Sabtu, 18 Februari 2012

Saya Hanya Mengharapkan Keredhaan Suami


Assalammualaikum...


Saya bukan nak berceramah a.k.a Ustazah Norbaiyah disini. Hehe... Sedangkan saya sendiri pun insan yang lemah penuh dengan dosa-dosa. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya. Namun, sebagai hamba yang tidak layak untuk masuk ke JannahNya dan saya juga tidak mampu untuk menghadapi azab api neraka itu. Subhanallah...

Apa lagi yang saya harapkan lagi di dunia ini melainkan keredhaan dan keikhlasan daripada suami diatas setiap perkara yang saya lakukan. Untuk apa saya berdandan cantik-cantik di luar kerana saya telahpun bersuami dan saya rasa haram untuk orang lain mengecapinya melainkan suami saya. Saya menganggap satu kewajipan walaupun saya tahu bukanlah wajib bagi seorang isteri untuk menyediakan makanan, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya. Tapi bukankah Allah menjanjikan pahala yang cukup besar buat sang isteri yang melakukan kerja-kerja amal sedemikian dengan niat ikhlas untuk suami?

Pernah saya terfikir untuk bertudung labuh dan berjubah serba hitam bagi menggantikan imej sedia ada saya agar insan-insan di luar sana tidak melihat setiap inci aurat saya yang hanya menjadi hak suami. Ye, kita tidak mampu menghalang penglihatan orang lain. Tapi kita mampu untuk mengubah penampilan kita agar tidak ditatap oleh orang lain. Tahukah kita siapa yang menanggung semua dosa-dosa kita ini?

Saya membayangkan betapa beratnyalah bahu kiri yang terpaksa dipikul oleh suami lantaran diatas setiap dosa-dosa yang saya lakukan. Dosa saya meninggalkan solat walaupun hanya satu waktu. Dosa saya meninggikan suara kepadanya sehingga dia kecil hati terhadap saya. Dosa saya berbual dengan lelaki yang bukan muhrim sehingga mereka timbul perasaan suka atau shahwat walaupun saya tidak sedar. Dosa saya kerana lelaki-lelaki yang bukan muhrim ini terlihat aurat saya yang menjadi hak mutlak suami walaupun tanpa saya sengajakan. Ya Allah, betapa banyaknya dosa yang terpaksa dia tanggung.

Terus terang saya katakan, sekiranya niat kita ikhlas dan nawaitu kita itu betul pada tempatnya maka Allah akan memudahkan urusan kita seharian. Dan apa yang saya harapkan kini adalah keberkatan daripada Allah s.w.t, keredhaan dari suami agar saya memperolehi ganjaran pahala untuk setiap perkara yang saya lakukan. Saya bekerja di luar dengan niat untuk membantu suami meringankan tanggungjawabnya walaupun wang itu hanyalah untuk kegunaan saya sahaja. Untuk membayar kereta saya, untuk membayar wang pinjaman pelajaran saya dahulu, untuk memberi sedikit wang kepada ibu bapa saya dan untuk keperluan dan kehendak saya sahaja.

Memang saya tak beri suami wang atas hasil titik peluh saya itu kerana itu adalah kehendaknya. Walaupun tidak salah kerana saya bekerja atas niat ingin membantunya, tapi selagi boleh dia tidak mahu saya memberi wang diatas perkara-perkara yang menjadi tanggungjawabnya. Kini saya sedar walaupun banyak wang lebih dari gaji saya setiap bulan, tapi itu bukanlah tiket untuk saya berboros atau berbelanja sesuka hati.
Kalau dulu memang saya enjoy dengan duit yang ada. Bagi saya "Ahh itu hak saya, duit saya. Suka hati sayalah nak berbelanja sebagaimana pun."

Rupa-rupanya percaturan saya silap. Memang silap besar. Buat apalah saya beli pakaian cantik-cantik untuk keluar rumah? Bercantik untuk siapakah kita? Bukankah kewajipan kita bercantik hanya untuk suami? Nak bercantik tidak salah sebenarnya. Tapi perbetulkan dahulu niat kita. Nanti anda semua kata saya cakap tak serupa bikin. Saya pun ada perasaan seperti wanita-wanita lain untuk kelihatan cantik. 

Tetapi, saya pakai cantik-cantik ni agar suami saya tidak malu dan kekok bila berjalan di sebelah kita. Jangan nanti suami kita jalan pun jauh-jauh dari kita. Kalau bermekap pula dengan niat yang sama, agar muka kita tak pucat macam mayat hidup pula nanti. Jangan sampai suami pun tak selera memandang lantas memandang wanita lain. Masa tu nak salahkan orang lelaki pun tak boleh. Dah memang sejak azali lelaki memang suka kepada yang cantik-cantik Bukankah itu lumrah hidup?

Apakah pengorbanan seseorang isteri yang mengharapkan keredhaan suaminya buat suaminya yang banyak bekorban terhadap sang isteri? Memasak? Membasuh? Mengemas rumah? Melayan suami dan melahirkan anak? Menutup aurat? Bekerja dengan niat membantu suami?
Bagi saya itu semua tak cukup. Berdoa dan membaca al-quran untuk suami adalah hadiah yang saya rasa amat beharga untuk mereka. Tak perlu kek, baju, jam tangan atau minyak wangi berjenama. Semua itu tidak kekal. Tiada yang kekal di dunia ni melainkan doa dan amalan-amalan kita seharian untuk suami. 

Saya solat dan berdoa untuk suami agar diberkati rezeki yang diperolehinya untuk makanan kami sekeluarga, Agar dia selamat pergi dan pulang sewaktu menunaikan tanggungjawabnya. Agar Allah melindungi dia dari malapetaka atau kecelakaan. Agar diberikan kesihatan dan kekuatan tenaga untuk mencari rezeki yang halal itu untuk kami. Tidak cukup dengan itu, saya membaca al-quran untuk suami juga. Bukan saya mengejar pahala untuk saya seorang, bahkan untuk suami saya juga. 

Bila dah jadi isteri ni kita tak kisah walaupun terpaksa melupakan hal-hal dunia luar kan? Walaupun di rumah tu sangat membosankan tapi kita rasa rumah dan bersama suami itu adalah 'syurga' kita. Uols yang dah kawin dan menjadi seorang isteri saya yakin mempunyai perasaan yang sama seperti saya juga.

Entry ini khas untuk suami saya MOHAMAD RIZAL B ABDULLAH PUZI. Semoga Allah sentiasa melindungi beliau sepanjang masa dan jadikanlah dia insan yang terbaik untuk saya sepanjang hayat. Amin...

"Saya sayang sangat-sangat kat abang"
^_^





Thanks sbb sudi membaca
Lot's off LOVE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan