Jumaat, 10 Februari 2012

Perasan Dan Perasaanku


Hi dan Assalammualaikum...


Pagi tadi keluar dari rumah terus menuju ke kereta, picit-picit alarm kereta tak bunyi-bunyi lak. Aduh...cam mn ni? Perasaan cuak and terus call Hubby yang masih di rumah. Sambil tu buat-buat muka tak bersalah berdiri depan kereta tu cam orang nak nyanyi lagu Negaraku pagi-pagi. Pastu ketuk-ketuk alarm sambil baca Bismillahirrahmannirrahim dan picit lagi. "Tet tet!" Yahoo! dah boleh bukak kereta. "Alhamdulillah..."

Sebelum tu lupa lak nak cerita. Lalu depan makcik-makcik surirumah yang tak kerja dan tak ada kerja tengah berborak-borak macam baru lepas hantar anak pergi sekolah tu. Yang sorang akak tu nampak saya terus sok sek sok sek dengan akak sombong depan rumah saya tu. "Erm...Ntah Apelah Ko Cerita Pasal Aku Kan?" Siyesss bukan saya pun nak mengumpat di sini tapi hakikatnya akak tu memang cam sombong coz saya pernah senyum kat dia tapi dia buat muka macam "Aku Goda Suami Kau Pulak!"
Oh...cool cool...

Sampai opis lewat 45minit. Perasaan happy la sebab tak ada orang nak marah pun. Hakikatnya jahat btl saya sebab buat company tu macam "Bapak Aku Pemegang Saham Terbesar Lak!" Hehe ^_^

Turun dari opis menuju ke bilik, perasan ada orang pakai baju sama macam saya. Tapi saya tak pakai pun baju tu skrg. Baju tu ada kat umah. Siyesss sebijik corak dan warna. Siap dia pun buat baju kurung moden yang ada zip kat belakang tu. "La...Bukan Kedai Tu Jual Kat Ko Sorang Je Hanis." Ahaks!

Lepas buat kerja duduk mengadap pc sambil konon-konon tunggu orang buat complaint laa. Means menggunakan masa terluang yg ada sebaik yg mungkin. Macam tulis entry baru kat blog ke atau buka pesbuk untuk baca komen-komen. "Motip??? Saya Tulis Je Sukeati Laa..."

Bila dah baca komen yang macam-macam tu rasa naik meluat pulak saya tengok sebab orang kat pesbuk ni suka bergossip cam gossip girl tu. Ah, mengarut. Dahlah tu gossip siap kutuk-kutuk, perli-perli dan umpamakan orang cam pinggan la, singki la and paling teruk macam jamban pun ada. Ada ke patut. Betullah kata orang, mulut tempayan ni kita boleh tutup. Mulut manusia ni kita stapler jer. "Seram Yaww Macam Cerita Long Khong Aku Pernah Tengok nak Stapler-stapler Molot."

Tiba-tiba perasaan bercampur baur sebab nak memiliki Samsung Galaxy Tab 7.7 yang baru tu p6800. Ambik kau siap bg no model lagi. "Yelah Nanti Orang Lain Ingat Aku Ketiggalan Zaman Lak. Ni Yang Paling The Lates Okeh!"




Lepas tu nak dapatkan camera Nikkon J1 pulak. Rasanya dah 2 entry saya sebut 2 benda yang sama ni. "Beli Ajelah Kalau Rasa-rasa Duit Kat ASB Tu Dah Cukup Hanis...." Hehehe...




sEkIaN

p/s : Gambar-gambar ni saya pinjam kat Google. Nanti saya pulangkan balik ea? Nak 100@1000 keping pun boleh saya copy&paste kan.
Tak bagi? Kalau tak bagi janganlah pamerkan kat Google. Sumpah memang ramai orang akan pinjam. 
Hihi...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan