Rabu, 8 Februari 2012

My Long Weekend


Assalammualaikum


Hi there...uols semua sihat? Hehe..saya tanya mcm bajet artis pulak kan? Lempang kang!
Oh, cuti hujung minggu yang panjang semua pergi mana? Seronok betul bila awal-awal tahun ni. Means bulan Januari&Februari b'coz lots of free leave days (betul ke?)

Dari minggu lepas 1 Feb cuti hari wilayah pun saya cuti. Minggu sebelum tu cuti juga 23&24 Jan sebab Raya cina. Uols perasan tak cuti banyak jatuh pada hari ahad and secara outomatiknya akan diganti pada hari isnin keesokkan harinya. Seronoknya banyak cuti percuma..hehe ^_^

Then, minggu ni pun kita cuti lagi kan 6&7 Feb untuk MaulidurRasul dan Thaipusam. Tapi Hubby saya tak cuti laa... Tempat kerja dia tak ambil :(
Nak buat macam mana. Dah kita ni keja bawah orang jer. Tapi kalau I jadi boss pun I suruh pekerja I keja gaks! Uh, kejams sungguh! Hehe..saya gurau saje.

Jadi, disebabkan Hubby kena kerja, dia suruh saya balik rumah family saya. Taklah boring sangat kan saya nanti?
Isnin lepas (6 Feb 2012), weols satu family pergi makan hangin angin ke Port Dickson&Bandaraya Melaka. Seronok korang sebab dah lama tak jalan-jalan together gether dengan family jauh-jauh sikit. 

Asalnya tak planning pun nak pergi ke tempat tu. Tapi betullah kata orang. Kalau kita plan bagai nak rak mesti tak jadi. So...go trow on the flow jer. Tapi lagi seronok kalau Husband ada kan? Dah kena kerja, nak buat macam mana. Act adik saya yang the only girl-Adah tu pun tak dapat join sebab dia kena on call hari tu. Dadada...bye-bye. Tinggal ajelah.


Waiting our lunch yang tidak seberapa.

Tu dia...dah mai dah. Ngap ngap tahap rakus.

Cool... Cool konon tengah-tangah hari buta.

Sampai di Pantai Teluk Kemang dalam pukul 1:00tgh hari. Makan-makan sambil ambil angin je. Tak mandi pun. Lagi pun panas sangatlah. 
Lepas makan sambil melihat keindahan pantai yang hijau (bajet lagi!). Siyes memang hijau okeh air pantai tu. Tak tipu. Okey sambung balik ayat tergantung tadi...terus jalan-jalan. Saya dan mak eksited nak cari fridge magnet. Biasalah kami memang pengumpul fridge magnet yang tegar. Hahaha...jgn gelak tau!

Apa pandang-pandang? Ada beran? Wek :p

Wif his cutie mutie monkey.

Tak beli lagi jangan dok main-main arGHHhh...

Siap bershopping, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. Tak tahu ke mana. Abah selaku pemandu dengan sungguh cermat memandu mengikut papan tanda jalan dan arahan kami. Hehehe...

Pergi menuju ke Melaka dengan melalui jalan dalam. Maksud saya bukan Lebuhraya okeh. Saya ulangi bukan highway. Seronok dan happy melalui kampung-kampung yang penuh dengan kehijauan semulajadi dari Port Dickson ke Lubuk Cina ke Alor Gajah dan seterusnya ke Bandaraya Melaka. HAPPY!!!

Sampai di Bandaraya Melaka dah sesat. Maka tanya pada orang sebab pepatah melayu ada berkata "malu bertanya sesat jalan". Alhamdulillah, ada juga yang sudi memberi arah penunjuk yang benar. Sampai ke Bandar Hilir pun sudah pukul 6:00ptg. Lapar :(
Yeah! ada cafeteria yang jual burger. Jadi kami semua borong burger-burger yang ada di situ sambil makan buat macam rumah sendiri jer. Adik-adik saya sudah eksited untuk memanjat Kota A Famosa. Saya, mak dan abah jalan-jalan di sekitar tu sahaja. 

Setelah penat bersiar-siar kami pun pergi ke gerai-gerai jualan untuk membeli sedikit oleh-oleh. Saya still dengan misi utk membeli fridge magnet lagi. Mak pun sama. Nak buat koleksi lah. Hahaha...
Setelah solat, sebelum pulang kami singgah di Restoran Asam Pedas paling popular di sekitar tu. Nyum-nyum...isi perut dulu sebelum bertolak pulang. Okeh..balik segera sebab semua sudah keletihan.
Sampai rumah pukul 12:00tgh malam.

^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan