Assalammualaikum
Hari ni dgn eksitednya saya membawa broadband ke office. Dengan harapan 1000 kali ganda untuk menonton telemovie kegemaran saya iaitu "Sanay Wala Nang Wakas"...Sampai sahaja di PABX Room, terus melangkah laju-laju dan menerkam PC. Bila dah cucuk broadband pada cpu dan klik beberapa kali sehinggalah terpapar laman Youtube. Dengan begitu gigih saya pun menaip pada ruang video yang tersedia..
"SANAY WALA 50a"
enter!
Aik mana ni???
try lagi lah...maybe salah taip kot..
"Sanay wala nang wakas 50a"
enter!
Ntah ape-ape yang pelik lak keluar. Mana ni?
Try again...
"Sanay wala nang wakas" sahaja...
enter!
Tak ada juga! Geram dah ni...
Rasanya dah hampir 10kali saya taip judul cerita tu...Tapi tak ada pun...Oh Tuhan....(~_~)
Yang ada pun hanya klip video nyayian daripada cerita tersebut. Baru semalam saya menonton dengan penuh kusyuk di office. Hari ni satu pun tak ada. Tak mungkin... Saya try taip nama gerangan yang telah meng'upload' cerita tersebut..."mabeliana"...namun masih lagi hampa... Erm...teringat pula dulu saya pernah share di Facebook sebab terlalu minat pada Jericho Rosales & Kristine Hermosa serta jalan cerita ni yg betul-betul menyentuh perasaan di sanubari saya (Ceh! Poyo!). Terus laju-laju cari balik video yang saya share di Facebook tempoh hari. U ols tahu ape yang saya dapat bila klik pada video tersebut?
"SANAY WALA..."
This video is no longer available because the YouTube account associated with this video has been terminated due to multiple third-party notifications of copyright infringement from claimants including:
terjumpa entry ni. kita brkongsi minat yg sama..hehe..minat giler dgn crita ni.. baru dis year sya dpt tgk betul2.
BalasPadam