Assalammualaikum
Di facebook saya pernah menulis status mengenai keadaan saya
yang selalu kekurangan masa. Kadang-kadang pernah terpikir adakah saya yang
betul-betul kekurangan masa ataupun saya selalu membazirkan masa yang ada.
Percayalah memang selalu membazirkan masa sebab suka lengah-lengahkan kerja. Ni edisi kantoikan diri sendiri ni! Haha!!!
Percayalah memang selalu membazirkan masa sebab suka lengah-lengahkan kerja. Ni edisi kantoikan diri sendiri ni! Haha!!!
Yelah, dalam kotak pikiran ni macam-macam benda atau perkara
yang hendak dilakukan. Yup, memang saya tamak. Dahlah tak suka share-share
barang. Paling teruk kalau saya tak ada sesuatu saya memang tak suka pinjam
barang orang lain. Bagi saya kalau dah tak ada duduk diam-diam ataupun terus
pergi beli. Ermm..guna barang sendiri kan
senang. Memang saya tak suka pinjam atau share barang dengan orang lain.
Terukkan?
Mengenai sikap buruk saya iaitu TAMAK…bukan TAMAT okeh.
Entry ni baru sahaja nak mula. Belum TAMAT lagi.
Baiklah, berbalik pada cerita
TAMAK tadi memang saya akui yang saya ni penamak orangnya.
♥ Tamak nak berfacebook
dan ada ramai kawan-kawan dalam friendlist saya.
♥ Tamak nak jadi juruteknik yang
serba boleh di tempat kerja.
♥ Tamak nak jadi pereka fesyen dan mampu mendesign
rekaan pakaian sendiri.
♥ Pastu tamak nak jadi model yang boleh memperagakan
pakaian rekaan saya tu.
♥ Saya juga tamak untuk menghias rumah idaman saya seperti
ala-ala inggeris, moden dan kotemporari.
♥ Saya tamak nak ada camera SLR sendiri
serta berphotoshoot mengikut gaya
serta gambar hendaklah mempunyai angle yang menarik seperti yang saya idamkan (pening sape yg tukang ambik gambar tu).
♥ Saya tamak nak ada laptop Sony Vaio idaman saya yang digunakan untuk menulis
blog, berfecebook dan mengedit gambar-gambar saya menggunakan software
photoscape.
♥ Lagi tamak nak dapatkan Samsung Galaxy Tab 7.7 idaman saya sejak
sekian lama untuk menonton cerita-cerita philipine kegemaran saya serta mudah
untuk mengupdate status dalam akaun facebook saya (bajet kau artis la kan Hanis).
♥ Saya tamak nak melancong ke
tempat-tempat idaman seperti tepi laut, di pulau, di gunung, sawah padi atau
tempat-tempat yang segar dengan tumbuh-tumbuhan alam.
♥ Tamak nak ada baby twins
di samping menjadi ibu yang cantik bergaya serta boleh melaksanakan
tanggungjawab rumah tangga dengan sempurna.
♥ Dan yang paling penting SEKALI saya
tamakkan suami saya. Oh! Ini sudah tentu tak boleh SHARE dengan orang lain okeh.
Hopefully sayalah wanita terakhir dalam hidupnya walaupun saya bukanlah yang
pertama. Ye, itu saya akui.
Uols nampak x betapa TAMAKnya saya atau dgn bahasa lainnya ni dah dikira JAKUN ni.
Tapi,
mampu ke kita sebagai hamba Allah yang biasa-biasa ni nak
lakukan semua perkara di atas dalam masa sehari? Memang mustahillah jawapannya. Peliknya, itulah yang saya selalu pikirkan sehinggakan saya rasa betul-betul
kesempitan masa. Kalau saya tak tidur semalaman pun belum tentu saya dapat
lakukan sesempurna yang mungkin. Memang tak logiklah ape yang saya pikir ni kan kawan-kawan. Lainlah kalau
dalam sehari ada 48jam atau 60jam kan?
Tapi, ada 5 perkara yang Rasul kita Nabi Muhammad s.a.w
selalu ingatkan pada umatnya iaitu :
Kaya sebelum miskin
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sempit
Muda sebelum tua
Hidup sebelum mati
(Rasanya semua orang dah tau. Even budak-budak darjah 1 pun terror beb!)
Jadi...sama-sama lah kita beramal sebelum kita jadi seperti di atas. Yaww!
Gambar pun nak TAMAK sebab nak jugak letak dua muka saya kenzzz
^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan