha...

Dalam pukul 2:00pagi camtu lah seingat Hanis baru ada nurse datang pasang ctg dekat perut untuk monitor heartbeat baby. Itupun adalah sekejap. Nampaklah juga pesakit lain yg sama-sama daftar masuk tadi dah start sakit dan disorong ke labour room. Dengarlah juga nurse dan doktor kata dah buka 7cm. Ya Allah...cepatnya orang tu. Bilalah turn Hanis ni pula?

Tunggu punya tunggu, pukul 3:30pagi baru ada doktor yg datang untuk check bukaan jalan dengan membawa segala peralatan seperti glove, antiseptic, speculum (yg macam mulut itik tu) dan entah ape-ape barang lagilah. Siriusly, berdebar tau uols. Berdasarkan pengalamaan Hanis yg lalu dah dapat agak MESTI SAKIT!!!. Tapi yg check tu doktor perempuan muda lemah lembut lagi ( I think pelatih kot) dan seorang lagi doktor lelaki berbangsa cina. So, ko tadah ajelah ye sambil muka menahan malu :p
But, the result is agak mengecewakan bila dia kata tiada bukaan langsung. Masa tu rasa sedih jugalah sebab Hanis fikir sekurang-kurangnya adalah 3@4cm, tapi tak :(

 Doktor terangkan yg dia terpaksa tahan Hanis walaupun masatu wad dah penuh. If  dalam masa 12jam Hanis tak bersalin lagi dia akan masukkan antibiotic sebab taknak baby terkena jangkitan kuman. Yelah bila air ketuban dah pecah, bayi dekat dalam mudah terdedah dgn segala kotoran dan kuman. Kalau dalam masa 24jam tak bersalin juga baru diorang akan induce sebab taknak bayi lemas kat dalam (u know paksa???). Dalam hati ni jgnlah kena paksa sebab ada org kata kena induce tu lebih  sakit 10kali ganda daripada bersalin biasa. Kalau dah beranak biasa pun sakit, uols boleh bayangkan tak kesakitan tu didarab dgn 10kali lagi???

Kemudian nurse suruh Hanis salin baju wad dan baring dekat salah satu katil yg agak tersorok dari pandangan umum, nurse, doktor mahupun laluan staf-staf hospital yg lain. Motip? I'm not sure. But, oklah ada juga katil untuk Hanis baring-baring and relaks. Ahaks! Masa tu tak rasa sakit lagi. Tak pasti macam mana rasanya sakit nak beranak tu. Almaklumlah pengalaman pertama. Tak tau ape-ape lagi. Dalam pukul 4:00pagi Hanis keluar kejap ke lobi tempat ruangan menunggu ahli keluarga. Jumpa mak dan asben kejap untuk ambil apa-apa barang yg patut sebab semua yg Hanis pakai dah basah lencun dek air ketuban. Memang agak susahlah nak bergerak. Tapi ku gagahkan juga :)

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya ribut di tengah hari. Hohoho. Dari pukul 5:30pagi dah start contraction 5 minit sekali. Hambik kau Hanis! Sakitnya Subhanallah. Hanya Allah yg Maha Mengetahui. Solute sangat dekat mak-mak yg berjaya mengharungi saat-saat contraction yg terlalu hebat ini berkali-kali. Memang tabik springlah dekat mereka! Tapi dalam sakit-sakit pun sempat lagi bermesej-mesej dgn suami, kawan-kawan dan bakal adik ipar Hanis. Semata-mata nak lupakan dan atasi betapa sakitnya contraction yg sedang Hanis alami. Terjerit-jeritlah juga berkali-kali...

"Nurse...doktor...tolong...sakit sangat nih!!!"

"Tolonglah nurse...doktor...cepatlah...saya sakit sangat ni!!!"

Hehehe...kalaulah boleh diulang kembali detik-detik itu dalam keadaan sedar, dah lama lari laju-laju menyorok dalam kotak. Malu kot terpekik terlolong minta tolongggg. Hahaha...

Pukul 7:00pagi Hanis minta izin doktor untuk keluar lagi berjumpa dengan suami yg setia menanti di ruangan menunggu. Masa tu sempatlah mengadu dan genggam tangan suami kuat-kuat. Sekurang-kurangnya rasa ringan sikit apa yg Hanis rasa. Menggigil-gigil tau uols! Bukaan time tu baru 1cm. Hanis try berdiri dan berjalan sambil dipimpin oleh suami. Kata orang bila berjalan boleh membantu  mempercepatkan lagi bukaan jalan. Tapi adalah dalam beberapa langkah. Memang tak larat dah. Lastly minta izin suami untuk masuk ke monitor room dan baring ke katil kembali.

Pukul 10:00pagi nurse dan doktor datang untuk check bukaan lagi. Itupun selepas Hanis panggil dan menjerit berkali-kali baru nak datang. Amat mengecewakan bukaan baru 3cm. Siriusly time tu rasa dah surrender sangat-sangat. Terfikir juga rasa nak ceasser  je memandangkan nak menghadapi contraction 5 minit sekali yang semakin lama semakin sakit sangat-sangat tu. Tiap kali contraction, tiap kali itulah rasa nak meraung, menjerit, memekik biar semua orang dengar, rasa dan alami. Bila nurse minta Hanis bersabar, katil pula yg menjadi mangsa tempat tangan ni menghentak-hentak! Hahaha...

Tak tahu nak meluahkan pada siapa dah masa tu, Hanis terus call mak yg berada di luar. Janji Allah itu pasti, doa seorang ibu tu sangat-sangat mustajab. Rasa macam suatu keajaiban yg berlaku berkat iringan doa seorang ibu yg melahirkan Hanis ke dunia ini. Miracle of mom's doa!





**Bersambung**




p/s : Teringat kata-kata semangat dari Kak Rose sewaktu Hanis bermesej-mesej dgn dia time sakit tu. "Sabar Hanis. Hanis kena kuat. Kata hari tu dah tak sabar nak tengok wajah anak kan? Hanis kena kuat ye demi anak. Yakin Hanis boleh lakukan secara normal." -Terima kasih Kak Rose. Hanis takkan lupa sampai bila-bila. Kata-kata inilah yg membuatkan Hanis sabar dan kuat menghadapi setiap dugaan dan cabaran demi melihat puteri hati Hanis :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan