Jumaat, 6 September 2013

Buku Merah Jambu Idaman Hati

 
Assalamualaikum...

 
Syukur Alhamdulillah. Walaupun usia kandungan sekarang dah 30minggu, namun Hanis tetap ingat lagi saat kali pertama buat buku pink kira-kira 5 bulan yg lalu (buku yg wajib ada bg setiap preggy mommy). Act, banyak peristiwa manis dan kelakar yg tak dapat Hanis lupakan sampai sekarang. Kalau diingat-ingatkan balik boleh bikin tersenyum sorang-sorang maa.  Ayat tetap nak KL Gangter 2 kan??? Huhuhu...


* * *

**Buku pink memang idaman hati sejak awal-awal kahwin dulu. Namun terpaksa akur dgn ketentuan Illahi. Dia lebih mengetahui bila Hanis memerlukannya. N now, Alhamdulillah, Allah dah perkenankan doa-doa Hanis selama ini utk memiliki buku pink yg selama ini diidam-idamkan oleh setiap insan bergelar isteri.

* * *


My first pinky baby book. Witweee!
 
 
Hanis start buat buku pink masa usia kandungan lebih kurang 11minggu. Masa tu pun tengah bercuti pnjg selama 3bulan disebabkan alahan dan morning sickness yg teruk. So, memang time tu asben hantar Hanis bercuti ke rumah family di Banting. Sejak awal lagi weols suami isteri dah decide nak checkup baby di Klinik Kerajaan sebab lebih senang, murah dan complete (berdasarkan pengalaman pernah checkup di ke dua-dua tempat-swasta dan gov). Asalnya nak start buat buku pink tu bila usia kandungan dah mencecah 12minggu ke atas (selepas usia kandungan 3 bulan). Tapi ramai yg suggest supaya pergi awalpun lagi bagus. Jadi, 19hb April tu adalah first date Hanis ke Klinik Kesihatan Olak Lempit untuk buat buku pink dan checkup my little baby.

 
 Klinik Kesihatan tu sebenarnya dekat je dgn rumah. so, Hanis minta mak dan abah hantarkan sebab masa tu asben tengah kerja. Sampai di sana lebih kurang dalam pukul 10:30pg. Tak ada orang langsungpun kecuali kakitangan klinik tu sendiri. Hoyehhh!!!  Maybe sebab klinik kampung kecik je kot ditambah pula hari tu hari jumaat, jadi memang hari Jumaat tak ada org checkup (selalunya checkup baby dan ibu mengandung hari Selasa@Khamis). Terus Hanis bagi tau dekat nurse di situ yg Hanis first time nak buat buku pink.

 
 Mula-mula nurse akan minta ic kita, sijil nikah ataupun kad nikah, dan gambar scan baby yg kita dah check di klinik swasta masa buat confirmation pregnant. Hanis bagi gambar scan paling latest masa buat check up di KPJ Selangor tempoh hari. Masa tu usia kandungan dah 9minggu. Dah Nampak pun bentuk badan dan kepala baby. Huhu...

 
Lepastu, kena buat urine test, blood test, timbang berat badan dan ukur rahim. Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn baik cuma hb (homoglobin blood) Hanis je teruk cikit. Cuma 10.1mg daripada tahap minimum11.0mg. So, nurse kata next appointment Hanis kena pergi ke KKBC (Klinik Kesihatan Bukit Changgang) pula untuk checkup seterusnya.


Hasil keputusan ujian hb Hanis yg agak teruk :(


Masa nurse tengah tulis-tulis dekat buku pink tu, dia ada bg sedikit ceramah tentang penyusuan ibu. Bila dia soal-soal dekat Hanis, teragak-agak jugaklah nak menjawab. Almaklum arrr confidence level yg rendah ditambah dengan mabuk-mabuk time tu membuatkan Hanis rasa cam ragu-ragu je nak jawab. Tapi ceramah tu sedikit sebanyak dapat jugalah menambah input dan info mengenai keperluan kehamilan yg selama ini Hanis tak tahu. Biasalah anak pertama.


