Assalammualaikum.
Baru-baru ni saya mendapat khabar sedih daripada seorang
kenalan. Rasanya tak perlulah saya mention siapakah gerangan orangnya. Cukuplah
sekadar buat tatapan dan pengajaran kepada kita semua. Seiring dengan pemergian
adik Ahmad Adam Syukri ke rahmatullah pada tanggal 7 Februari yg lalu, begitulah juga
pengalaman yg dilalui oleh rakan saya suami isteri baru-baru ini.
Berat mata kami memandang, bahkan berat lagi bahu yg dipikul
oleh kedua pasangan empunya diri. Kalau nak dikatakan mungkin saya juga pernah
mengalami kehilangan insan tersayang yg baru beberapa hari bernafas di dalam
rahim ini pada awal tahun lepas. Masih terbayang-bayang akan saat kegembiraan
itu dan alat upt test yg menunjukkan tanda positif masih tersemat erat dalam
simpan buat kenangan kami berdua. Namun, kuasa Allah membatasi segala-galanya.
Kami redha.
Syukur Alhamdulillah, walaupun saya diberi pelbagai dugaan
hebat selepas itu, sehingga terpaksa menggadaikan nyawa di bilik bedah, tapi
jika nak dibandingkan dengan penderitaan yg dialami oleh rakan kami ini rasanya
lebih besar dan lebih hebat dugaan yg Allah berikan kepada mereka. Bergenang
air mata tatkala membaca coretan si suami di laman FB. Penantian mereka selama
8 tahun lebih berumah tangga dan baru kini dikurniakan seorang zuriat. Yg
pastinya tiada apa yg lebih menggembirakan bagi mereka melainkan menanti
kelahiran cahaya mata sulong ke muka bumi ini.
Namun, benarlah Allah itu Maha Mengetahui. Dia yg berhak
menentukan segala-gala apa yg dikehendakiNya. Bayi yg dilahirkan pergi jua menghadap
Illahi akibat kekurangan oksigen dalam badan selepas ditempatkan di wad icu
selama tiga hari. Innalillahiwaiinalillahirojiun. Dari Allah dia datang, maka
kepada Allah juga dia kembali. InshaAllah yg pastinya syurga di sana tempatmu sayang…
Al-Fatehah buat adik MEGAT DANISH ZIQRI
Coretan si bapa :'( |
*maaf nama dan gambar profile terpaksa saya sensor
atas sebab-sebab tertentu
p/s : Since, saya terbaca kisah ini terdetik rasa keinsafan
dalam diri. Jika saya rasa saya malang sebab masih belum dikurnikan cahaya mata
ketika usia perkahwinan menginjak ke angka 2 tahun, bahkan masih ramai lagi
pasangan di luar sana yg masih belum dikurniakan cahaya mata tatkala usia perkahwinan
mereka ada yg hampir mencecah ke angka10 tahun.
Jika nak dikatakan pelbagai kata-kata nista, perlian mahupun
hinaan yg telah saya perolehi di sebabkan masih belum memperoleh cahayamata, apalah
sangat jika nak dibandingkan dengan kata-kata, perlian dan hinaan yg orang lain
perolehi bahkan lebih teruk daripada saya.
Jika saya selalu tertanya-tanya kenapa Allah tak kurniakan
zuriat walaupun pelbagai usaha, doa dan ikhtiar yg telah kami lakukan, bahkan
lebih banyak lagi usaha, doa dan ikhtiar yg pasangan-pasangan lain lakukan jika
nak dibandingkan dengan usaha saya yg hanyalah ibarat seperti sebutir pasir.
Jika saya selalu bertanya mengapa Allah memberikan pelbagai
dugaan yg memeritkan di saat saya betul-betul mengharapkan sesuatu, bahkan apa
yg saya harapkan tidak pernah tertunai sebaliknya kesedihan yg kami alami,
rupa-rupanya ada insan lain di luar sana
lebih hebat dugaan yg mereka perolehi jika nak di bandingkan dengan saya.
Maka, yakinlah bahawa tiada perancangan yg sebaik-baik
melainkan perancangan Allah s.w.t
“Astaghfirullahalazim, Ya Allah ampunilah dosa-dosaku kerana
terlalu daif di atas setiap perancanganMu selama ini. Aku sujud syukur kepadamu
ya Allah kerana aku masih bertuah jika nak di bandingkan dengan ‘mereka’… Amin
Ya Rabbalalamin…”
Thanks For Reading :)
betul tu kak..insya allah nanti akak akan dapat anak yg comey2..
BalasPadamkakak sy pn dah 9tahun kawen msih xleh anak.dah pernah gugur 3kali dan kali ke3 bby tu dah 8bulan lbh tapi bila sudah rezeki dye.baby tu meninggal dlm perut.akak bersabar ye..=)
Thanks Iyka. Tulah, setiap dugaan penuh dgn hikmah. Apa-apa pun akak redha. InshaAllah Allah nak bagi sesuatu yg lebih baik...
Padamsalam takziah bt kuage arwah megat....to kak hanis syg,,,sgala air mata kesdihan akn di balas ngn air mata kgmbiraan,,,bersangka baek lah dgn MAHA PENCIPTA...isyallah k.hanis ...yg pntg xptus asa...ok cyg....alwyz hapy k...
BalasPadamBetul tu whiterosse...kn sentiasa bersangka baik pd Allah krn Dia lbh mengetahui apa yg berlaku d sebalik kejadian. Semoga keluarga arwah kuat mengharunginya...amen.
Padam