Assalammualaikum w.b.t
Menitik air mata tatkala suami balik kerja semalam. Bukan sebab sedih, tapi terlalu terharu melihat suami pulang dengan tgn berisi sekotak kek, aiskrim dan paper bag berisi hadiah buat isteri tercinta. Sedangkan saya mengerang kesakitan di atas sofa.
Saya betul-betul tak menyangka. Penat-penat balik kerja
masih sempat meyediakan kelengkapan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan
kami yg pertama.
Suami kita ni kadang-kadang
tengok tak romantik, tapi sebenarnya dia tak tunjuk. Mungkin dalam hati dia
lebih lembut dari hati kita. Mana tahu disebalik kesusahan dan keperitan yang
kita alami dia sebenarnya menagis sebab tak sanggup tengok kita hidup susah.
Hargailah suami kita walau dia jahat macam mana sekali pun. Suami tetap
suami. Syurga kita tetap di kaki dia.
“Terima kasih abg untuk segala-galanyanya. Terima kasih kerana
terima saya seadanya di dalam hidup abang. Terima kasih kerana menjaga dan sabar melayan karenah
saya selama ini. Terima kasih kerana membimbing saya agar menjadi isteri yang
baik dan solehah. Terima kasih kerana sanggup bekorban masa, tenaga dan wang
ringgit demi kebahagiaan saya. Terima kasih untuk setiap pengorbanan yg abg lakukan…Semoga
perkahwinan kita kekal dan tetap utuh hingga ke ahhir hayat…Amin”
Terima kasih juga untuk rakan-rakan yang sentisa mendoakan
kebahagiaan rumah tangga kami berdua. Semoga uols juga menemui kebahagiaan yang
sama seperti yg saya rasai.
Amin Ya Rabbal Alamin…
♥♥♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan