Assalammualaikum gengs!
Baru-baru ni saya tak sihat. Jadi terpaksa makan, baring, tengok tv dan tidurrr ajelah di rumah. Hubby tak bagi banyak bergerak sebab takut effect pada ermmm...pada kesihatan sayalah...
Malam tu tak selera makan. Lepas tanak bubur dan bubur tu masak hubby senduk ke mangkuk dan beri pada saya yang tengah landing comel je atas sofa ^_^
Bukan niat nak susahkan dia. Tapi keadaan dah terpaksa. Manja dan mengada-ngada pun ye jugak. Saya ni memang jenis tak boleh sakit sikit. Mudah aje lembek macam bubur tu jugak...kata emak saya lah.
Dipendekkan cerita bubur tu agak pekat. Jadi, saya mintak hubby tuangkan air sedikit. Then, dia pun bawak secawan air terus ke saya dan tuang ke dalam mangkuk bubur tu. Tiba-tiba...(jeng jeng jeng) rasa sejuk sangat kat peha saya terus jadi rasa panas dan pedih.
Bila rasa something diffrent kat peha saya terus jerit sekuat-kuat hati...
ah...HuarrRRRGGGHHHHHHH!!!...
Hubby pun terkejut dan terus stop tuang air tu. Ya Allah, saya ingatkan air kosong biasa. Rupanya air panas yang baru menggelegak 100 darjah celcius tu. Ha, kan hakku dah meradang. Sakit memang sakit. Dahlah memang sakit, bertambah tambah sakit jadinya. Tak cukup dengan tu sakit hati pulak.
Hubby pun serba salah dan terus tinggalkan saya dan pergi ke dapur. Kalau ikutkan sesetengah orang mesti dah kena sepak dah(auuww...tak baik sepak suami dosa taw). Tak pun kasi campak itu mangkuk bubur. Suami yang salah nak campak mangkuk bubur tu dah kenapa pulak???
Tapi Alhamdulillah...saya boleh berfikiran resional lagi. Yelah, dia pun tak sengaja kan? Mana ada suami yang nak tengok isteri dia derita. Saya pandang balik muka dia masa tu. Muka serba salah dia tu...hihi...
Kesian pun ada...geram pun ada. Tak apelah, saya maafkan sahaja. Lagi pun dia dah minta maaf sebab tak sengaja kan walaupun mintak maaf macam tak ikhlas antara dengar dan tidak. Tak tahulah sebab egois atau takuuutttt...grrrr...
Dengan muka sedih ala-ala nak nangis saya diam ajelah sambil kuis-kuis bubur dalam mangkuk tu. Tak jamah pun. Terus Hubby ambil minyak gamat dan sapu pada tempat kena air panas tu. Waaa...sakit memang sakit. Tapi bila dia pandai ambil hati terus semua jadi sejuk. Hati cair melimpah limpah macam coklat cadbury with almond. Wek :p
Okay...moral of the story is, nobody is perfect. Even kita sendiri pun banyak buat kesilapan tanpa kita sedar. So, maafkan jelah kesalahan orang tu sekiranya dia tak sengaja. Kalau dia saje-saje kasi lempangggg jerrr! Hehehe.
Lagi pun apa hak kita untuk menghukum seseorang kan? Nak marah pada orang yang kita anggap ketua, memberi kasih sayang, mendidik kita serta menanggung makan minum kita adalah tidak wajar. walaupun suami kita tu sebaya atau lebih muda hormatilah mereka. Sebab syurga kita ditapak kaki dia. Kalau dia redha dengan kita, maka syurgalah tempat kita di akhirat kelak. So...jangan tutup pintu syurga itu dengan dosa-dosa kita terhadap beliau. Amin...
Lo'ts of ♥ ♥ ♥
hiiik...bestnye ad org jge time sakit....soo sweeettt..hiik sy plk yg trsnyum2 bhgia..hiiik yup xd spe smpurna..kenali klmhan dri dlu sbb sbok crite psal kelemahan org laeenn..
BalasPadam