Lebih kurang satu jam Hanis berada di situ. Bila dah sattle semua, nurse tu pun serahkan buku pink tadi dekat Hanis dan dia bagi tau next appointment 2 minggu lagi di KKBC ok. Lepastu, uols tau tak apa yg Hanis cakap dekat nurse tadi???



Jawapannya...




Hanis : "Erm...berapa ringgit ye nak bayar???"


Wakakaka...free free je dapat gelak dari nurse-nurse yg ada dekat situ image. Boleh pula nurse tu kata "Ikhlas hati je dik, beberapa pun boleh". Time tu mmg Hanis dah standby duit banyak-banyak. Risaulah kot-kot kena berapa ringgit kan? Di tambah pula siap dapat vitamin lagi n dekat cover vitamin tu ada tulis harga RM5.50 cam tu. Mati-matilah ingat kena bayar. Hahaha...image

(Yelah, sebelum ni g checkup dekat KPJ memang beratus-ratuslah duit keluar setiap kali appointment)



2 minggu kemudian kisah checkup di KKBC pula.



Dekat sini ramai sikit orang. Hanis dan asben datang awal pun dapat nombor 12. Mula-mula nurse akan panggil nama untuk timbang berat dan ambil bacaan tekanan darah. Lepat sattle semua tu kena pergi makmal pula utk buat urine test dan hb test. Masuk je lab terus dgn muka slumber letak buku pink dekat kaunter. Kebetulan petugas tu tgh on call pulak. Hanis dan asben terus duduk dekat kerusi-kerusi yg disedikan di situ. Lama jugaklah menunggu.


Tunggu punya tunggu nama tak panggil-panggil juga. Adalah dlm 15minit cam tu. Hanis tengok pation yg belakang Hanis td pun dah ready masuk ke toilet. Terus Hanis cepat-cepat tanya dekat akak sorang ni yg baru keluar toilet. Laaa... rupanya kena terus ambil cawan urine yg sama dgn nombor giliran kita yg telah disediakan depan pintu toilet tu dan pergi kencing. Lepas tu kena letak sendiri urine tadi dekat kaunter bersama-sama dgn buku pink kita td. Sabooo ajelah aku. Patutlah menunggu punya lama tak ada org panggil-panggil nama. 'Puan Hanis...ini klinik kerajaan ok. Bukan hospital swasta semua nurse dan attendance suapkan sampai nombor giliran pun depa tolong ambilkan". Hohoho...

 
 Since dari tu, dah pandai dah bila check up je tau lepas ni nak buat ape, lepas tu nak pergi mana, dan macam mana. Kalau confuse tanya pada nurse atau pation-pation yg lain. Tanya banyak-banyak kali pun tak ape. Tak salah n tak kena marah pun. Yg penting kita paham dan buat pekara yg betul. And one more cakap lembut-lembut pada sesiapa sahaja termasuklah doctor, nurse dan kawan-kawan lain yg checkup sama-sama. Pernah Hanis termissed untuk ambil bacaan bp (blood preasure) seminggu 2x sebab lost information. Tapi lepastu Hanis merayu-rayu dekat nurse cakap saya tak tahu dan buat-buat muka sedih. Terus nurse kata tak ape, pekara kecik je ni. Hihihi...


Alhamdulillah sepanjang check up ni tak pernah lagi kena tegur, kena marah atau kena tengking dgn nurse atau doktor di Klinik Kerajaan ni. Semuanya hormat dan layan kita baik-baik. Berbeza benar dgn tanggapan Hanis sebelum ni dan dengar dari pengalaman rakan-rakan lain yg agak memfobiakan diri. Huhu...Inilah pengalaman indah yg tak dapat Hanis lupakan sampai bila-bila. Hopefully bila dah ada anak nanti bolehlah cerita balik dekat dia kan? Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Hanis sepanjang tempoh mengandung dan bersalin nanti. Amin Ya Rabbal Alamin...



Thanks for Reading!




......



 
 Next entry...



 


Tak sabar nak cerita dekat uols semua. Tungguuu tau...
 image

 


2 ulasan: