Assalammualaikum
Rindu pada belog yang dah bersawang... Fuh fuh tiup-tiup habuk dan sawang-sawang pada belog ni. Bukan sengaja nak sawangkan belog comot ni. Tapi kesihatan tak mengizinkan. Nak on laptop pun tak mampu. Ni kan pula nak berbelog dan online sepanjang masa.
Masa sakit ni hanya ditemani mak, ubat, tilam, bantal. Kesian pula suami yang berulang alik saat saya nyawa-nyawa ikan tempoh hari. Urusan kerja jangan cakap lah. Tak ada langsung dalam list pemikiran saya ni. Yang saya fikir menanggung sakit dan hendak sembuh sahaja jika diizinkan Allah. Kalau nak buang kerja pun tak apelah. Mungkin rezeki saya hingga di sini sahaja.
Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan kesihatan. Terima kasih mak, suami, abah, adik-adik dan sedara mara yang banyak membantu ketika saya sakit. Hanya Allah mampu membalas jasa semua... Sayang saya pada kalian hanya Allah yang mengetahuinya...
Lot's of LOVE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan